Bagaimana Blogger Ini Mendapat Pendapatan 100k Sebulan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Nak bagi semangat sikit kepada blogger-blogger Malaysia supaya bersikap kental dan terus maju ke hadapan.

Kisah blogger berpendapatan 100k dan lebih setiap bulan ini di petik dari kisah blogger luar negara. Dia buat apa sampai boleh dapat pendapatan sebegitu banyak tiap-tiap bulan?.  Pada peringkat permulaan dia habiskan masa  bekerja sekitar 80 ke 100 jam seminggu untuk menampung keperluan aktiviti bloggingnya.  Pada peringkat permulaan dia ada 4 blog dan 3 daripadanya gagal mencapai sebarang target dan terpaksa ditutup ( tak dapat sebarang hasil dan rasa sangat down bila tak menjadi ). Tinggal satu yang aktif dan setelah bertungkus lumus selama beberapa tahun baru lahhhhhhhh dia mendapat hasilnya yang pertama iaitu berjumlah 10k. Jumlah tersebut datangnya dari hasil jualan blog terakhir yang dimilikinya. Pada waktu blog tersebut dijual, kadar trafiknya berjumlah 1 ribu pengunjung setiap hari. Lepas pada tu apa yang dia buat?.

Sebelum dia dapat income 100k sebulan dari aktiviti blogging dan  selepas berjaya membuat jualan pertamanya sebanyak 10k. Dia pergi bekerja pulak untuk membantu 2 blog ternama iaitu copyblogger dan KISSmetrics dan dari situ lah dia telah mengasah bakat bloggingnya sampai tajam sehingga berjaya membantu 2 blog ternama tersebut mencapai target mereka seperti mana yag ada pada hari ini. Apa yang dia buat selepas pada itu?. dia………….balik kepada aktiviti asalnya iaitu memilih untuk menjadi blogger yang berwajah baru dan apa yang dia buat? dia……………

  1. Tulis cerita yang ada nilai tambah untuk mendapat trafik yang tinggi ( conten marketing laaaa apa lagi ).
  2. Convert semua pelanggan ke platfom database pelanggan.
  3. Kirim dan hantar seberapa banyak maklumat berguna kepada bakal pelanggan.
  4. Jual produk yang pelanggan mahu.

Itu lah 4 perkara yang dia sarankan kepada blogger untuk dibuat sebagai rutin tetap aktiviti blogging. Jika tengok dekat blog dia yang terkini, semua fokus kepada content marketing dan celah mana dia promote produk pun admin tak pasti tetapi setiap bulan sah-sah 100k ++ dia kaut untung ( bila orang berilmu bekerja ).

Antara kategori produk yang blogger boleh campur tangan yang dia sarankan adalah:

  1. Pendidikan
  2. Produk digital
  3. Servis
  4. Produk fizikal

Selain dari itu dia ada senaraikan 10 perkara yang perlu dititik beratkan bila berhajat untuk jadi blogger berpendapatan tinggi dannnnnnnnnn admin senaraikan 3 sahaja dekat sini iaitu:

  1. Berapa banyak senarai email yang blogger perlu kumpul dan yang sudah ada ( kalau yang baru sah-sah belum ada kan? ). Jadinya, kena kumpul senarai email seberapa banyak yang boleh.
  2. Kena menjual sejak dari awal lagi dan jangan tunggu sampai pengikut ramai baru hendak menjual ( rugi dan buang masa jika dok tunggu lama-lama).
  3. Kongsi apa yang telah kita pelajari ( bidang yang kita expert ). Untuk membina kredibiliti dan kepercayaan.

Apa macam, nak jadi blogger?. Kalau sanggup silakan dan untuk menjadi blogger anda tidak perlu hadir temuduga, tidak perlu memiliki sijil peringkat tertinggi ( spm, sap, srp, sijil nikah pun okay dah dan tak ada sijil pun bolehhhhhhhhhhhhh ) dan segala bagai point-point tertentu. Hanya perlu rajin cari ilmu,  bagi ada ilmu dan aplikasikan ilmu tersebut . Biasanya, untuk dapat ilmu-ilmu blogger yang menarik ianya akan diperolehi sedikit demi sedikit apabila sudah sudah bergelar sebagai seorang blogger yang aktif ( tak jadi blogger tak ada harapan laaa nampaknya ).

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

More from my site

  • Bitcoin Store Dan Account TwitterBitcoin Store Dan Account Twitter Bitcoin store support 100% sistem pembayaran menggunakan bitcoin dan ini merupakan salah satu cara mudah untuk masuk ke pasaran antarabangsa bersama-sama sistem pembayaran yang lebih […]
  • Hard Sell Dan Soft SellingHard Sell Dan Soft Selling Sila guna kedua-dua kemudahan tadi jika terlibat secara serius di dalam aktiviti bisnes terutamanya online. Tak payah laaaaa nak fokus sangat pada satu-satu pakej kerana semua itu boleh […]
  • Blog Adalah Mesin Sedut DuitBlog Adalah Mesin Sedut Duit Admin start bela dan menternak blog ni.......... sejak dari tahun 2006 lagi. Salah satu darinya adalah blog niaga24jam.com. Aktiviti menternak dan membela blog merupakan salah satu […]
  • Sejauh Mana Bitcoin Boleh Membantu Rakyat Malaysia Untuk Hidup MewahSejauh Mana Bitcoin Boleh Membantu Rakyat Malaysia Untuk Hidup Mewah Siapa yang ada simpan stok bitcoin waktu ini pastinya akan tersenyum lebaq sampai 2 ke 3 hari yang berikutnya. Emmm dijangka harga bitcoin akan terus meningkat naik setidak-tidaknya USD […]

One thought on “Bagaimana Blogger Ini Mendapat Pendapatan 100k Sebulan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *