Categories
Bitcoin Research & Development

Beli Bitcoin Dan Gunakanya Untuk Sedut Seberapa Banyak Income Selagi Terdaya

Didapati cara diatas sesuai untuk rakyat Malaysia yang terbeban dengan GST dan yang suka menharapkan BRIM……Untuk pemilik hutang PTPTN apa kata buka hati dan minda, cuba buat trade ikut suka hati dan mana tau ada sinar dihujung nyawa…….buat sendiri.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Jika setakat beli dan simpan, kemudian beli dan simpan lagi lepas tu tunggu pulak 10 tahun untuk dapat untung. Apa kes saranan pelaburan yang semacam itu. Try cara ini pulak….

Dari sini ianya bermula

Ini hasil dari R&D yang dibuat sendiri oleh pihak admin. Keuntungan biasanya akan diperolehi dalam bentuk nilai bitcoin, USD dan juga dalam apa-apa juga nilai matawang yang diminati ( kena tukar dulu naaa ). Emmmm main sources nya adalah nilai bitcoin. Cara kerjanya sangat mudah iaitu, dapatkan stok bitcoin dari local trader, kemudian simpan dan bagi dia rehat seketika dalam private wallet 2 atau 3 minit lebih kurang macam tu sebelum kita kerah dia cukup-cukup untuk buat kerja untuk kita nanti secara 24 jam ( kena ada wallet khusus ). Simpan saja tak guna walaupun ada jaminan ada kenaikkan harga dan benda ini jika ikut pemahaman hasil dari R&D, bitcoin ni boleh beranak pinak dengan begitu mudah jika dapat dikerah secara all out ( untuk monthly income punya projek ). Biasanya untuk bagi bitcoin beranak pinak boleh saja mining guna mesin mining sendiri yang super power atau mining rig yang disokong oleh cip pemprosessan cpu dan gpu ( mining kalau silap adjust, boleh makan rugi dan jangan terpengaruh dengan ajen dan penjual mesin mining yang tak ada latar belakang bitcoin teknikal yang baik ). Lagi satu kaedah adalah mengunapakai kemudahan exchange platfom ( cari yang aktif ). Untuk sesi R&D pada kali ini admin guna kedua-duanya sekali iaitu mining mesin sendiri + exchange. Emmmmmmmmmmmmm, admin lebih cenderong dengan kaedah exchange ( bajet tak banyak dan cara kerja simple ) dan mining sekadar dijadikan alat sokongan tambahan untuk mengisi kekosongan ruangan dan power yang telah sedia ada pada mesin trading yang sedang berjalan dan hanya tinggal untuk diambil manfaatnya sahaja ( sesiapa sahaja boleh buat cara ini ).  Emmmmmmm sewa hashing rate pun admin pernah buat tau ( cara ini banyak hal dangan supplier dan pool company ). Jangan try cara sewa hashing rate ini jika berhasrat untuk mining sebabnya untung boleh jadi tak ada ( dah test ). Jika berhajat untuk mining, boleh saja layan mining rig yang kita buat sendiri iaitu guna stok CPU/GPU yang kita boleh dapat dari local market pun okay dah….Sorry bro untuk mining bitcoin, kadar kepayahan untuk mining dan jumpa block baru semakin hari semakin sukar tetapi untuk market Malaysia masih boleh bertahan atas beberapa faktor lain yang menyokong ( sila cari sendiri ).

c-cex

Kenapa admin lebih fokus kepada exchange?

Cara kerjanya sangat mudah tetapi kena ada basic trading serba sedikit supaya ianya jadi lebih mudah. Bajet tak besar dan trade berjalan secara 24 jam. Untuk jadikan exchange sebagai tempat menghasilkan pendapatan secara bulanan, adjusting bajet yang diperlukan untuk trade adalah sangat penting. Emmmmmm BTC 0.01 rasanya tak cukup dan paling kurang kena standby BTC 0.1 atau BTC 0.5 macam tu baru sedapa sikit untuk trading ( BTC 1 lagi baik ). Untuk sesi R&D, admin guna BTC 0.01 ( tambah kekuatan ) dengan kemampuan 3 ke 6 trade sehari. Emmmm, apa yang admin dapati 11 dari open trade yang melibatkan operasi selama 24 jam menunggu  kesemuanya mencatatkan keuntungan mengikut saiz masing-masing ( kena tengok keadaan market ). Risiko kerugian kekal dekat sini boleh dikatakan hampir  tiada kerana sifat market itu sendiri yang sangat aktif kecuali trader yang lembab dan terlalu tamak dengan skill ntah apa-apa. Kadar minima paling cepat untuk dapat untung dari kenaikan setiap harga adalah di antara 0.1% ke 5%, sebaliknya pulak apa yang akan berlaku adalah market akan membuat pembetulan harga baru mengikut kadar retracements yang sedia ada ( ntah apa-apa ayat laaa aku guna ni ). Cuba-cuba la paham dan kalau tak faham buat tak tau sudah laaaa. Kaedah beli pada masa harga diskaun dan jual pada harga sihat dari peratus kenaikkan yang disarankan dekat atas tadi adalah disarankan dan admin praktikkan cara tersebut. Beli dan hold sepanjang zaman adalah sikap dan cara trading yang sangat membosankan di lokasi yang aktif……heeee…heeeeeeeeee dan admin tak mau laaaaaaaaaaa geng dengan trader yang suka mempraktikan cara bosan ini dan harap maklum.

Banyak mana boleh dapat?

Dari cakaran kasar atas kertas yang tak berapa nak cerah dah ni, paling busuk untuk aktif trader dekat exchange dan mining tegaq dapat adalah sekitar RM 10K++ sebulan ( modal 1 bitcoin / RM 5300 ++ ) . Untuk trader B 0.001, RM 100 sebulan dapat kot….heeee…….heeeeee . Jika tak dapat terus istiqomah dan terus buat sampai dapat. Buat sendiri naaa…ini semua klu belaka.

Sebelum dibenci, kena berambus cepat-cepat

Emmmmm, kena sambung karangan ini dilain kali dan waktu taip karangan ini admin masih hold 2 open trade yang telah di setting secara auto close on profit when trigger happen ( 1 dah untung tetapi admin tamak sikit kali ini dan tak mau take profit lagi dan yang satu lagi masih tersangkut dengan trend menurun ). Emmm……. betul ka ayat tu?. Hantam saja laaaa…..

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

P/s: Didapati cara diatas sesuai untuk rakyat Malaysia yang terbeban dengan GST dan yang suka mengharapkan BRIM……Untuk pemilik hutang PTPTN apa kata buka hati dan minda, cuba buat trade ikut suka hati dan mana tau ada sinar dihujung nyawa…….buat sendiri.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *