Posted on

Berniaga Kasut Campur-Campur

Kasut trekking Salomon

Assalamualaikum dan salam hormat,

Admin guna cara ni untuk berniaga kasut. Siapa yang nak apply cara ni……….silakan. Mana-mana part yang tak sesuai sila adjust atau buang saja dan ambil yang elok-elok dan comey-comey sudah la.

Kasut trekking Salomon

Ini haa cara-caranya, kasut admin tak simpan stok tetapi admin buat deal dengan supplier kasut sahaja ( ada dekat 5 ke 6 supplier ). Kasut mix bundle dan baru. Kasut semuanya ready stok dan dapat  harga borong murah gilller ( macam mana nak dapat harga murah dari supplier? ambil satu pun dapat harga borong juga…..heeee..heeee ) dan margin untung boleh cecah sehingga 120% per produk malah lebih lagi pun boleh ( yang over tu admin main hantam ikut suka hati sebab limited stok dan rare ). Heee…heee yang bestnya admin tak simpan stok ( dekat sini pun dah boleh nampak, risiko untuk barang tak blehhh juai tak ada). Pejabat pun tak ada, semua operasi ada dalam sebiji laptop jenama Dell. Order semua admin guna sistem online dan smartphone ( buyer dari Malaysia depa suka sembang  dulu baru nak order ). Customers services dan support admin guna email dan smartphone yang ada app whecat, whatsapp, telegram, sms dan call.

Kasut Asic Tiger

 

Lepas tu kena viral sebanyak yang mungkin kesemua stok kasut yang admin akan jual ( acting macam produk sendiri laaaa pulak ), Iklan dekat fb, google adwords, SEO, twitter, IG ( yang berbayar tu untuk anda, admin guna yang free dan yang berbayar bila perlu sahaja ) dan yang admin selalu guna adalah SEO ( sebab jimat, free dan sampai ke target yang admin nak ). Bab paling mencabar adalah, bila ada customer direct whatsapp/telegram/wechat. Jika salah masuk tune jawapanya boleh hilang sale dan yang paling syok sekali, masa layan customers dengan injeksi info + ada otak merapu sikit-sikit. Selamba ja boleh layan karenah buyer ni ( nak jadi beli atau tidak semua itu ada dekat part penting ini iaitu cara kita berkomunikasi secara direct dengan customers ).

Kasut Converse Jack Purcell

Sabung lain kali lahhhhh, kena layan order masuk dulu. Ada pertanyaan sila whatsapp/telegram ke talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

P/S: Setan suka ahli ibadah berbanding orang berilmu. Pasai setan susah nak kecoh orang berilmu.

More from my site

  • Cara Aplikasi Teknik Soft SellingCara Aplikasi Teknik Soft Selling Boleh guna apppaaaaaaaa saja cara dan teknik soft selling yang ada dan ikut kepakaran masing-masing, janji........ masej tersebut boleh sampai secara tepat pada lokasinya.
  • Kasut Hiking Trekking Dan CampingKasut Hiking Trekking Dan Camping Kasut ini jenamanya Salomon. Kasut ini kegunaanya untuk aktiviti hiking, trekking, camping dan outdoor aktiviti. Belum pernah pakai?. Stok baru ada dekat blog admin dan boleh order dekat […]
  • Group Iklan Telegram MalaysiaGroup Iklan Telegram Malaysia Saja nak share untuk kegunaan kaki iklan. Emmm lokasi platfom aplikasi smartphone iaitu telegram. Semua senarai yang ada admin dah join ( belum ada sebarang sale yang memberangsakan lagi […]
  • Port Iklan Hard SellPort Iklan Hard Sell Yang terkini dan lokasi menarik untuk aktiviti hard sell dan soft selling. Platfomnya smartphone dan aplikasi sokongan adalah telegram laaaaaaa...... apa lagi. Kenapa telegram?.......ntah […]
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *