Bitcoin Store Dan Account Twitter

Assalamualaikum dan salam hormat,

Haaaa…haaaa admin punya bisnes internet semakin hari semakin hudoh jadinya. Order yang masuk kebanyakkanya tidak dibayar oleh pembeli, admin faham situasi ekonomi pada masa sekarang ini ( tak perlu bimbang, 3 hari tak bayar semua order secara automatik akan di cancel ). Hee….heeee sale pulak semakin berkurang bukan sikit tetapi dengan drastiknya ( realiti bisnes hari ini )….perghhhhh nasib baik beban untuk tanggung kos perlu bayar tidak begitu banyak…..Selamatttttttt dan legaaaaa laa sikit.

Dapat idea

Tak boleh duduk saja, otak berpusing ligat dari kebiasaan dan mencari pelbagai alternatif ikhtiar hidup sedapat yang mungkin. Dalam sibuk-sibuk cari jalan keluar, admin berjaya juga siapkan satu platfom kedai online untuk bitcoin.  Platfom ini 100% support pembayaran menggunakan bitcoin ( alat merapatkan jurang kemiskinan penduduk dunia ). Kedai online tersebut untuk market luar negara sahaja. Untuk market Malaysia, lain tahun laaa admin adjust untuk support bitcoin ni ( tetapi kalau nak beli, okay saja ) . Jadinya, buat masa ini admin tak fokus sangat untuk try projek ini dekat Malaysia punya market ( mau kecewa nanti ). Platfom bitcoin store ini admin layan dari projek Open Source dan konsepnya simple sahaja. Nak cari yang mudah-mudah sahaja.

Marketing

Untuk jalan-jalan marketing nya, admin try guna platfom twitter dan teknik SEO( search engine optimization ) sahaja. Nak kena test terlebih dahulu. Ayat-ayat semuanya kena karang dalam bahasa English ( nak kena cari pembantu yang terer menulis dalam bahasa English rasanya ). Admin punya english dah klon habis-habisan dan tidak lagi sesuai untuk tatapan umum…heeee…heeeee  dan untuk iklan berbayar pulak buat masa ini tidak terlintas lagi untuk digunakan. Kena upload barang masuk dalam laman web dulu, baru boleh adjust bab iklan berbayar dan bukan tak tau laaa ni iklan berbayar mahal.

Berapa kos untuk setup sistem?

Tak mahal mana kalau yang tau cara, anggaran dalam BTC 0.8 ke BTC 1.3 macam tu…Heeeee…heeeeeee. Harga tu sekali dengan upah + server + Install web platform + pasang sistem keselamatan + wallet + eemmmm apa lagi…..tak ada dah dan itu saja kot. Nak test demo, boleh try lawati https://direkteri.com.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Bitcoin adalah alat untuk merapatkan jurang kemiskinan penduduk Dunia.

 

LAGI KESAH MENARIK UNTUK DIBACA

Opt In Image
PowerUp Your Brain Suppliment

To skyrockets your brain, enhance your focus, mental speed and memory. NooCube one of the supplement you should try and product recognized as safe and original.

If no email address,
just type support@niaga24jam.com and click continue shopping!. Tq.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *