Categories
Cryptocurrency Research & Development

Bitcoin Untuk Aktiviti Simpan Nilai Dan DGB Untuk Alat Pertukaran Yang Pantas

BTC = Alat simpan nilai / DGB = Alat pertukaran merentasi sempadan antara negara. Kena pandai guna gandingan DGB/BTC ini kerana 2 crypto ini masing-masing ada peranan masing-masing yang sangat penting dan saling melengkapi antara satu sama lain. Dapat guna 2 crypto ini makanya dapat berfungsi dengan baik lah sistem kewangan yang berteraskan teknologi blockchain yang baru dan berkuasa ini…..memang menarik sungguh kisah ini.

Assalamualaikum dan salam hormat,

2.5 tahun admin perati, layan, trade dan buat macam-macam hal lagi tentang dunia cryptocurrency secara dekat. Makanya, ini yang admin dapat faham dan kisah ini tidak terlibat dengan aktiviti mengaut keuntungan yang belum lagi berlaku secara agresif seperti mana yang telah dirasai oleh ramai pemain-pemain cryptocurrency yang terawal sejak tahun 2009 sehingga 2014 ( mereka itu bertuah ). Kisahnya seperti ini,

Digibyte/Bitcoin

Oooooo Bitcoin…..

Bitcoin ( BTC ), biarpun namanya sangat gah sebagai alternatif sistem kewangan yang baru tetapi masih ada 2 lagi masalah besar yang belum dapat diatasi iaitu berkenaan network fee mahal dan tidak menentu dan juga proses pengesahanya yang lambat. Oleh itu,  setakat ini admin hanya melihat Bitcoin ini hanya boleh digunakan sebagai komoditi berharga untuk tujuan simpan nilai yang setaraf komoditi emas dan untuk tujuan instant payment pulak masih lagi tidak boleh dilaksanakan secara sempurna disebabkan oleh 2 masalah asas tadi biarpun telah ada khabar yang kuat mengatakan LN ( lightning network ) sudah boleh digunakan ( belum lagi ). Ini yang admin faham setakat ini dan nampaknya belum lagi memenuhi aspirasinya yang asal sepertimana yang tercatit di atas kertas putih. Jadinya…..

Ini Solusi Terbaik…..

Biarpun begitu, 2 kelemahan tadi telah diganti oleh Digibyte ( DGB ) dan Digibyte ini lahir daripada teknologi yang hampir sama seperti teknologi Bitcoin tetapi telah mengalami beberapa penambahbaikkan yang sangat ketara sehingga boleh diketegorikan sebagai pemain teknologi blockchain yang terbaik setakat ini dari segi peranan dan fungsinya. Apa peranan Digibyte yang admin rasa sangat berguna?. Ianya pantas, selamat, network fee yang sangat rendah seperti tidak ada dan sesuai digunakan untuk aktiviti micropayment merentasi sempadan antara negara. Apa itu micropaymnet yang teknologi Digibyte blockchain sediakan?. Ianya mampu melayan permintaan sekecil 1 sen dan ciri-ciri keselamatan yang tiada tandinganya. Hebatkan! daaaaannnnnnn dengan adanya peranan DGB/BTC ini, makanya kepada yang berhajat dan ingin memiliki sistem kewangan sendiri yang mana disokong kuat oleh komuniti decentralized, ini merupakan masanya yang paling tepat dan tidak perlu lagi menunggu sehingga fungsi LN ( lightning Network ) boleh digunakan secara sepenuhnya ( kenapa buang masa dengan benda yang rumit prosesnya? ).

Kelemahan Digibyte adalah nilainya yang berada di bawah paras harganya yang sebenar. Tetapi………..tak ada hal laaahhhhh……….selagi ada gandingan DGB/BTC, masalah itu dianggap sebagai terpencil. Jadinya, kena pandai guna sahaja 2 kemudahan yang telah sedia ada ini.

Panjang pulak jadinya kisah ini dan al-kisahnya lebih kurang macam itu laaaaaaaa prosesnya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *