Posted on

Bitcoin VS Emas Fizikal

bitcoin malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Emmmmmm………..admin menggunapakai kedua-dua platfom tersebut buat masa ini dan setiap satu darinya mempunyai peranan masing-masing dan kedua-dua platfom tersebut juga ada kekuranganya masing-masing. Jadinya kena pandai adjust ikut keperluan masing-masing. Buat masa ini nak lawan banding antara satu sama lain memang tak boleh laaaa dan depa dua ni pulak tidak ada pilihan lain, melainkan terpaksa memperhambakan diri mereka dan terpaksa untuk berkerjasama antara satu sama lain supaya dapat dimanfaat oleh tuan punya badan laaa jawabnya ( anda / admin ).

Ini Cara-Caranya Admin Mengaplikasikan Dua Benda Ini

Emmmm, buah mola admin try platfom emas fizikal terlebih dahulu dan itu pun selepas sekian lama fall in love dekat ASNB ( lokasi kembang biak duit trusted paling rare dan beribawa ). Rasa-rasa macam tak berapa nak cun pulak dah ( sebab benda ni ini ada hubung kaitnya dengan keadaan ekonomi semasa ) dan selepas pada itu, admin tranfers pulak sebahagian dari nilai kekayaan yang dimiliki ( bukan juta-juta pun hanya ribu-ribuan sahaja ) yang mana masih dalam bentuk nilai RM ke platfom emas fizikal ( bukan let go semua sekali naaa ). Masa beli emas tempoh hari harga sekitar RM120 ke RM 121 macam tu untuk 1 gram ( laaa ni tak dapat dah harga tu ). Emmm harga beli okay dah, tetapi 3 ke 4 bulan macam tu baru tau ada masalah kecairan untuk tukar emas fizikal ni ke duit kertas pulak agak rumit ( hal kecik saja ni ) dan time ni admin beli kijang emas ( dah let go ). Nak kena cari pajak gadai pulak baru boleh dapat cash dan kalau nak jual pulak harga yang dibeli kebanyakkanya depa akan ambil lebih rendah berbanding harga semasa ( ini yang tidak berkenan ). Emmmm……bila pajak pulak akan dapat 65% ke 70% sahaja dari nilai marhum yang sebenar. Dah dapat dapat cash sah-sah nak kena himpun duit pulak untuk tebus benda yang dipajak tadi. Pulakkkkkk…….dan ini laaa kelemahan yang ada. Bukan semua pajak gadai yang diiktiraf terima emas secara pukul rata kebanyakkanya bersyarat dan dari segi untuk dijadikan bahan simpan nilai duit kertas tu memang cantik dah tetapi tiada tahap kecairan yang tinggi pulak dan yang ini buat spoil sikit ( kena buka satu platfom untuk transaksi guna emas ni tapi siapa yang nak buat pulak ). Kecairan ni penting sebabnya untuk dijadikan sebagai alat petukaran bila perlu dan bila admin perati balik, emas ni sesuai diguna sebagai alat simpanan berbentuk pelaburan tetap sahaja kerana susah nak dicairkan ( proses agak rumit jadinya susah laaa nak habis dan itu tujuanya ). Heeeeee…heeeeeeeee…..selamattttt dan kisah bab emas ini panjang lagi….emmmmmmm info berikutnya boleh usha dekat google.

Bitcoin

Bitcoin pulak, admin perati lama dah benda ini sejak dari harganya sekitar USD 400 macam tu sehingga meninggkat naik ke USD 1000++ baru lah tergerak hati untuk terlibat sama. Buat masa ini fungsinya sekadar dijadikan sebagai alat jual beli bagi peringkat international sahaja dan ianya tidak terlebih dari itu. Feenya murah berbanding lain-lain kemudahan payment gateway yang sedia ada dan untuk dijadikan sebagai alat simpan nilai dan pelaburan pun sesuai juga. Bila operasi bitcoin ini telah berkembang biak dengan suburnya di Malaysia nanti, barulah admin akan menggunakanya sebagai alat pertukaran secara besar-besaran di peringkat local. Time tu duit kertas rasanya orang tak guna sangat dah dan kalau guna pun seingat admin  dengan jumlah yang sangat sedikit ( bitcoin bergerak dengan begitu pantas dan jangan pandang sebelah mata naaa ). Transaksi bitcoin per day untuk tahun 2017 mencecah $260M, emmmm dan per minit $180K dengan peningkatan ketara sebanyak 118%.

Susahnya nak sekat bitcoin, macam video dekat bawah

 

Secara kasarnya, untuk kaki travel, yang nak lari dari masalah currency exchange dan yang nak cari alat pertukaran global yang lebih syok boleh saja simpan duit yang berlambak itu dekat bitcoin. Ianya boleh saja gunakan di mana-mana saja di seluruh Dunia apabila perlu dengan kadar fee yang sangat menjimatkan dan untuk manusia yang ALLAH anugerahkan dengan harta kekayaan melimpah ruah, boleh saja simpan sebahagian darinya dalam bentuk emas fizikal dan sedikit darinya yang tersisa di dalam akaun bitcoin. Untuk emas fizikal  boleh dijadikan sebagai harta karun tersimpan di dalam Malaysia. Mana tau ada cita-cita untuk travel secara tetap keluar negara ka dan harta karun tadi boleh digunakan semula jika berlaku kecemasan dikemudian hari nanti apabila berhajat pulang  ke Malaysia semula….heeee..heeeee….dan bitcoin sudah tentu boleh dijadikan sebagai bekal untuk travel( nak isi banyak mana dalam akuan pun tak ada hal dan boleh melepasi sempadan antara negara tanpa halangan. Apa macam? ada rasa macam berminat tak?….heeeee…heeeeee.

Wowwwww hari ni karangan agak panjang, emmmmm sambung lain kali pulak.

Jika ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, boleh whatsapp/telegram ketalian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: emmm buat masa ini, bitcoin adalah digital currency. Jika ada tawaran pelaburan yang menjanjikan bulan dan bintang. Sila selidik terlebih dahulu kesahihanya….emmm bitcoin ada exchangenya sendiri tetapi transaksi dekat sini agak high risk. Bitcoin juga instrument pelaburan jangka panjang yang menguntungkan …..heee…heee.

 

More from my site

  • Bitcoin Store Dan Account TwitterBitcoin Store Dan Account Twitter Bitcoin store support 100% sistem pembayaran menggunakan bitcoin dan ini merupakan salah satu cara mudah untuk masuk ke pasaran antarabangsa bersama-sama sistem pembayaran yang lebih […]
  • Minggu Ini Layan Kisah Bitcoin ExchangeMinggu Ini Layan Kisah Bitcoin Exchange Banyak sangat ni info tentang bitcoin dan itu tandanya bitcoin sudah meluas pengaruhnya...
  • Pelaburan Atas Nama Bitcoin Mula Masuk MarketPelaburan Atas Nama Bitcoin Mula Masuk Market Bitcoin dijangka akan mencecah $3000 ke $5000 dalam tempoh waktu terdekat ( Bajet 2 tahun +++++++++++ 5 tahun ). Bukan esok hari di dalam kelendar skim cepat kaya.
  • Bitcoin Exchange MalaysiaBitcoin Exchange Malaysia Khusus untuk peminat dan bakal pengguna yang terpaksa layan bitcoin sebagai alat transaksi masa kini........mau tidak mau anda terpaksa terima gelombang bitcoin...heeeee....heeeeee....
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *