Blog Internet Marketing Malaysia

Assalamualaikum,

Dengan segala kemudahan internet yang ada sekarang ini sepatutnya urusan promosi segala bagai produk perniagaan akan menjadi lebih mudah. Betul tak ?.

Sepatutnya peniaga, usahawan peringkat mula dan semua entiti yang terlibat dengan aktiviti perniagaan harus ambil peduli dengan kemudahan ini. ( lain-lain entiti tidak termasuk dalam cerita kali ini ). Kepada yang telah terlibat ianya satu tindakkan yang sememangnya sangat bijak, itu sahaja yang pihak admin dapat katakan dan tahniah buat anda. Bagi yang belum terlibat, sila rujuk platfom pemasaran yang ada di bawah dan mana-mana part yang tidak tersenarai ianya di luar pengetahuan pihak admin. ( harap dimaafkan )

  1. Content marketing + SEO ( pihak admin guna kaedah ini. Ianya jimat, sangat efektif dan ROI tinggi )
  2. Facebook ads ( pastikan yang berbayar. Cara organik tidak begitu berkesan. Dulu guna kaedah ini, setelah FB buat banyak sangat perubahan pelik jadi pihak admin sudah tawar hati )
  3. Google adwords ( info lanjut sila rujuk dekat Google search, jangan sampai terlebih bayar. Salah satu platfom yang dipandang serius patut guna oleh pihak admin dan masih aktif )
  4. Blogspot ( seo cantik dan platfom percuma. Promote dekat sini jangan sampai kena ban. Benda free ini banyak kelemahan )
  5. Laman web dan blog ( kena ada skill tahap tinggi. Lebih kurang sama macam handle kedai secara offline. Pihak admin guna kaedah ini dan disarankan sangat-sangat supaya anda terlibat dalam lapangan ini )
  6. Letak iklan di blog yang glamour dan mesra seo ( jangan letak banner, kajian mengatakan pengguna internet sangat tidak suka iklan banner. Kalau buat juga akan lebih kepada pembaziran )
  7. Email marketing / subscriber ( sekurang-kurangnya perlu ada simple blog atau sistem kedai online sebagai landing page )
  8. Rekrut tentera pemasaran seberapa ramai yang boleh ( sistem affiliate atau dropshipping boleh guna kaedah ini )
  9. Pencangkok ( nak tau kena contact pihak admin. Repeat order dari bekas pelanggan, emmm bagaimana agaknya pencangkok tersebut bekerja? )
  10. Viral marketing. Apa benda tu? ( ada masa nanti cuba cari dekat google search )
  11. Youtube video ( sebahagian dari geng content marketing. Pihak admin tak pernah cuba cara ini dan tak tau nak cerita macam mana, tetapi tahap efektifnya sungguh tinggi )
  12.  Dan banyak lagi,

Untuk ROI tinggi, pihak admin cadangkan supaya anda perlu melibatkan diri dengan kaedah content marketing + SEO. Dari 2 benda ini anda boleh kaitkanya dengan yang lain-lain. Sokongan tambahan sudah pasti iklan berbayar yang terkawal. ( on the spot actions. Boleh try Google adwords atau FB ads dan juga yang lain-lainya )

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

2 thoughts on “Blog Internet Marketing Malaysia”

  1. online marketing malaysia
    I hope this article is useful for the developers
    who thrive at making their asp.
    net application an absolutely impossible
    place for the hackers to deal with.

    Happy reading!
    Thank you for this
    Information.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *