Categories
Research & Development Trending

Template iklan peniaga Jitra

Bismillahi,

Panjang ceritanya, biar admin cerita yang pendeknya tetapi mudah faham. Template iklan ini untuk kegunaan peniaga yang beroperasi disekitar kawasan Jitra. Tugas template iklan ini yang utamanya adalah untuk mencari pelanggan dan menarik pelanggan ke tapak jualan. Sasaran utama pelanggan biasanya dari sumber internet.

Kategori pelanggan pulak adalah dari kumpulan pelanggan organik… maksudnya pelanggan yang mai cari sendiri dalam internet dan mereka jumpa iklan tersebut dan mereka pulak rasa berminat untuk mencuba berdasarkan maklumat-maklumat menarik yang telah terhidang di dalam template iklan yang sedang bekerja itu. Pasai tu template iklan ni penting dan cara buat template iklan ni pun berbeza dari cara lama yang bersifat keras dan statik dengan maklumat yang terbatas. Contoh template iklan ini, boleh tengok di bawah…. template iklan untuk warung mee udang 3km jauh dari kawasan tumpuan ramai.

Template Iklan Warung Mee Udang Kg Kota Giam

RM 0.00RM 85.99

Ini contoh template iklan untuk warung mee udang. Warung ini jauh dari kawsan tumpuan orang ramai, makanya untuk tarik pengunjung luar kawasan supaya tahu dan boleh berkunjung ke warung ini makanya template iklan digunakan untuk kerja-kerja iklan dan hebahan… Harap makkk looongg.

Premis: Mee Udang D’Sawah
Lokasi: Kg Kota Giam, Jitra, Kedah.

Waktu operasi:
Buka : 12.45pm – 7pm
Sabtu – Ahad: Cuti

Menu:

  1. Mee udang
  2. Laksa
  3. Ais Kacang ( ABC )
  4. Laicikang
  5. Nasi Ayam

Peta lokasi Warung mee udang D’Sawah…

0 SUCCESSFUL ORDERS

1839 viewed until today

SKU: N/A Categories: ,

Tonton Video

Makanya, selesai sudah satu bab penting peniaga iaitu cara untuk dapatkan pelanggan… ada banyak lagi masalah peniaga dan itu baru satu hal. Gagal faham dan mampu menguasai cara cari pelanggan, perniagaan boleh tutup operasi lebih awal sebabnya hari-hari kos makan modai mengatasi kos untung masyukkknya yang sedikit. Nak buka perniagaan itu mudah tetapi nak mempertahankannya itu payah cek oooiiiii…

Masalah orang berniaga yang paling utama adalah kekurangan pelanggan dan kalau boleh depa nak dapatkan pelanggan yang ramai selalu. Bila pelanggan ramai, baru syok buat bisnes kerana dari pelanggan yang ramai itu laaaa nantinya akan terciptanya jualan. Antara cara untuk cari pelanggan adalah menggunapakai template iklan yang hidup. Pulak dahhhhh, template hidup. Macam mana cerita dia tu? lagu ni…..

Yang dikatakan hidup tu, dia mampu buat iklan secara automatik jalan 24 jam dan yang mati tu pulak, iklan cara manual dan pos template iklan keras dan lepas tu kena ulang-ulang buat benda yang sama secara manual setiap masa. Itu haaa beza dia. Ada banyak cara lain lagi tetapi cara template iklan ini ianya lebih mudah, jimat tenaga, jimat masa dan jimat belanja. Cara kerja dia lagu mana?… Template iklan ini dia akan buat kerja-kerja iklan dan hebahan secara automatik 24 jam ke lokasi ramai pengguna dengan hanya sekali sahaja proses pemasangan. Berbanding dengan cara manual yang perlu diulang-ulang siar secara manual setiap masa..

Kepada yang berminat untuk mencuba template iklan seperti ini, sila masej admin bertugas di Telegram https://t.me/maketmakers atau komen dekat bawah.

Seperti biasa, sebelum layan pakej berbayar. Team kami akan paksa setiap bakal pelanggan kami untuk cuba pakej percuma 30 hari terlebih dahulu… jika dalam tempoh 30 hari tersebut hasilnya sangat positif, baru team kami akan buka kebenaran untuk langganan pakej berbayar..

Untuk langganan pakej percuma / 30 hari yang mana tempatnya sangat terhad itu, sila buat tempahannya disini – https://www.niaga24jam.com/64kh

Sekian terima kasih dan selamat majujaya..

Categories
Research & Development Trending

Projek subscriber terhormat

Bismillahi,

Ini projek komuniti kepada komuniti. Sasaran utamanya adalah mencipta peluang menambah pendapatan secara bijak dengan kerjasama komuniti kepada komuniti dan konsep ini sudah lama diterapkan oleh komuniti sumber terbuka untuk menjayakan pelbagai projek yang perlu kepada sokongan ramai secara percuma yang mana dapatan hasilnya nanti boleh dinikmati secara bersama.

Jadinya, bagaimana projek ini berjalan?. Sangat mudah dan teknik ini telah pun digunapakai oleh platfom sosmed terkenal untuk kepentingan perniagaan mereka sejak sekian lama sehingga berjaya maraih pendapatan beratus juta pertahun. Apa yang mereka buat?… dan kenapa komuniti pengguna yang ramai ini melihat sahaja peluang ini tanpa berbuat sesuatu yang berguna?.. kenapa eekkkk?. Heeee…heeeeeee.

Mereka hanya sediakan satu platfom pelbagaiguna untuk dinikmati oleh pengguna secara percuma dan dari aktiviti tersebut mereka dapat menghimpun dan memiiki aset paling bernilai iaitu pangkalan data pengguna. Dari pangkalan data tersebutlah mereka mencetak kekayaan yang luar biasa banyaknya. Team admin sudah perhatikan perkara ini sejak sekian lama, cuma kemampuan untuk melaksanakanya belum sampai.. Tahun 2024, team admin telah menghidupkan kembali usaha tersebut dan projeknya diberi nama SUBSCRIBER TERHORMAT. Memandangkan ini projek komuniti bersifat sumber terbuka, makanya pusat pelayan data utama…. team admin terpaksa tumpang kemegahan platfom Telegram untuk aktiviti penjimatan kos tanpa berlaku kekurangan layanan perkhidmatan dan semuanya diterima pada tingkat terbaik untuk pelaksanaan projek seperti ini. Kenapa guna Telegram? kerana Telegram lebih bersifat sumber terbuka dan mesra kretiviti berbanding platfom lainya yang bersifat kawalan ketat untuk aktiviti yang melanggar polisi mereka.

Apa yang menariknya tentang Projek SUBSCRIBER TERHORMAT ini?.

Yang bestnya adalah boleh dapat hasil dalam bentuk RM. Kronologi kisahnya begini, jika sebelum ini, subscriber hanya akan mendapat layanan dalam bentuk bahan berunsur nilai tambah + hiburan sahaja tetapi keuntungan dalam bentuk RM tidak diberi dan ianya perlu diusahakan secara berasingan DIY sendiri untuk mendapatkanya tetapi pemilik akaun yang diikuti ramai itu masing-masing mendapat hasil dari kelebihan tersebut dan sebahagiannya akan diambil oleh penyedia platfom sosmed… Disebabkan itu menjadi subscriber, follower atau pengikut akaun tertentu perlu lebih bijak. Jika tidak, ianya menjadi satu aktiviti yang sangat merugikan masa kecuali mereka-mereka yang dilahirkan untuk tidak perlu peduli akan semua itu.

Team admin hanya meletak sasaran 100K+ subscriber untuk projek ini dan aktiviti projek boleh diteliti perjalanannya ikut link di bawah… golongan yang terkesan teruk dengan keadaan inflasi yang sedang berlaku sekarang ini disarankan supaya mengkaji dan DIY sistem seperti ini untuk kelangsungan hidup dan komuniti masing-masing. Team kami tidak mampu menampung permintaan sistem agihan pendapatan seperti ini dalam jumlah mega dan team kami berharap projek seperti ini dapat digerakkan oleh komuniti-komuniti yang lainnya juga… Untuk menjalankan sistem seperti ini, perkakas yang diperlukan adalah…

  1. Pelayan sistem atau laman web
  2. Telegram channel
  3. Sistem akaun pengguna iaitu wallet
  4. Projek yang menyokong usaha komuniti
  5. Kepakaran dalam bidang pengurusan pangkalan data
  6. Admin yang serius dan sangat bertanggungjawab
  7. Kena faham bagaimana cara kerja Bitcoin diawal penciptaannya

Tiada sebarang ufti dikutip dari subscriber dan segala kos perlu ditanggung secara konsep sumber terbuka. Kejayaan projek seperti ini bergantung harap 100% kepada komitmen peserta… apabila projek siap dan berjalan, baru hasilnya dapat dikutip, dinikmati dan dirasai bersama sepertimana cara Bitcoin diperkenalkan kepada masyarakat Dunia dan menikmati hasilnya… 

Yang berani buat pasti berjaya akhirnya…. projek subscriber terhormat di bawah team admin gabungkan ia bersama-sama aktiviti pengiklanan. Langkah seterusnya, tuan-tuan dan puan-puan pandai-pandai laaa fikir sendiri macam mana projek ini berjalan nantinya…

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.