Categories
Research & Development SEO

Belajar SEO Memang Tak Akan Habis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nak jadi pakar SEO, bukan senang untuk menjinakkan robot SEO ini. Di dalam setahun entah berapa ratus kali tuan dia tukar stratergi supaya dia lebih jinak dengan tuanya sendiri.

Mengejar SEO memang tak akan habis selagi tuanya bersifat tamak ( pemilik search engine ). SEO bukan permainan blogger atau pemilik laman web yang suka kepada kerja-kerja mudah, nak cepat dan nak senang. Hari ini tersenarai, bulan-bulan berikutnya belum tentu lagi di mana letak dan duduknya . Tidak guna berada pada ranking terbaik tetapi tidak ada yang mencarinya. Bab ini, lagi laaa kelaut jadinya.

SEO adalah permainan blogger/ pemilik laman web yang tidak kenal erti putus asa dan oleh kerana itulah, harga untuk teknik SEO ini mahal dan bukan semua blogger dan pemilik laman web boleh menguasainya. Yang pentingnya, guna keyword yang selalu pengguna cari……..

Sekian terima kasih dan selamat berjuang.

Categories
Marketing

Berapa Kos Marketing Depa?

Assalamualaikum dan salam hormat,

Semua kos marketing dan hasil yang pihak admin kutip ini dapat dari status FB usahawan muda Bangsa Melayu dan lagi berjiwa kental.

Alang-alang nak buat bisnes, elok ikut style mereka ni semua. Ada banyak lagi dan yang sempat dikutip 2 orang ini sahaja. Sila rujuk laporan dibawah:

  1. Pemilik butik online @norie signature – kos iklan 40 hari RM 24K, untung RM180k.
  2. Pemilik SSG – kos marketing YAKIN tahap tinggi RM 25K ( buat kenduri + sedekah duit raya ) untung RM 230K. Ini baru satu operasi dan belum masuk operasi yang lain-lain lagi. Beli Humvee bayar cash…ihhh…ihhhh…iihhhh.

Dua ni sahaja yang sempat admin kutip. Pengalaman admin pulak, 2 tahun iklan dekat FB dan kos yang telah dibelanjakan untuk iklan RM 3k ++. Jika nak dibandingkan dengan jagoan-jagoan ni semua…kelaut laa admin.

Siapa kata orang melayu tidak pandai berniaga?….dan tidak berjaya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.