Categories
Perniagaan internet Sumber pendapatan

Baju Bola Made In Thailand

Assalamualaikum dan salam hormat,

Baju bola jenis ini memang agak terkenal dikalangan peminat terutamanya di Malaysia. Bajet rendah dan kualiti tak payah cerita..tip-top.

Kenapa boleh jadi macam tu? adakah disebabkan kualiti gred AAA player issue ( generasi baru jersi murah dan kualiti tip-top )yang ditawarkan atau disebabkan harga baju yang berpatutan atau memang sudah menjadi hobi orang Malaysia yang suka pakai baju made in Thailand?.

Kualiti gred AAA ( triple A ) player issue ni kalau kita tengok memang hampir 99% nak sama dengan yang ORI. Harga sekitar RM40 ++ sahaja. Yang murah dari harga ni pun dah ada dijual. Lokasi yang top baju bola gred ini boleh dibeli adalah di dalam internet, kadang-kadang dekat pasar malam pun ada. Lain-lain tempat ada ka? mesti laaaaaa ada kan, tetapi tak pasti la dimana….kena rajin cari baru boleh jumpa. Pusat pengambilan yang kurang berisiko untuk ambil stok baju bola gred AAA player issue made in Thailand yang paling senang didapati adalah di Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan sebelah pantai timur mungkin Pekan Rantau Panjang. Kalau nak advanced, masuk terus ke negara Thailand…lagi cun.Banyak pilihan dan bab harga belum tentu lagi boleh dapat semurah di lokasi-lokasi yang dinyatakan tadi atau tidak. Kena pandai buat deal…..insyaallah boleh dapat pada harga yang berpatutan.

Cara paling senang order dekat saya, sebab saya selalu travel p ke sana untuk ambil tempahan untuk produk internet bisnes saya setiap minggu. Jika rasa nak tumpang order, masej saja dekat saya dan kita deal bagi cantik punyaaaaaa……

Kepada yang berminat untuk dapatkan stok jersi bola gred player issue atau second ori, disarankan supaya turun ke Padang Besar, Perlis. Deal dengan seller dekat sana elok-elok, mudah-mudahan boleh dapat pada harga yang lebih murah. Harap info ini membantu anda semua dan admin dah cuci tangan untuk buat bisnes ini.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Rahsia Dan Tip Menarik Sharing Is Good

Kenapa anda perlu tiru gaya blogger ini?

Assalamualaikum tuan-tuan-dan puan-puan,

Masuk sana-masuk sini tup-tup jumpa dengan blogger dan juga penulis yang namanya Seth godins.

Bila saya tengok laman blog dia, saya terus terfikir macam mana dia boleh jadi  seorang blogger yang terkenal?.Tak percaya dengan apa yang saya katakan ni..cuba p tengok laman blog dia.Memang simple dan nampak bersahaja …

Macam mana boleh jadi  macam tu aaa? ini kalau blog kita semua duduk pada tahap yang macam tu.Emmm jenuh kaut untung le jawabnya..tak nak ka blog kita jadi macam tu? Seth godins ni memang rajin.Dia punya blog post dah mencecah 4000. Foyoo banyak ooooo. Semua ni dia pulun sorang-sorang dia sahaja.Tapi harus di ingat dia ni seorang marketer.Dia tulis buku pun bab marketing jadi tak hairan la kalau blog dia boleh sampai level macam tu sekali.

Cerita berkenaan blogger ini, tuan-tuan dan puan-puan boleh jumpa dalam laman web squidoo.com/seth.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya