Categories
Marketing Perniagaan Trending

Cara untuk dapat lebih ramai pelanggan

Bismillahi,

Kali ini admin akan kongsi sedikit cara yang admin selalu guna untuk bantu usahawan yang baru bertapak, sedang cari pasaran baru untuk bisnes yang mereka sedang usahakan dan juga yang ingin mengumpul pengikut setia.

Teknik yang admin guna adalah…

  1. Buat iklan atau hebahan untuk setiap perkhidmatan, bisnes dan produk menggunapakai kaedah blog pemasaran SEO + ecommerce.
  2. Setiap iklan dari aktiviti no 1, admin akan guna bantuan bot AI Telegram automatik dan sosmed autopost untuk pos iklan mengikut jadual tertentu secara automatik.
  3. Teknik no 1 akan berjalan secara auto kerana teknik tersebut disulap masuk enjin SEO untuk berkerja dan memburu kedatangan pembaca berdasarkan kata kunci masing-masing-masing. Menarik trafik organik secara tanpa henti ke tapak jualan atau terus ke premis perniagaan.
  4. Teknik no 2 akan berjalan secara automatik berdasarkan tetapan yang telah ditetapkan untuk Bot AI masing-masing bekerja.
  5. Seterusnya, admin biarkan proses no 1 dan 2 itu menentukan haluan masing-masing ikut apa yang telah ditetapkan semasa pembikinannya.

Memandangkan admin guna konsep blog untuk buat kempen kesedaran dan hebahan, maka admin akan guna kepakaran mengarang cerita yang ada padanya isi nilai tambah untuk santapan pembaca mengikut jenis produk, bisnes dan perkhidmatan. Itulah elemen terpenting jika pilih cara seperti ini.

Setakat ini, cara yang dipraktikkan ini sangat berkesan untuk menjalankan tugasan untuk buat kempen, iklan dan hebahan. Sasaran tugasan adalah untuk berdurasi jangka masa panjang… hasilnya adalah sangat solid dan sesuai untuk semua jenis perkhidmatan, barang dan bisnes. Teknik ini sering juga digunakan untuk membantu usahawan baru bertapak yang menjalankan perniagaan dari rumah untuk tarik trafik ke premis masing-masing dan cara ini sangat efektif, jimat kos dan lebih mesra usahawan.

Contoh iklan dan template yang digunakan, boleh lihat di bawah.. dimuat naik lebih kurang 4 bulan yang lepas.. projek yang diusahakan adalah, jahit kasut dari rumah. Kesannya adalah sangat positif.

Jika ada yang berminat untuk mencuba cara ini, masej admin yang bertugas di Telegram – https://t.me/maketmakers

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Tukang Jahit Kasut Kodiang, Padang Sera, Jitra, Changlun, Arau.

RM 0.00

Kutipan kasut dan penghantaran disediakan. Anda hanya perlu tunggu di rumah.

Kawasan jangkauan:

  1. Kodiang
  2. Changlun
  3. Arau
  4. Padang Sera
  5. Tunjang
  6. Jitra

Lain-lain kawasan, kena mai hantar sendiri ke premis kami di Kodiang. Jangan lupa untuk pilih tarikh ikut slot yang masih ada.

Selamat berurusniaga.

Pertanyaan, sila whatsapp / telegram ke +60 134700840

Peta ke lokasi…

0 SUCCESSFUL ORDERS

5000 viewed until today

Category:
Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development

Jual Barang Bundle Secara Kecil-Kecilan Untuk Tambah Pendapatan

Bismillah,

Usaha paling mudah untuk dikerjakan oleh rakyat Malaysia yang berhajat untuk mencari sumber pendapatan tambahan adalah, jadi penjual barangan bundle secara kecil-kecilan di internet.

Kenapa barang bundle? kerana barang bundle ada market nya tersendiri.. ada permintaan dan ada harga. Kos sikit, kadang-kadang margin untung besar baaassss..

Nak jadi peniaga bundle zaman laaa ni, tak payah mana dahhhh!. Yang jimat kos, salah satu darinya boleh guna sistem sederhana yang telah disediakan oleh pasukan kami… Sistem kami buat, jual barang bundle ikut harga bid dan cara kerja sistemnya boleh tengok dekat bawah… sangat simple dan slot yang dibuka adalah sangat terhad.

Sistem ini telah dipersiapkan dengan kemudahan pemasaran ala kadar sesuai dengan market untuk peniaga bundle peringkat pemula… Langkah seterusnya yang perlu dibuat oleh bakal peniaga bundle pemula adalah…

  1. Pergi cari barang bundle..
  2. Kemudian, masej admin kami untuk iklankan dan cari bakal pembeli kepada barang bundle tersebut ikut harga bid terbaik. Tak perlu cara ini. Cara ni lambat, kadang-kadang admin ghaib tak tau p mana ntah… jenuh tunggu. Join terus channel ini https://t.me/tokeybundle dan private group nya juga untuk membolehkan pintu iklan dibuka. Slot iklan buka 24 jam dan hanya melalui aplikasi Telegram sahaja.
  3. Untuk cara bid pulak. Kena tunggu sehingga barang bundle tersebut terjual dengan harga bid tertinggi.
  4. Sudah dapat untung… Sila ulang langkah no 1 sehingga no 3 sampai cemuih..
  5. Bahagian last ini paling penting… bila sudah terkenal, sila buat sendiri channel pemasaran ikut format sendiri dan tempat ini sila bagi peluang dekat peniaga baru yang lain pulak supaya mereka juga dapat menapak dan tambah pendapatan seperti anda…
  6. Marketing, team kami buat… dalam bisnes, bahagian marketing ni laa paling penting dan dari kerja marketing ini laa jualan tercipta… tak mudah cek oiiii!..

Slot yang dibuka untuk sesi bid adalah sangat terhad, untuk tapak iklan di Telegram adalah tiada had… dan perkhidmatan ini PERCUMA.

Maka, lebih kurang macam itulah cara kerjanya untuk cari pendapatan tambahan selaku peniaga barang bundle secara kecil-kecilan… contoh iklan bundle jualan secara harga bidaan, lihat di bawah…

Pertanyaan, sila email ke Telegram ke https://t.me/maketmakers.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

[ CONTOH ] Kasut Bundle Stefano Rossi | Saiz EU44/UK10 | Kualiti 70% | Kulit Dan Warna Coklat Gelap

RM 180.00

Kepada yang berminat boleh bid harga di channel Telegram https://t.me/tokeybundle

Harga bid tidak termasuk kos pos ( RM7 – SM )

Sekian terima kasih dan barang bundle tidak semestinya harga mahal.

 

1 in stock

0 SUCCESSFUL ORDERS

134040 viewed until today

Categories: ,