Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development

Cara Kami Jual Barang Bundle Secara Online

Bismillah,

Kami jual secara harga bid melalui online. Kami buat laman web yang siap dipasang dengan sistem bid sendiri yang ringkas dan senang untuk diguna oleh bakal pembeli dan peminat barang bundle amnya. Lepas tu, kami p cari sendiri stok barang bundle terpilih yang cun-cun dekat mana-mana penjual barangan bundle yang ada di Seluruh Malaysia. Ciri-ciri barang bundle yang kami cari.. ciri-cirinya seperti yang terpampang dekat bawah….

Yang pertama, kami akan cari

  1. Barang bundle yang berjenama jika dapat peluang.
  2. Kualiti tip-top. Ini syarat paling penting.
  3. Harga kena murah dan ini memang duduk dilevel keperluan utama perlu diperhalusi.
  4. Lepas tu try jual secara harga bid dekat laman web yang telah sedia ada tu. Harga buka biasanya akan bermula dari tangga harga barang kami dapat dari penjual atau pembekal + untung sejemput. Mula dengan harga bid RM 1 tu…. kami tak buat style tu.. nampak macam lekeh sangat dan tidak termasuk dalam kamus style team kami berniaga. Team kami akan letak dan buka pada harga yang sewajarnya sahaja. Tidak perlu buat permainan harga ke peringkat yang tidak sepatutnya perlu dibuat. Peniaga lain nak buat, itu mereka punya hal…
  5. Lepas tu, kami ulang langkah 1 sampai langkah 4 dan ulang lagi dan ulang lagi sampai laaa team kami cemuih…

Cara ni kami dapat jimat di banyak tempat. Yang bestnya, stok barang bundle yang kami simpan semuanya ketegori tip top. Pasainya, semua barang tu kami pilih sendiri yang sah-sah ada potensi dan pakej beli harga guni supaya dapat sauk harga murah segala bagai tu pulak kami tak buat. Buat serabut simpan stok banyak-banyak dengan barang bundle yang kadang-kadang stok ntah apa-apa. Yang eloknya berapa kerat saja.. Alasan dari pembekal nak bagi sedap hati.. “padan laa dengan cara tu, hampa kan nak beli yang harga murah… itulah barangnya kata pembekal”.. puuiihhh.

Scammer tak boleh cari makan dekat sini..

Team kami juga, sediakan escrow supaya urusniaga yang kami buat tidak terlibat dengan aktiviti scam.. Pasainya, selain barang dari team kami… barang dari peniaga lain juga kami open untuk masuk harga bid. Dengan itu, Aktiviti scam tu dipastikan tidak dapat berlaku dekat sini… ada berann?..

Itu laaa cara kami.. hanya perlu laman web + lengkap sistem bid + sistem pemasaran dan sistem pemasaran ni penting supaya proses cari bakal pembeli akan jadi lebih mudah. Cara team kami buat ni tak perlu setup kedai offline bagai, semua tu makan modai pada pentafsiran team kami dan kesan dari buka kedai tu laaa nanti membuatkan harga barang bundle perlu di markup harganya lebih tinggi dari apa yang mampu dibeli oleh pengguna barang bundle dekat Malaysia… Bukan peminat tau.. peminat barang bundle ni dia ada kelasnya yang tersendiri….

Caranya kerjanya, ada dekat bawah.. simple sahaja.

Pertanyaan,  masej admin kami yang bertugas di Telegram https://t.me/maketmakers.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

[ CONTOH ] Kasut Bundle Stefano Rossi | Saiz EU44/UK10 | Kualiti 70% | Kulit Dan Warna Coklat Gelap

RM 180.00

Kepada yang berminat boleh bid harga di channel Telegram https://t.me/tokeybundle

Harga bid tidak termasuk kos pos ( RM7 – SM )

Sekian terima kasih dan barang bundle tidak semestinya harga mahal.

 

1 in stock

0 SUCCESSFUL ORDERS

134040 viewed until today

Categories: ,
Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development Trending

Peniaga barang bundle Kedah

Bismillahi,

Barang bundle untuk dijual sudah ada tetapi tempat untuk iklan dan jualnya pulak belum ada. Macam mana nak buat ni?…

Nak buka kedai, bajet belum cukup dan jika buka kedai bundle kos barang bundle perlu dinaikkan. Makan modal lagi. Makanya, harga akan jadi mahal dikeranakan add on kos tambahan sewa kedai, bil letrik dan sebagainya lagi. Solusinya untuk peniaga bundle pemula… sila guna kemudahan sederhana yang telah tersedia di bawah… tak kira stok apa, asalkan ketegori barang bundle, boleh tempek dekat situ.. percuma dan jimat kos dan yang penting sekali margin keuntungan dapat kekal relevan dengan keadaan ekonomi sekarang. Boleh dijual dan harga tidak mahal sangat dan murah sangat pun tidak… sedang-sedang… baru boleh besaing dengan peniaga bundle yang lain secara sihat walafiat. Persaingan perniagaan barang bundle sangat kuat dan peminatnya pun ramai di Malaysia. Jadi, ini adalah salah satu dari caranya…

Kunci boleh jual untuk pemula adalah, keupayaan untuk membuat hebahan dan tarik trafik sebanyak mungkin ke tapak jualan barang bundle yang sedang diusahakan… makanya untuk bagi mudah cara, cuba guna kemudahan yang telah tersedia itu… daftar pengguna yang sedia ada, sekitar 1 ribu+ dan trafik dari SEO enjin pencari tiada had.. cuba laaa mana tau berhasil untuk dicipta jualannya.

Naaahhh! selesai sudah satu masalah bab jualan, iklan dan yang berkaitan operasi pemasaran. Tempat operasi, buat saja secara online/offline dekat rumah.. apa ada hal… tapak jualan boleh guna platfom percuma seperti channel Telegram, fb fanpage, Tiktok, Instagram, Youtube dan Shopee. Untuk pantau harga pasaran terkini, boleh saja tengok dekat Shopee atau Tiktok…

Untuk tempek iklan bundle dekat bawah, kena ada aplikasi Telegram dan kena join channel ini https://t.me/tokeybundle

Daaannn, join private group, baru admin boleh buka pintu iklan seluas-luasnya… tak buat lagu ni, kaki spam iklan luar negara selalu mai buat kacau… harap makkklooonggggg.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya hendaknya.

Lihat stok Barang Bundle [ TERKINI ] NOV/2024

RM 0.00RM 0.00

Ini tempat supplier barang bundle, vintage & retro original.
Untuk iklan dan membelinya, sila lanjut terus ke channel Telegram kerana di sini hanya untuk aktiviti pengiklanan dan hebahan sahaja.

SCAMMER, manusia TOKSIK akan di BAN.
Channel: https://t.me/tokeybundle

Untuk peniaga yang berhajat untuk letak barang bundle dislot pilihan produk yang tersedia di bawah dengan kapasiti penampilan yang tidak terbatas, sila masej admin bertugas di https://t.me/maketmakers.

atau, tekan terus butang booking slot iklan di bawah. Tq.

 

 

Jika merasakan perkongsian ini bermanfaat, Belanja admin Burger Ramly seikhlasnya di – Belanja Burger

RM 0.00 of RM 5,000.00
1 year to go

0 SUCCESSFUL ORDERS

1007 viewed until today

SKU: slot-iklan-bundle Categories: , , ,

Tonton Video