Bismillahi,
Kit atau beg kecemasan telah diaktifkan kerana sejak akhir-akhir ini kerap berlaku bencana diluar jangka. Mana-mana bahagian yang terkurang diharap pembaca boleh guna kretiviti masing-masing untuk mencukupkannya.
Sekali lagi admin ulang, kit kecemasan perlu dipersiapkan ketika keadaan masih aman dan segala keperluan masih mudah untuk didapati. Ketika bencana sedang berlaku, itu bukan masanya yang sangat sesuai untuk membuat persiapan tetapi itu masa untuk bertindak mengikut arahan seberapa pantas yang boleh.
Dengan adanya persiapan awal, sekurang-kurangnya kita ini tidak menjadi beban kepada pasukan penyelamat untuk tugasan yang lagi penting.
Sekian terima kasih dan semoga info ini bermanfaat.