Categories
Perniagaan Research & Development Web & Blog Activity

Buat Branding Dulu Lepas Tu Baru Kaut Untung

Admin suka pilih yang kena buat kerja sikit tetapi untung banyak. Nak dapat cara macam ni, kena laa belajar buat branding dari awal. Info seterusnya ada disini.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Macam mana boleh jadi macam ni?. Jual sikit untung banyak dan yang satu lagi kena jual banyak baru dapat untung banyak.

Yang no 1, jual sikit untung banyak sebab ambil margin untung tinggi. Formula dia macam ni, modal untuk keluarkan produk RM15 tetapi harga jual RM150 per produk. Margin untung RM135 x 5000 = RM 675k. Kes satu lagi pulak, kos produk RM15 juga dan harga jual RM45 per produk. Margin untung RM30 x 22500 ( banyak tu ) =RM 675k juga.

Untuk dapatkan hasil jualan seperti kes no 1, syarikat kena ada nama yang sudah gah, terkenal dan ada peminat tersendiri. Kes no 2, biasanya ada pada syarikat yang baru hendak bertapak. Biasa la…. syarikat baru mana ada orang kenal sangat, jadinya salah satu cara untuk pancing pembeli adalah dengan harga yang murah dan berpatutan ( kena buat kerja banyak sikit laa ).

Apa yang admin nampak adalah buat branding dulu, kemudian baru kaut untung kot belakang ( long term business strategy ) . Lepas ni kita selak dan selongkaq bab macam mana nak buat branding untuk blogger pulak (part menarik ni ).

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Jangan sombong, aku dan kamu perlu di sekolahkan setiap hari.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *