Posted on

Cara Berniaga Beg Bundle Original

Assalamualaikum dan salam hormat,

Buah mula kena cari pembekal beg bundle terlebih dahulu. Jika di dalam Malaysia, Emmmmm……sebelah Utara dan Pantai Timur biasanya ramai supplier beg bundle. Kenapa?……….kerana mereka sangat cekap dan pandai untuk cari stok baru dan tahu dimana lokasi main supplier berhimpun, terutamanya dari negara jiran iaitu Thailand atau Cambodia.

Timbang kilo dan buka guni…

Ada yang suka ambil stok dari pakej buka guni dan timbang kilo ( sebab murah ). Timbang kilo dan buka guni kena cari port beg ini mula-mula mendarat…..baru ada kemeriahannya. Emmm, admin pun tak tahu dekat mana lokasinya. Ada yang suka ambil stok yang sudah dipilih dan di Malaysia stok semacam ini memang senang jumpa ( barang elok, cantik, berkualiti tetapi harga agak keras ). Emmm……..untuk aktiviti bisnes, admin cadangkan elok ambil stok yang sudah terpilih supaya mudah untuk dijual semula dipasaran nanti dan tak payah pening-pening sebab barang semuanya sudah dijamin kualitinya.

Handbags Fosil

Jika order dari admin..

Harga memang agak keras, kondisi setiap beg 70% ke 90% kualitinya ( maknanya beg ni elok ). Beg sudah siap dipolish bagi lawa dan semua beg admin  jual secara borong. Kenapa?….supaya margin untung untuk admin dapat dikurangkan ( beli banyak untung sikit pun jadi laa ) dan lebihanya yang masih banyak itu admin tinggalkan untuk dijadikan habuan yang lumayan buat peniaga terakhir supaya dapat kaut untung sebanyak-banyaknya ( baru ada semangat untuk terus berniaga kan? ). Beg bundle original lagi branded ini, jika nak cari yang harga murah serupa baru punggah dari guni dan yang belum tahu lagi statusnya memang susah nak dapat. Sebab tu nak berniaga beg bundle kulit, branded, terpilih dan original ni kena siapkan modal yang agak besar ( standby ) takut-takut stok yang sampai kena yang mahal. Lokasi untuk display semua beg pun kena tau juga, kena cari lokasi yang paling sesuai dengan keadaan stok ( barang boleh buat duit tak boleh dijual disembarangan tempat ). Tak boleh display dekat kaki lima pasar malam, carboot sale biasa atau gerai-gerai tepi jalan macam tu sahaja ( berapa RM sangat boleh markup harga ).

 

Ini bukan barangan bundle sembarangan…

Beg ni namanya saja barangan bundle ( used items ) tetapi barang bundle ini ada nilainya yang tersendiri. Jangan terkejut, jika ada diantaranya barang-barang bundle ini boleh dijual dengan harga yang begitu tinggi dipasaran tertentu ( kena pandai cari port nya ). Jadinya kena belajar cari dimana port-port tersebut ( dekat pasaran tertentu biasanya port orang loaded, mewah dan peminat sejati ). Sungguh luar biasa permintaanya.

Tak suka cara ini…

Lagi satu hal, jangan gatai-gatai pergi minta no tel supplier dekat admin yang supply barangan bundle. Tak akan dibaginya dan kalau nak tau juga kena usaha cari sendiri ( dah hilang akal ke apa orang macam ini ). Buat masa ini, pihak admin banyak supply beg dari France, Italy, Japan dan Paris. Yang selebihnya akan dipilih apabila 4 lokasi tadi tidak ada yang menarik dihati….asalkan yang berikutnya, kualiti terjamin dan yang original.

Untuk yang berminat…

Nak tanya sesuatu, sila whatsapp/telegram ke talian 011 3222 9401. Hanya untuk dapatkan stok dan tip mula bisnes barangan bundle berkualiti tinggi sahaja dan untuk yang nak minta no tel supplier tidak akan dilayan.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

p/s: bantulah diri anda untuk tambah pendapatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *