Categories
Research & Development

Cara buat affiliate Shopee untuk pemula

Sangat lah mudah, boleh ikut cara ini…

Bismillahi,

Sangat lah mudah, boleh ikut cara di bawah… admin ambil tip tersebut dari Google. Hee..heeeee.

  1. Klik Enter Now.
  2. Log masuk ke akaun Shopee anda.
  3. Masukkan No Telefon, Email atau Nama Pengguna.
  4. Masukkan Kata Laluan anda.
  5. Kemudian, tekan Log Masuk.
  6. Anda akan dibawa masuk ke Affiliate Program.
  7. Seterusnya, anda akan diminta untuk memberikan informasi pribadi dan detail akaun media sosial anda.
  8. Selesai mendaftar, anda akan mendapat pemberitahuan melalui email dan anda dapat menggunakan link Affiliate untuk mempromosikan produk shopee.

Buka akaun affiliate Shopee adalah penting tetapi tahu cara dekat mana nak letak link-link affiliate Shopee adalah lebih penting. Terjebak dengan aktiviti affiliate Shopee atau lain-lain affiliate di zaman ini boleh diketegorikan sangat mencabar kerana persaingan untuk mencari sumber pendapatan tambahan melalui kaedah affiliate semakin hari semakin kuat. Di mana-mana group atau tempat yang menjadi sasaran pengguna internet berhimpun pasti akan kelihatan link-link affiliate beraksi. Ada berannnn untuk buat setelah tahu kisah sebenarnya dunia affiliate?. heeee…heeeeee.

Admin ada buat affiliate Shopee, untuk test market selama 2 bulan. Al-hasilnya, hanya berjaya mendapat RM 5.50 macam tu sahaja. Heeeee…heeee. Kesalahan yang berjaya direkodkan adalah, kurang trafik yang diterima untuk klik link-link affiliate berkenaan. Bukan salah produk tetapi salah admin kerana gagal menarik lebih banyak trafik untuk dipaksa lihat produk yang sedang dipamerkan. Ada banyak cara untuk tarik trafik ke lokasi dimana link affiliate tersebut telah dipasang. Teknik tersebut lain kali admin bedah dan siasat dan share.. Untuk kali ini, admin nak share tapak santai untuk affiliate pemula boleh letak link affiliate masing-masing menggunapakai kaedah PERKONGSIAN rezeki Allah yang tentukan dan tak perlu kedekut untuk berkongsi tempat tempek link affiliate.

Ada pemain affiliate sanggup menggunakan khidmat iklan berbayar untuk dapatkan trafik dan klik pada link affiliate yang sedang dipaksakan kepada penonton. Teknik ini ada yang mendatangkan hasil yang lumayan dan ada yang tidak. Bilanya tidak?, apabila rama pemain affiliate mula guna kaedah yang sama.. bila dah ramai buat benda yang sama.. pakat-pakat faham laaa meriahnya link-link affiliate. Teknik ini tidak akan terjejas terus jika keadaan ekonomi atau kuasa beli raykat Malaysia berada pada level sihat walafiat tetapi dalam keadaan sekarang perkara itu 50/50. Ekonomi Malaysia bukan cantik sangat pun… Untuk guna tempat tempek link affiliate bagi pemula sila baca di bawah…

Perlu guna app Telegram dan join channel jadi subscriber untuk membolehkan pintu ruangan iklan affiliate dibuka seluas-luasnya. Iklan affiliate akan kelihatan seperti di bawah adanya dan iklan tersebut akan berada di merata-rata tempat berdasarkan kata kunci yang digunakan untuknya.

Semoga hasil affiliate melimpah ruah dan sampai pengsan… heee..heee.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *