Categories
Aktiviti Hujung Minggu

Cara buat blog wordpress dan blogspot

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Topik kali ini fokus kepada cara nak buat blog wordpress dan blogspot. Yang sebenarnya saya dah lama menyediakan perkhidmatan membuat blog + sistem kedai online dan tak terfikir pulak untuk berkongsi pengalaman yang saya ada itu dengan tuan-tuan dan puan-puan semua. Ok … hari ini adalah hari yang sepatutnya dari dulu lagi saya buat benda ini. Jom kita ikuti cara-caranya di bawah:

Untuk menjadi seorang blogger tuan-tuan  dan puan-puan kena ada blog. Cara untuk buat blog yang sebenarnya tidaklah susah sangat pun. Yang pertama tuan-tuan dan puan-puan harus pilih untuk guna platfom yang berbayar atau yang percuma. Pada peringkat permulaan elok di cuba yang percuma terlebih dahulu dan apabila sudah selesa dan sudah dapat melihat hakikat sebenar kelebihan yang ada jika menjadi seorang blogger. Baru lah bertukar ke platfom yang berbayar pulak.

Kaedah pertama yang perlu kita cari adalah PLATFOM BLOG PERCUMA

  1. Blogspot ( percuma dan tidak mengalakkan pengguna yang berdaftar denganya menjalankan aktiviti bersifat komersial dan melanggar terma-terma yang telah ditetapkan )
  2. WordPress ( Percuma dan sama seperti terma-terma yang disarankan oleh blogspot )
  3. Dua tu sahaja yang saya suka, yang lain tuan-tuan dan puan-puan kena cari sendiri.

Langkah pertama untuk buat blog, saya cadangkan tuan-tuan dan puan-puan lihat sahaja video yang saya sediakan ini. Yang sebenarnya saya tak suka taip dengan panjang lebar dekat sini. Jadi video ini sebagai penggantinya:

[media id=57 width=480 height=460]

Emm macam mana mudah kan ? untuk sesi seterusnya kita lihat pulak macam mana pulak kita nak selenggara blog yang kita sudah siapkan supaya nampak lebih cun.

Blogspot setting part 1

[media id=58 width=480 height=460]

Blogspot setting part 2

[media id=59 width=480 height=460]

Blogspot setting part 3

[media id=60 width=480 height=460]

Ok sekarang kita ke platfom blog percuma yang seterusnya iaitu WORDPRESS. Ini adalah versi lama yang sempat saya kutip dari Youtube.

[media id=62 width=480 height=460]

Ahhhaaaaa…sudah siap tutorial ringkas macam mana nak buat blog. Mudah sahaja kan? semua cara-cara dekat atas tadi adalah datangnya dari platfom percuma. Jadi untuk peringkat permulaan elok dicuba platfom percuma terlebih dahulu.Kalau dah rasa hendak pergi lebih jauh dalam dunia blogger, elok pasang platfom sendiri. Biasanya CMS WORDPRESS sangat-sangat saya syorkan. Kalau malas nak pasang sendiri, tuan-tuan dan puan-puan boleh upah web developer yang tuan-tuan dan puan-puan kenal. Biasanya kos yang dikenakan antara RM150 ke RM250 dan lebih dari itu pun ada.Jadi pandai-pandai lah buat pilihan untuk kebaikan diri dan juga pelaburan yang tuan-tuan dan puan-puan telah buat. Kalau nak senang, upah saya pasang pun boleh..heee..heee.

Yang lain-lain nya tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan dari enjin pencari google dengan kata kunci ” cara buat blog “.Harap maklum.

Kelebihan memiliki blog

Pada kebiasaanya tujuan utama memiliki blog adalah untuk mencari sumber pendapatan tambahan, untuk berkongsi maklumat, berkongsi ilmu pengetahuan, untuk menjadi glamour, terkenal dan macam-macam lagi. Jika di salah guna  blog boleh membawa bermacam-macam bencana. Jadinya blog memang mempunyai banyak kelebihan. Bagi diri saya blog adalah saluran sumber pendapatan kedua yang penting buat saya. Pengalaman pertama saya memulakan perniagaan internet adalah melalui blog percuma iaitu blogspot. Selepas blogspot percuma kena ban akibat langgar terma-terma yang diberikan, maka keputusan nekad telah dibuat dan niaga24jam.com pun dilahirkan dengan rasminya dan hidup sampai sekarang..

Selamat mencuba dan semoga bahan yang disediakan yang mana kebanyakan nya di ambil dari sumber YOUTUBE  dapat mambantu tuan-tuan-puan-puan serba sedikit  dalam mempelajari selok belok untuk membuat, membina dan menyelengara blog yang tuan-tuan dan puan-puan miliki nanti.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Be the first to write a review

One reply on “Cara buat blog wordpress dan blogspot”

Terdpt 2 jenis blog yg popular iaitu wpress dan blogspot.kedua2nyer userfriendly dan easy to use kata org putih.org yg tidak mempunyai pengetahuan it pun boleh buat blog.setuju tak?hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *