Categories
Marketing Research & Development

Cara Guna Teknik Hard Sell

Mesti mau tau cara guna teknik hard sell. Silap hari bulan teknik ini buat orang menyampah dengan kita..jaga-jaga.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Teknik hard sell cara kerjanya adalah sangat agresif dan sangat kasar untuk mendapatkan hasil ( teruih suruh beli dan macam paksa pun ada ).  Rasa-rasa teknik macam ni sesuai ka tidak?.

Platfom online

Ada tempat-tempatnya di mana teknik serupa ini boleh di aplikasikan. Untuk online bisnes, admin selalu guna teknik hard sell dekat platfom classified seperti mudah, ebay, lelong, lazada, 11street dan laman web kedai online admin sendiri. Emmm…..selain dari itu dekat platfom search engine pun admin rembat serupa tu juga dan guna teknik hard sell ini secara ikut suka hati saja dan kesanya lebih mantap cuma selalu kena game dengan bot search enjin ( dekat search engine biasanya ramai real buyer yang fokus dan memang berminat ). Niat depa dari mula pun dah fokus kepada apa yang mereka akan cari, jadinya memang cantik sangat-sangat laa jika dapat guna teknik hard sell dekat sini ( tak payah buang banyak masa, direct terus kepada harga dan paksa order ). Jika kena dengan tawaranya, mereka akan on dan akan terus beli ( bukan semua produk naaaa ).

Platfom offline

Untuk offline lokasi paling cun untuk apply teknik hard sell biasanya ( part ini admin tak pakar sangat, boleh baca untuk info tambahan  saja laa ) dekat tapak expo, pasar malam, uptown dan juga di dalam shopping complex ( tengok produk juga yang ni pun ). Lokasi offline tadi, di mana waktu operasinya agak pendek dan tak banyak masa elok guna hard sell secara agresif. Dekat sana, pelanggan biasanya dah guna power mata yang mereka dah ada untuk menilai sebelum turun ke hati. Depa biasanya perati dari jauh sebelum datang bertanya ( time tanya ni maklumat berkenaan produk kena standby siap-siap, penerangan paling laju dan padat adalah sangat-sangat diperlukan ). Lambat saja customer belah p tempat lain.  Tak payah buang masa guna teknik soft selling, guna hard sell teruih dan sebelum tu kena tengok produk juga yang ni pun. Offline produk, jika dari jauh dah nampak huduh, jangan harap laaa customers nak cuba-cuba nasib untuk bertanya kecuali yang terdesak sangat-sangat ( buat bagi rambang biji mata lain kali ).

Dekat fb, twitter, instagram sesuai ka tidak?. Admin dah try hard sell secara berbayar dan free dekat 3 tempat tadi…emmmm hasilnya boleh penat dan burn duit iklan saja ( mungkin produk tak kena gamaknya ). Lokasi dan platfom tak kena dengan teknik langsung. Jadinya, kalau anda terkena masalah yang sama…..haaaa…haaaa kena ambil faham laju-laju. Ubah ke teknik soft selling secepat yang mungkin dan guna kaedah content marketing ( sediakan bahan yang ada nilai tambah untuk di baca supaya minat dapat dibentuk ). Dari situ baru boleh bina profit tetapi cara ini agak lambat dan hasilnya dikemudian hari baru dapat lebat dan lumayan. Jadinya kena banyak bersabar.

Jika di tahap nazak sangat-sangat nak guna duit, macam mana pulak?. Ini kes lain dannnnn…….Eeemmmmmm admin cadangkan supaya belasah saja yang mana sempat, kacuk dua-duanya sekali. Buat bisnes dalam keadaan macam ini agak high risk dan berat kot belah tak mau nak jadi. Apa pun cuba dulu secara berhemah, mana tau ada rezeki dihujung nyawa. Haaaa..haaaaaaa.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: bahan-bahan r&d macam ni laaa cara penyampaianya.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *