Categories
Research & Development

Cara lajukan internet kawasan kampung yang tiada infrastruktur

Boleh bikin sendiri…apa ada hal…https://is.gd/cR3yRY

Bismillah,

Boleh guna cara ini dan ini pengalaman admin sendiri. Sejak 2005 sehingga bulan 9/2021, admin hanya dapat guna internet yang berkelajuan 1.2mbps ke 1.7mbps. Itu pun dikira bernasib baik kerana infra Telekom masih ada dikawasan tersebut.

Untuk mereka yang tidak ada liputan dan infra tersedia dan berminat untuk dapat hasil seperti dalam video di bawah…baca lagi cara-caranya…

Pakej UNIFI air / 20mbps / unlimited / sebulan + tax RM83.75

– Telekom Malaysia

Modal untuk setup infra + langganan pakej internet buat pertama kali sekitar RM700+ ( termasuk pakej internet + sim RM100 + pos ).

Alat-alat yang perlu disediakan…

  1. Modem yang support simkad internet generasi terkini. Harga sekitar RM200 – RM600. Admin guna jenama OLAX. Harga terkini sekitar RM170 ke RM220. Jenama lain yang boleh pakai tanpa masalah adalah Huawei dan modem jenis ini ada dijual dekat Shopee. Apa bagusnya ada modem sendiri?…supaya tidak perlu layan kontrak 2 tahun UNIFI. Ini semua kontrak tak boleh bawa berbincang bila dah setuju…Lebih baik elak diri dari ambil pakej internet yang ada kontrak segala bagai ni….menyusahkan diri bila nak tamatkan langganan jika perkhidmatan tidak bagus dan UNIFI banyak rungutan dari pengguna. Nak tahu kisahnya..baca dekat Twitter. Tapi UNIFI ada pakej unlimited tanpa FUP…makanya,inilah caranya yang admin guna…emmmm.
  2. Parabolic set + piring antenna. Harga sekitar RM120 – RM300. Piring antenna boleh rembat astro punya yang dah tersadai dibelakang rumah. Tak ada yang tu…..boleh ambil jiran punya…heee…heee
  3. Tangga tak perlu beli…pinjam jiran punya juga.
  4. Mesin drill untuk pasang tapak antenna kena ada. Tak ada, pergi beli yang baru…jiran jarang bagi pinjam alat ini.
  5. Batang paip besi sebatang ikut ketinggian yang diperlukan…lagi tinggi…kadar upload lagi cantik. Harga tanya kedai hardware. Admin pau tiang besi dekat kedai besi kawan…heee…heee..Lagi tinggi lagi bagus tapi kena pandai pasang supaya kuat dan tidak goyang bila kena belah dengan angin ribut atau burung yang suka tunjuk samseng.
  6. Kabel dawai hijau 10 ke 15 meter sebagai alat tambat tiang antenna. 1 meter berapa dit sahaja.

Harga tertera tidak termasuk kos pemasangan + setting rangkaian. Admin buat sendiri bahagian ini dan benda tu boleh belajar dari Youtube. Penetapan rangkaian, admin guna Aplikasi OpenSignal.

Untuk makluman pembaca semua, infra yang dipasang ini boleh sokong semua jenis ISP yang ada dekat Malaysia. Buat masa ini, admin baru cuba pakej UNIFI Air dan antenna yang dipasang mampu tarik internet sehingga jarak 20 kilometer jauhnya….Jarak rumah admin dari tiang menara antenna ISP sekitar 1.5 kilometer sahaja.

Hampir 6 bulan sudah guna cara ini. Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Hujan lebat + ribut tinggal 1 bar dan ketika cuaca cantik 3 ke 4.5 bar. Kelajuan waktu pucak sekitar 13mbps ke 20mbps. Bukan waktu puncak adakalanya mencecah sehingga 50mbps. Youtube pulak boleh layan HD resolusi tampa sebarang masalah. Apa macam…ada berannnn untuk mencuba?…

Sekian terima kasih dan selamat mencuba…

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *