Posted on

Cara Mudah Untuk Memilih Parti Yang Bertanding PRU 14

Assalamualaikum dan salam hormat,

Semak prestasi…

1) Semak rekod prestasi pentadbiran parti terkini yang telah diberi mandat sebelum ini. Lihat prestasinya, CEMERLANG atau SANGAT TERUK. Jika cemerlang, ELOK DIKEKALKAN dan jika SANGAT TERUK prestasinya elok DIGANTIKAN dengan parti baru.

Baca semua manifesto parti..

2) Jika pilih untuk digantikan dengan parti baru, sila baca semua manifesto setiap parti baru yang mencalonkan diri. Pilih yang terbaik darinya.

Pilih pucuk pimpinan yang terbaik..

3) Pilih parti yang diwakili oleh pucuk pimpinanya dari kalangan manusia yang berakhlak mulia dan yang mempunyai aset cerdik pandai yang mencukupi. Untuk mentadbir sesebuah negara, aset cerdik pandai yang mencukupi adalah sangat perlu bukanya cakap pandai.

PRU 5 tahun sekali..

Tidak perlu bimbang jika salah memilih untuk kali pertama, ini hanya permainan 5 tahun sekali. Tetapi jika tetap memilih parti yang sama, yang mana buruk rekod pentadbiranya. Itu tidak cerdik namanya.

Rakyat dan Raja berpelembagaan…

Parti politik bukan lah kerajaan ia hanya kumpulan tertentu yang mencalonkan diri untuk mentadbir negara Malaysia bagi tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Rakyat dan Raja berpelembagaan di dalam negara Malaysia itulah pemilik kerajaan tersebut dan harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Kisah menarik berikutnya.........

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *