Categories
Marketing

Cara Senang Untuk Cari Dan Simpan Database Pelanggan

Hobi simpan dan cari database pelanggan. Hobi yang sangat menguntungkan ni.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Siapa ada hobi simpan database pelanggan, kita geng dan ini merupakan salah satu dari hobi yang sangat menguntungkan. Nak buat apa dengan database pelanggan?( ada banyak gunanya terutamanya untuk tujuan bisnes ).

Apa yang admin maksudkan adalah database pelanggan yang pernah berurusniaga dengan kita ( kiranya ada kenai sikit-sikit macam tu ) atau yang kita acah-acah dan pujuk mereka untuk ikut dan follow kita atas sebab tertentu. Tujuannya untuk guna promote dan alert tentang  aktiviti bisnes, projek berpotensi, produk baru dan sebagainya yang mana ianya ada kaitan rapat dengan bisnes yang sedang diusahakan ( mana laaa tau depa berminat nak beli atau melanggan lagi dan lagi ). Ada sesetengahnya mereka kumpul database untuk projek tertentu sahaja ( guna email subscriber ) dan banyak peniaga internet guna kaedah ini. Emmmmmm, simpan database pelanggan termasuk sebahagian daripada komponen pemasaran yang sangat penting ( teknik menggunapakai kepercayaan yang sudah ada dalam diri mereka terhadap kita ). Emmm buat masa ini, admin hanya bagi fokus dan simpan database peserta untuk dropship dan affiliate sahaja ( depa lebih memahami hasrat admin ). Yang pelanggan pun ada juga, tetapi dibiarkan terbengkalai macam tu saja ( segan nak hantar masej ).

Macam mana nak dapatkan database mereka?

Nak dapat database manusia berpotensi ni ada banyak cara. Antaranya teknik menangguk di air yang keruh, kutip secara rahsia, beli dari pencari dan penyimpan database, guna ayat-ayat menarik dan yang menqiurkan ( biasanya yang ini untuk platfom email subscriber ) dan banyak lagi. Emmm, zaman laa ni antara solusi lain yang paling senang untuk kumpul database dan yang boleh digunakan untuk tembak masej supaya sampai kesasaran dengan tepat dan percuma adalah platfom twitter ( admin lebih suka guna twitter berbanding fb yang selalu update algorithm ) atau youtube pun okay tetapi tak berapa cekap sangat nak cari bahan dan bermuka-muka. Selain dari itu applikasi seperti whatsapp group, telegram group dan beberapa lagi app yang seangkatan denganya yang support platfom smartphone sangat-sangat laaaaahhh sesuai untuk digunakan sebagai alat cangkut-mencangkut, simpan database dan untuk aktiviti tembak masej tepat ( tetapi agak terhad ). Jangan spam terlalu kerap nanti kena delete atau kena ban….sebulan polisi sudah berubah dan boleh tembak masej seberapa banyak yang kita suka……jika kena ban, tanggung sendiri.

Sistem pengurusan database kena bagi ada, jika tidak ianya akan jadi carca merba laa jawabnya. 10 orang okay lagi, kena 1000 orang mau tau laaa penanganya. Admin guna sistem kedai online sahaja untuk kawal benda ni dan yang terbaru guna aplikasi telegram dengan kapasiti 10 ribu 200k ( terbaru ) database…fuuhhhh…….itu baru 1 group, kena 10 group…heeee….heeeeee…

Sambung lain kali, eemmmm……

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: nak jimat kos iklan bebayar dan tambah ROI boleh guna cara simpan database….

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *