Categories
Bitcoin Research & Development

Cara Untuk Tambah Pendapatan Ikut Saluran Bitcoin

Jika rajin mencari, makanya lama kelamaan akan berjumpa juga dengan apa yang dicari. Inilah yang admin telah jumpa di dalam misi mencari lubang-lubang atau jalan-jalan yang sesuai bagi mendapatkan sumber pendapatan melalaui port bitcoin.

Assalamualaikum dan dan salam hormat,

Jika rajin mencari, makanya lama kelamaan akan berjumpa juga dengan apa yang dicari. Inilah yang admin telah jumpa di dalam misi mencari lubang-lubang atau jalan-jalan yang sesuai bagi mendapatkan sumber pendapatan melalaui saluran bitcoin. Lebih kurang 5 bulan juga proses pencarianya dan ia berjalan secara berterusan dengan pelbagai karenah dan halangan ( halangan biasa sahaja ) dan juga melibatkan penggunaan pelbagai kepakaran teknikal ditahap tinggi ( waktu posting ini dimuat naik, info mengenai trik bitcoin masih kurang ). Projek ini termasuk di dalam pakej R&D.

Kos Mula Sekitar BTC 0.001

Alhamdulillah, hasil pertama telah pun diperolehi tetapi tidak lah begitu banyak dan boleh dibanggakan( alhamdulillah ) sangat, sekitar BTC 0.001 macam tu sahaja. Emmmmm, modal permulaan sekitar BTC 0.001 juga. Jadinya, hampir 100% juga tu hasilnya dan sekarang sudah ada BTC 0.002 secara kasarnya. Yang masih tersangkut dan yang tak boleh di withdraw atas faktor tidak cukup syarat untuk dibawa keluar adaaaaa lebih kurang BTC 0.001 juga ( semua ini ada di dalam akaun mining pool ) dan kesemua proses  yang melibatkan operasi ini mengambil masa sekitar  1 minggu untuk kaut hasil ( waktu market sihat ) macam tu. Emmm, untuk hasil dari lain-lain Altcoin yang masih lagi tersangkut di dalam fasa open trade, ada lebih kurang BTC 0.02 ( jika sampai ke harga sasaran ) macam tu dan masih  menunggu masanya yang sesuai untuk ditebus keluar secara automatik sahaja. Lebih kurang  BTC 0.025 macam tu laaaa jika digabungkan kesemuanya sekali dan admin MULA dari BTC 0.001 sahaja.

c-cex

Antara Yang Admin Guna…….

Antara keperluan, kepakaran dan segala bagai kemahiran yang admin guna untuk support projek ini adalah MASA, KEPAKARAN MEMAHAMI BAHASA KUMPUTER UNTUK HASHING POWER, BASIC MATEMATIK, SISTEM KESELAMATAN, ANALISIS HARGA, KEPAKARAN MENGAWAL DANA YANG SEDIKIT, KEKUATAN DAYA KECEPATAN BERFIKIR, KEMAMPUAN UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN PEMBANTU PLATFOM DALAM BAHASA ORANG PUTIH ( admin tak berapa mahir bab ni, heee….heeee ), KEUPAYAAN UNTUK SELESAI MASALAH DENGAN SENDIRI APABILA BANTUAN YANG DITERIMA TIDAK BERJAYA, TAHU AKAN JENIS-JENIS ALGORITHAM UNTUK CRYPTOCURRENCY, TAHU SELOK BELOK TRADING DEKAT PLATFOM ONLINE, TAHU SECARA ASAS BAGAIMANA CARA-CARA UNTUK TRANSFER DAN GUNA AKAUN BITCOIN SECARA JELAS ( penting ) dan banyak lagi. Ini bukan proses untuk menunjukkan kepakaran tetapi sekadar menunjukkan keperluan yang perlu digunakan dan perlu diadakan nanti jika ada yang berhajat untuk cuba buat benda yang sama. Yang paling asas adalah KEPAKARAN UNTUK TRADE DI PLATFOM Exchange ( sumber utama paling banyak bagi untung ). Untuk trade dekat platfom exchange, jika sudah ada basic trading forex, saham dan pasaran hadapan, itu merupakan satu bonus khas yang diperkirakan sudah cukup baik dan perkara itu akan banyak membantu ketika berurusniaga secara live nanti. Emmmmm….yang menariknya admin lihat, trading dekat pasaran ALTCOIN / BITCOIN market adalah lebih santai dan risiko nya adalah cukup rendah. JANGAN GUNA MARGIN services!….jika keadaan status pegangan coin mengalami kerugian, ya…simpan saja dulu. Ke depan nanti pasti akan naik semula.

Mesin mining Rigs

Mining rigs ini admin ambil dari Google sebagai contoh. Setiap rumah dekat Malaysia boleh generate income secara santai jika ada mesin ini dan mesin ini untuk script mining yang support GPU / CPU. Kos bikin tak mahal dan JANGAN HARAP JADI KAYA DENGAN HANYA ADA MINING RIGS ini ( ini alat sokongan bantuan tambahan untuk kaya ). Mesin ini sangat berguna sebenarnya.

Income Dalam Nilai Bitcoin/USD

Income yang bakal di perolehi biasanya di dalam format Bitcoin ( BTC 1=RM5300++ waktu posting ini dimuat naik ) atau USD. Kiranya untuk pengusaha dari Malaysia, ini merupakan salah satu bonus KHAS yang cukup lumayan jika semua hasil yang diperolehi itu dapat di tukar ke nilai RM dalam kadar dan nilai tukaran semasa yang sedia ada. Paling kurang RM10k+ sebulan….heeeee……..heeeeee.

Berapa modal yang diperlukan?

Sekitar RM2000 ke RM500 macam tu sahaja ( untuk trading sahaja ). Emmm, tidak termasuk lain-lain keperluan seperti komputer, internet dan bahan-bahan pembelajaran jika perlu.

Sistem Jalan 24 Jam

Projek berjalan secara 24 jam dan bila-bila masa boleh ganerate income. Siapa yang patut buat benda ini?, semua sekali rakyat Malaysia yang berada pada peringkat bawahan yang terkesan dengan gst rasa-rasa tak cukup sumber pendapatan dan sangat sesuai untuk penangung hutang PTPTN.

Caaaa Alip Buuuuttt, Cabut

Alamak!, laaaaangit dah kelam dan macam hujan lebat nak turun saja ni, dan sebelum kilat mai rasanya admin nak kena belah dulu laaaaa. Tak apa, sistem online ada dekat server luar negara dan admin tidak perlu monitor secara 24 jam. Tau dahhhh jika market cantik pasti akan dapat untung..heeeeee….heeeee.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

P/S: Untuk urusan bantuan nasihat teknikal  bagi pemula sahaja, biasanya admin caj RM 1800 dan  admin sarankan luangkankan masa untuk study sendiri benda ni pelan-pelan dekat internet dan boleh dapat benda tu secara percuma sebenarnya. Duit yuran tersebut boleh digunakan nanti untuk tujuan pelaburan dan buat apa nak bagi dekat admin kan?…. Secara jujur, projek ini memang sempoi dan anda patut mencubanya. Risiko untung dan rugi tetap ada apabila terlibat dengan dunia pelaburan.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *