Posted on

Cryptocurrency Untuk Kegunaan Micropayment Selain BTC

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ada banyak……….. tetapi di dalam banyak-banyak cryptocurrency, admin sarankan supaya cuba guna Digibyte ( DGB ). Kenapa admin sarankan DGB?.

Disokong oleh…

Kerana tx fee yang murah ( ada tetapi hampir kepada tiada ), proses transfers nya sekitar 7 saat  sehingga 15 saat dan disokong oleh banyak third party wallet ternama antaranya Coinomi, serasi dengan OSX/iOS , Android, desktop, di sokong juga oleh hardware wallet seperti Ledger, Trezor, Exodus dan juga multiwallet yang disediakan oleh DEX exchange iaitu Cryptobridge. Sesuai untuk transaksi diperingkat global seperti juga BTC dan lain-lain digital currency yang ternama. Emmmmm…memang sesuai sangat-sangat untuk aktiviti bisnes.

Sesuai untuk platfom online shopping…

Untuk kegunaan sistem kedai online, platfom yang admin dah test run dan bila digandingkan dengan Digibyte dan berfungsi dengan baik tanpa hadap masalah berat adalah WordPress + Cryptobridge. Sesuai untuk aktiviti perniagaan yang melibatkan online dan juga offline. Uasahwan masa depan patut explore cara ini.

Ini alternatif…

BTC tx fee mahal…..hee…heeee…..DGB kan ada….

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Posted on

Teknik Marketing Yang Mana Satu Sangat Berkesan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Saja kongsi data yang admin jumpa sebelum tarikh posting ini dimuat naik.

Untuk internet marketing…

Info ini penting dan terkait rapat dengan stratergi marketing. Harap masej ini nanti dapat membantu internet marketing di Malaysia amnya untuk buat pilihan yang lebih kena pada tempatnya dan yang mana satu patut dibuat terlebih dahulu dan tidak payah lagi bersusah payah buat plan marketing yang jauh dari kehendak pasaran.

Memang terbukti berkesan..

Di bawah tu datanya yang perlu diberi perhatian dan admin sudah lama menggunapakai cara ini untuk bisnes offline dan online dan alhamdulillah hasilnya sangat-sangat membanggakan dan kawan-kawan internet marketing sekalian patut ambil serius cara ini……..biar data berbicara.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

 

Posted on

Masalah Pengguna Cryptocurrency Di Malaysia Adalah Liquidity

Assalamualaikum dan salam hormat,

Heeee…..heeeee nampaknya masalah liquidity ( tahap kecairan ) masih menebal kepada pengguna matawang digital itu di Malaysia. Bukan senang untuk beli dan jual matawang tersebut bila ianya diperlukan ketika liquidity nya berada ditahap yang masih rendah terutamanya bila hendak ditukarkan ke Ringgit Malaysia ( untuk dijadikan alat pertukaran tanpa melibatkan RM tidak ada sebarang masalah ).

Selepas akaun bank luno dibekukan..

Ini yang admin terpaksa hadap selepas akaun local bank bagi pihak Luno exchange dibekukan sementara waktu operasinya. Luno merupakan salah satunya cryptocurrency exchange yang support MYR dan sangat familiar bagi pengguna cryptocurrency di Malaysia walaupun hanya menyokong BTC dan ETH. Luno adalah jambatan yang sangat berguna kepada peminat atau pengguna cryptocurrency di Malaysia kerana liquidity yang tersedia, fee dan prosesnya yang mudah. Pengguna hanya perlu bijak untuk menggunakan kemudahan jambatan tersebut.

Alternatifnya sudah pun ada..

Matawang digital boleh dibeli serendah RM10 sehingga puluhan ribu ringgit dan untuk mengatasi masalah liquidity, pengguna di Malaysia hanya perlu tahu untuk menggunakan kemudahan decentralized exchange atau P2P platfom yang menyokong kemudahan escrow untuk mengelakkan aktiviti penipuan. Buat masa ini, 2 kemudahan tersebut masih belum mendapat tempat dihati pengguna cryptocurrency di Malaysia kerana mereka kebanyakkanya aktif bersama private group dan melakukan transaksi tertutup sesama sendiri ketika platfom seperti Luno tidak berfungsi sebagai orang tengah. Selagi aktiviti ini berterusan liquidity sukar untuk dibentuk. Admin masih menunggu detik-detik pengguna cryptocurrency di Malaysia menggunapakai 2 kemudahan tersebut, mungkin sedikit masa lagi.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.