Posted on

Resepi Nasi Lemak

Assalamualaikum,

Macam mana nak buat nasi lemak yang sedap? kisah 10 tahun dulu-dulu semasa admin jadi tukang masak nasi lemak ( nasi sahaja, sambal tukang masak lain yang buat ).

Bahan-bahan yang admin guna untuk masak nasi lemak adalah bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, bawang merah dan halia. Bahan-bahan yang admin kisar guna blender bawang putih, bawang merah dan halia.

Okay, masuk bab kedua iaitu masak semua bahan tadi ( bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, bawang merah dan halia ) sampai naik minyak bersama minyak masak, mentega dan minyak sapi.  Bila nasi sudah hampir mendidih masukan semua bahan yang telah dimasak tadi ke dalam periuk dan dikacau-kacau sehingga sebati. Santan, daun pandan dan perasa secukup rasa ( admin guna serbuk ayam + garam + gula + ajinomoto ) jangan lupa pulak. Bila hampir masak, nasi lemak yang dimasak akan berbau harum dan warnanya kekuning-kuningan.

Yang ini info untuk peniaga nasi lemak sahaja, jika berhajat untuk dapatkan bekalan ikan bilis dengan harga yang berpatutan. Sila hubungi pihak admin yang bertugas. Kualiti ikan bilis telah siap diproses dan telah siap di belah-belah mengikut gred tersendiri.

Tempahan secara online sila rujuk ruangan /hangouts yang telah disediakan oleh  pihak admin.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

DSC_2347

 

Posted on

Perbanyakan Aktiviti Sedekah Di Tahun 2014

Assalamualaikum,

Tahun 2014 adalah tahun yang agak mencabar bagi rakyat Malaysia kerana terbeban dengan berbagai kenaikkan kos sara hidup.

Salah satu cara yang boleh dipraktikkan supaya dapat keluar dari bebanan ini adalah perbanyakkan aktiviti sedekah.

Dengan bersedekah kita akan mengundang rezeki dari ALLAH kerana di sinilah tersimpanya harta-harta yang tak akan habis.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Posted on

Memanfaatkan Emas Untuk Tujuan Pelaburan Masa Depan

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Masih lagi tercari-cari platfom pelaburan yang selamat?

Tak usah bimbang, mungkin emas adalah salah satu dari pilihan yang sesuai untuk tuan-tuan dan puan-puan.Sama ada untuk pelaburan jangka masa panjang,pendek atau untuk tujuan manipulasi.

Mengikut pengalaman saya, jika tuan-tuan dan puan-puan bermula menyimpan emas dari sekarang dan simpan untuk tujuan pelaburan masa depan dan di waktu yang sama  memanipulasikanya untuk tujuan menambah kekayaan. Dalam tempoh tidak sampai 2 tahun tuan-tuan dan puan-puan sudah boleh merasa nikmat kekayaan dari pelaburan yang dibuat sebelum ini..

Sekian terima kasih dan selamat mencuba