Posted on

Ilmu Supaya Tidak Mudah Bankrap

Camping tent Malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Tak mau bankrap atau pupus sumber pendapatan, boleh try cara ini.

Sekurang-kurangnya kena standby 4 atau 3 pintu masuk untuk dapatkan sumber pendapatan. Macam mana tu?  Senang saja dan untuk buah mola anda perlu sediakan pintu masuk income nya terlebih dahulu iaitu untuk PEKEJ HARIAN, MINGGUAN, BULANAN dan yang no 4 TAHUNAN. Amal 4 cara ini Insyaallah sumber pendapatan akan sentiasa mencukupi ( cara ini tiada jaminan untuk kaki enjoy dan yang suka boros ikut hati ).

Kupas sikit lagi supaya mudah faham. Okay……..contoh…naa…contoh….contoh saja ni…….untuk PAKEJ HARIAN, biasanya aktiviti yang boleh menghasilkan pendapatan secara harian adalah seperti buka kedai runcit ( yang ini paling senang ), berniaga ikan, berniaga pasar malam dan apa lagi…macam-macam lagi laaaa ( ikut minat dan kepakaran laaa senang ). Habih tak dak arah tak tau nak buat apa, berniaga nasi lemak macam anak dara yang kena saman dengan Majlis Perbandaran baru-baru ni dekat Selangor tu pun boleh.  Biasanya income bersih depa per hari dalam anggaran RM 50 ke RM 150 macam tu ( income bersih naa, bukan hasil jualan ) dapat lebih……………lagi laaaa baguih. Untuk PAKEJ MINGGUAN pulak biasanya kalau kot belah kampung admin, aktiviti mingguan ni biasanya depa jual getah sekerap ( 4 ke 5 hari motong sekali jual ), cari rebung, ulam dan macam-macam lagi untuk port favorite mereka iaitu nat hari Sabtu atau Ahad. Kot belah pekan tak payah cerita, macam-macam boleh buat time hujung minggu ni. Jika rajin  layan carbootsale pun okay dah dan malam pulak layan uptown atau pasar malam dan itu pun dah cukup mewah………jika ada food truck lagi cun…atur lokasi tang mana tempat yang ada ramai orang pada hujung minggu laaaaa……..apa lagi.  Admin hujung minggu ajar orang manipulasi blog jadi mesin buat duit dan kalau tak ada aktiviti tu admin buat meja kayu workbench……boleh laaa 3 ke 4 ratus seminggu ( kalau ada job laaa ).

Emmm, untuk PAKEJ BULANAN dan TAHUNAN kena ikhtiaq dan p cari sendiri laaa pulak…admin dah segan nak mengarang ni…..rasa macam nak layan movie free dekat youtube laaaaa……..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Makan suap selama-lamanya tak bagus untuk pekembangan minda…

Posted on

Cari Duit Di Internet Dan Bagi Dia Beranak Pinak

Green Angelica Hair removal

Assalamualaikum dan salam hormat,

Mula-mula sekali kena cari duit di internet dulu, tapi bagaimana caranya?. Ada cara yang sesuai ka?. Saya ni kerja makan gaji dan bagaimana caranya saya boleh terlibat secara serius di dalam perlumbaan ini?.

Mudah sahaja dan untuk buah mola boleh guna cara ini iaitu INSTALL BLOG UNTUK BISNES. Nak yang free boleh guna sosial media dan bab ini kena baca dekat tempat lain ( admin tak banyak info mengenainya ). Blog…………..aaaahhhh biasa sangat tu dan ramai yang dah tahu tentangnya. Lepas tu, kena guna blog yang ada tu dan tukar dia bagi jadi MESIN BUAT DUIT ( mesin ini boleh bekerja 24 jam ).  Part ini kena mahir bab SEARCH ENGINE MARKETING dan TEKNIK VIRAL MARKETING ( untuk attack sosial media ). Part ini kalau tak tau boleh belajar atau explore maklumat yang berkaitan di internet atau upah saja orang lain untuk buatkan. PRODUK ( perkara penting ) kena ada dan bagaimana nak cari produk?. Paling senang boleh usha dekat radio, tv dan jika rajin boleh saja guna google trends. Lepas jumpa PRODUK YANG SESUAI, baru buat karangan yang AGAK-AGAK MENARIK dan sumbat masuk KARANGAN tersebut sebagai content marketing ke dalam blog. Untuk cari duit di internet, cara yang paling cepat adalah jual apa yang dicari oleh kebanyakkan pengguna. Ada banyak lagi ni………apa yang admin cerita ini basic saja dan jika anda manusia yang serius, mesin ini boleh disiapkan dalam tempoh tak sampai sebulan ( secara tengelam timbul ). Ingat tu! jika anda manusia yang serius.

Teknik di atas jika berfungsi dengan baik, ianya tidak akan menggangu tugasan dan juga aktiviti seharian yang sedia ada. Mesin di atas boleh dimonitor dengan mudah melalui peranti smartphone dimana-mana sahaja selagi ada talian internet. Emmmmmm……….macam mana? ada berani untuk mencuba?.

Dah ada duit, nak kena bagi beranak-pinak pulak.

Nak bagi duit beranak-pinak ni tak payah mana. Masuk bidang INVESTMENT ( berikan saja kepada yang ahlinya untuk mengurus ). Antaranya ASB, UNIT TRUST YANG DIURUSKAN OLEH PIHAK BANK, SKIM CEPAT KAYA DAN CEPAT LINGKUP, EMAS, HARTATANAH, P TAMBAH ILMU dan banyak lagi cabang-cabang lain. Emmmm investment yang baguih adalah yang  tahap kecairanya tinggi ( senang nak tukar jadi duit bila nak guna ) dan lagi tinggi risiko lagi cepat dan banyak masuknya. Contoh terdekat skim cepat kaya, forex dan fcpo. Ini semua port high risk ( join skim macam ni kena faham tentang risiko ). ASB menang tempat terbaik buat masa ini. Bitcoin port baru dan tiada ulasan berkenaan produk ini dan admin masih lagi memerhati dari jauh tentang risiko dan ada banyak bahagian yang mengundang rasa konpius ( under R& D lagi ). Jadinya hold dulu bab bitcoin ni.

Sambung balik bab blog. Benda ni admin panggil mesin buat duit tetapi mesin buat duit ini kena tau cara untuk setting dan tau cara gunanya. Baru boleh dikerah secara sesuka hati untuk mendapatkan duit ( part ini memang kena belajar ). Benda ni, dia akan berfungsi secara auto dalam membantu tuanya untuk mendapatkan duit seberapa banyak yang mungkin dan rekod yang pernah admin jumpa 100k per month dan lebih lagi pun ada tetapi tak ambil port untuk tahu lebih lanjut. Sah-sah mesin depa power jika tidak macam mana depa boleh dapat income 100k++ permonth….kena p siasat lagi ni.

Untuk basic di atas, jika berminat untuk belajar boleh saja whatsapp/telegram di talian 011 3222 9401. Ini program untuk memperturunkan ilmu yang tiada jaminan kejayaan kerana admin pun tak pasti sejauh mana tahap keseriusan yang anda miliki dalam membantu diri sendiri untuk berjaya. Nak bagi jaminan buat apa ( bukan tak tau perangai orang Malaysia )….cari penyakit boleh laaaahhhhhh…..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

p/s: akan terus memandaikan diri sendiri………

 

Posted on

Belajar Cara Simpan Duit Teknik Paksa Diri

Assalamualaikum dan salam hormat,

Yang ini cara simpan duit supaya tidak bocor sana sini. Macam mana caranya?. Mudah sahaja, sila rujuk dibawah.

Dapat duit simpan di 3 ke 4 tempat secara berasingan. Yang no 4 mungkin di dalam dompet duit sendiri ( lokasi paling panas di mana urusan keluar masuk tidak direkodkan oleh kebanyakkan orang ). Dapat satu petua dari pekerja Ar rahnu Exchange Bank Rakyat yang mana dia dapat nasihat dari orang lama. Pakcik tu kata dalam dompet duit paling banyak dan perlu ada sekitar RM 50 ke RM 100 sudah memadai ( nak cantik kena bagi sesuai dengan waktu laa ni ). Yang itu adalah salah satu cara di mana kita dapat kawal perbelanjaan kita secara paksa. Berkesan ka tidak?……dah try memang berkesan  untuk membentuk budaya berjimat cermat.

Simpan duit kena paksa diri

Simpan duit ni kena paksa diri baru nak jadi. Teknik paksa diri untuk menyimpan duit ni kena belajar kalau tak tau. Boleh google dekat internet dan kalau rasa nak cepat, sila bayar dekat admin RM 170 untuk dapatkan draf plan semudah 1,2 dan 3. Baca tak sampai 2 minit, sudah boleh apply dengan jayanya. Teknik paksa diri untuk menyimpan duit ni memang admin tak bagi free.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan sila whatsapp/telegram/call pihak admin di talian +6011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: Timba ilmu sikit-sikit tetapi tiap-tiap hari. Nak kampoi macam orang tamak nak buat apa. Nak jadi Perdana Menteri?.