Posted on

Cara Apply Mind Setting Yang Ringkas

Kasut underground england

Assalamualaikum dan salam hormat,

Cara ni admin dah share dekat geng dropshipper di bawah kelolaan admin dan sekarang nak share dekat sini pulak. Cara nampak macam animasi saja tetapi itulah skillnya untuk anda cuba dan  cara-caranya sila rujuk dibawah ( boleh apply untuk semua jenis harapan dan matlamat ).

Sebelum buat marketing, setting dekat minda “setiap hari ada jualan” ( ini format untuk geng dropshipping ).

Dan ikut 4 formula di bawah:

  1. Mind setting ( serupa macam menetapkan impian ( hala tuju yang tepat ) dan perlu dibaca dan dilihat setiap masa supaya minda sentiasa kekal aktif untuk menyumbang  )
  2. Jalan-jalan untuk bertindak ( benda ini akan diproses oleh minda dengan sendirinya nanti dan akan mai dengan sendirinya. Anda tunggu sahaja kemunculanya dalam bentuk idea ). Idea perlu di tapis kerana setiap idea yang masuk akan ada yang terlalu berat dan ada yang terlalu ringan untuk anda apply.
  3. Bertindak ( ini part yang sangat penting iaitu dah dapat idea sila buat )
  4. Perlukan MASA ( waktu bersabar )

Apply 4 benda di atas, insyaallah anda boleh berjaya!

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

p/s: Terkena penyakit fall in love……heeee..heeeee. Otak nanti jadi jeeemmmm.

Posted on

Antara Lokasi Terbaik Untuk Belajar Ilmu Perniagaan Internet Secara Percuma

Green Angelica Hair removal

Assalamualaikum dan salam hormat,

Jika berhajat untuk belajar bab marketing melalui online, terutamanya berkenaan Instagram, FB, Blog dan email marketing sila rujuk cerita di bawah.

Jika rajin, boleh laaaa singgah di blog Fahdighazali.com. Admin tak ada kena mengena dengan blogger ini  dan tidak pernah mengenalinya.  Memandangkan isi kandungan di dalam blognya sangat-sangat bermanfaat, jadi admin share saja dekat sini supaya lebih ramai pembaca akan dapat manfaat yang banyak dari isi kandungan yang ada di dalam blog tersebut. Lagi pun maklumat dalam tu freeeeeeeeeee dan tahap tinggi pulak tu.

Sekilas lalu yang sempat admin baca dan ambil imunya adalah bab cara marketing di Instagram ( sekarang ni dah ramai peniaga internet berhijrah ke Instagram), tip berkenaan bisnes, tip berniaga dan iklan dekat FB, tip untuk kurangkan kos iklan dekat FB pun ada  daaaannnnnnnnnnnnn banyak lagi. Secara peribadi content di dalam blog tersebut memang menarik dan bermanfaat. Rugi kalau tak sedut ilmunya.

Antara tip yang sempat admin baca di dalam blog tersebut adalah:

  1. The “hidden block” dalam pemasaran online yang ramai peniaga online tidak tahu.
  2. Zaman Kejatuhan ‘Brand’ & Perniagaan Di Instagram Bermula. Adakah Anda Bersedia?.
  3. Blueprint Online Marketing Yang Ramai Peniaga Tak Tahu.

Jangan asyik….asyik….asyik dok tanya kenapa sale tidak bertambah. Salah satu darinya kerana teknik persaingan untuk aliran marketing juga telah berubah cuma kita saja yang lambat tangkap hal itu ( dok  fall in love lagi dekat teknik dan cara lama ). Marilah membaca dan belajar lah sesuatu dari lecture online iaitu pemilik blog yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu untuk memandaikan manusia yang lain.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Posted on

Nak Buat Bisnes Dropshipping Kena Pandai Marketing

Assalamualaikum dan salam hormat,

Sejak pihak admin buka kembali tawaran untuk join bisnes dropshipping, pernyertaan yang diterima punya laaa banyak.

Tetapi sayang, ramai dikalangan para perserta yang terlibat hanya tahu bagaimana untuk mendafatar sebagai agen dropshipping sahaja. kemudian tidak aktif. Jadi apa masalahnya disini?.

Tidak mampu untuk menjual hatta produk laku keras. Apakah disebabkan terlalu banyak persaingan. Mungkin juga, tetapi pengguna internet di Malaysia menghampiri 25 juta pengguna. Jadi dimana kekuranganya?.

Salah satu darinya adalah, TIDAK ADA PLATFOM PERNIAGAAN yang sesuai. Jika berniaga di internet sekurang-kurangnya kena ada blog yang boleh di link kan ke FB, TWITTER atau INSTAGRAM ( basic asas ). 3 lokasi tambahan tadi adalah tempat dimana jiwa-jiwa online berkumpul dan mungkin ada diantaranya yang banyak itu adalah prospek berpotensi sebagai bakal pelanggan untuk mana-mana produk yang ada.

Banyak lagi yang perlu diambil kisah, cukuplah satu basic asas pemasaran tadi dan info berkenaan perkara tadi boleh didapati dengan mudah jika rajin explore di Google search.

Instants tutorial untuk projek perniagaan seperti ini pihak admin caj RM 3900 hingga RM 5000. Jadi rajin-rajinkan diri untuk explore info di internet, anda dapat jimat ribuan ringgit dengan tindakkan tersebut.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Posted on

Customers Ugut Peniaga Online

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bukan ugut bunuh, bakar kedai, nak pukoi tengah jalan segala bagai tetapi ugut nak p beli dekat tempat lain.

Market untuk peniaga internet sebenarnya luas. Jika ugutan sebegitu ditujukan kepada pakar pemasaran internet alamatnya kena halau laaa. Market dia luas dan dia tak kisah sangat dengan ugutan sebegitu bang oiii.

Jadinya, kena lah bersikap profesional, jika tidak mampu beli sila beredar secara baik dan jangan pulak kata produk dia mahal dan segala bagai. Ambik ingat tu……..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Posted on

Ulang Banyak Kali

Kasut sukan leo original

Assalamualaikum dan salam hormat,

Teknik untuk bagi mudah ingat dan bagi mudah dapat idea baru adalah ulang banyak kali sampai jadi.

Contoh jika kita berhajat untuk menjadi jutawan, langkah pertama adalah:

  1. Buat satu note yang ada tulis ” aku ingin menjadi jutawan ” dan tampal atau pamerkan dimana-mana tempat yang boleh dilihat secara mudah dengan mata ( jangan buang selagi tidak menjadi jutawan……heeee…heeeeee ).

Teknik ini admin selalu guna bila time nak buat projek besar, payah dan tak tau cara macam mana nak buat atau guna bila nak ingat sesuatu benda yang baru. Bila buat benda ni, satu persatu idea atau jalan-jalan untuk admin sampai ke matlamat asal akan terkeluar. Bila idea terkeluar, ambik pen tulis atau catit siap-siap takut lupa..kalau boleh tulis dekat white board.  Sebabnya bukan semua idea ni boleh digunapakai dan kena tapis dulu. Untuk ingat benda baru, jika guna cara ini memang berkesan. Paling koman pun 1 bulan proses ingat mengingati ini akan berlaku secara santai sebelum dapat hasil.

Macam tu lah kisahnya……

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.