Posted on

Alang-Alang Nak Berniaga Online

Assalamualaikum,

Masih ramai orang Malaysia yang berniaga secara online tetapi masih menggunakan platfom orang lain yang diberi secara percuma. Tidak berminat untuk tukar plan ke?.

Untuk peringkat permulaan pada pendapat admin memang okay, kalau guna platfom orang lain terutama yang percuma ( baru mula bajet pun kurang ). Tetapi kalau sudah bertahun-tahun lamanya dan masih lagi bergantung harap kepada platfom percuma yang disediakan oleh pihak lain rasanya itu sangat tidak wajar.

Untuk peniaga online yang perlukan blog + sistem kedai online. Kos untuk 2 platfom ini tak sampai RM500 ( jimat berbanding buka kedai secara offline ). Bersifat kawalan penuh dan bebas untuk mengatur apa saja plan perniagaan online yang sedang dijalankan.

Di sini pihak admin telah siapkan satu contoh terbaru ( untuk ruj sahaja, kerana sistem tersebut telah beroperasi 100%) yang boleh dijadikan garis panduan pemasangan sistem yang ringkas dan mantap untuk perniagaan anda.

Spesifikasi

  1. Ringkas
  2. Mesra SEO
  3. Mesra pengguna dan admin
  4. Ringkas dan mesra smartphone ( keperluan terkini ).
  5. Dan banyak lagi.

Contoh sistem yang dipasang sila rujuk disini http://niaga24jam.com/hangouts

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan perkara ini, anda boleh whatsapp/telegram/wechat/viber/line/call ke 011 3222 9401

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Posted on

Kassimstore.com Telah Berjaya Di Siapkan

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Ini lah kerja hujung minggu yang saya buat.Pasang laman web sistem kedai online untuk bakal peniaga internet.

Semua tugasan ini berjaya disiapkan dalam tempoh 3 ke 4 hari saja. Senang saja kan? tuan-tuan dan puan-puan kalau berminat dengan konsep laman web yang seperti ini,boleh hubungi saya.

Dekat bawah ini ada beberapa contoh screenshot laman web kassimstore.com yang telah bejaya disiapkan.Pemilik dia orang Terngganu ni…

[nggallery id=50]

URL: http://kassimstore.com

Kepada En Kassim, semoga  perniagaan yang sedia ada akan bertambah luas pengaruhnya.

Sekian terima kasih

Posted on

Shopping cart + affiliates system

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Bertemu sekali lagi, sekadar ingin berkongsi maklumat.Tahukan tuan-tuan dan puan-puan bahawa sekarang ini sudah ada sistem shopping cart ( sistem kedai online ) yang telah dilengkapi dengan sistem affiliate bersama-sama denganya?

Sejak akhir-akhir ini kepentingan sistem affiliate semakin mendapat tempat di hati pembuat laman web.Termasuk sekali dengan saya dan setiap laman web sistem kedai online yang hendak dibangunkan semestinya akan diselitkan didalamnya sistem affiliate. Nak tahu kenapa kedua-dua perkara ini sangat penting?

Suatu ketika dulu SEO sering kali di berikan penekanan khusus dimana setiap sistem laman web yang hendak dipasang semestinya ada kemudahan SEO. Sekarang ini masuk pulak keperluan baru iaitu sistem affiliates. Sistem affiliate ni sangat-sangat penting untuk peniaga internet sebenarnya. Selain dari SEO, sistem affiliate juga akan mambantu kita sebagai peniaga internet untuk meningkatkan lagi keupayaan untuk bersaing dalam dunia internet. Dengan adanya sistem affiliate kita juga dengan tidak sengaja telah menyediakan satu peluang baru untuk pengguna internet iaitu peluang untuk mencari sumber pendapatan dari sistem yang pihak kita tawarkan.

Menjadi satu kemestian sekarang ini, setiap sistem kedai online yang hendak di langgan semestinya ada disediakan didalamnya sistem affiliate. Kemudahan ini akan berguna suatu masa nanti apabila persaingan bertambah sengit..contoh terdekat yang dapat saya sediakan untuk rujukan tuan-tuan dan puan-puan adalah laman web ini SILA KLIK DISINI

Laman tu sebenarnya adalah milik saya sendiri, jadi tuan-tuan dan puan-puan boleh lihat contoh tersebut. Kalau berjahat nak pasang sistem yang macam tu tuan-tuan dan puan-puan boleh langgan perkhidmatan yang pihak saya tawarkan.Sila KLIK DISINI.

Selain dari itu, ada lagi keperluan lain yang perlu diberi perhatian. Dua perkara tadi adalah sebahagian darinya sahaja.Harap maklumat ini membantu.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.