Posted on

Kotak kerongsang baru update

Assalamualaikum,

Bagi semua pelanggan-pelanggan yang berurusniaga kotak kerongsang dengan saya,yang pertama saya nak ucapkan berbanyak terima kasih.Kerana kepercayaan anda terhadap apa yang saya tawarkan.Perlukah saya letak nama anda disini? tak perlu kot no.Kerana sokongan anda semua lah perniagaan kotak kerongsang yang saya buat ini masih bertahan sampai ke hari ini.

Setelah hampir lebih kurang 6 bulan berurusniaga kini saya hendak  memperkenalkan satu lagi produk terbaru saya iaitu” kotak kerongsang bentuk yang sama dan design yang sama tapi saiznya sahaja yang lebih besar sedikit dari yang biasa” iaitu 1 x 2.5 x 3.5 inci.Rujukan lanjut sila lihat pada gambar yang disediakan.

Kotak kerongsang saiz besar ( 1 x 2.5 x 3.5 inci ) RM 1.50 seunit
Kotak kerongsang saiz besar ( 1 x 2.5 x 3.5 inci ) RM 1.50 seunit

Macam biasa kegunaanya yang utama adalah untuk  mengisi kerongsang.Selain dari itu gelang tangan kristal dan gelang tangan biasa juga sesuai untuk dipadankan dengan kotak kerongsang ini. dan macam-macam kegunaan lain mengikut kesesuaian.Kotak kerongsang ini dijual secara online.Kalau berminat nak membeli sila klik dekat bawah tu.

Butang

Sekian terima kasih dan selamat berurusniaga.Tampa anda semua perniagaan internet ini tidak ada serinya.

Posted on

Beg tangan dari kertas majalah

Assalamualaikum,

Ada satu perkara menarik yang ingin saya sampaikan disini,kepada peminat produk atau hasil kraftangan yang dibuat dari kertas majalah atau kertas surat khabar kini anda semua berpeluang untuk memilikinya.Ini kerana produk kraftangan yang bakal saya terangkan nanti akan ditawarkan dalam laman web ini.Itupun jika anda berminat untuk mendapatkanya.Buat permulaan stoknya adalah amat terhad.

Untuk pengetahuan anda semua,memandangkan kertas majalah amat terhad dan oleh kerana bukan semua kertas majalah sesuai untuk digunakan.Jadi kepada yang berminat anda semua boleh membuat tempahan terlebih dahulu sebelum ianya dapat dikirimkan kepada anda. Biasanya sebelum ini hanya kertas surat khabar lama sahaja yang akan jadi sasaran tapi untuk kali ini sedikit perubahan telah dibuat untuk mendatangkan kelainan.Kalau tak percaya anda boleh lihat contoh yang telah saya sediakan tuh.

 

 

 

Dibuat dari kertas majalah
Dibuat dari kertas majalah

 

 

Dibuat dari kertas majalah
Dibuat dari kertas majalah

 

 

 

Macam biasa bab nih tak perlu cerita panjang-panjang,kalau cerita sikit pun anda semua dah boleh faham.Sebabnya bab ini adalah bab promosi.Kalau ada pemilik kedai kraftangan yang berminat untuk membuat tempahan,anda pun dialu-alukan juga.

Sampai dekat sini sahaja,kalau berminat anda buatlah  tempahan,kalau tak berminat cukuplah sekadar mai jengok laman web saya nih pun sudah dikira ok.

Sampai jumpa lagi dan sekian terima kasih..

Posted on

Peluang Perniagaan : Menjual dan membekal kasut bundle

Assalamualaikum dan salam hormat,

Satu lagi peluang perniagaan yang terbuka luas kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memborong dan menjual kasut bundle pelbagai jenama.

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi pihak saya dengan segera untuk mendapatkan maklumat lanjut terkini berkenaan perniagaan kasut bundle. Ini juga merupakan satu peluang yang menarik kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan yang kian mendapat tempat di negara kita. Bab permintaan kasut bundle dipasaran bagaimana pulak ?, ooooooo itu tidak perlu dibimbangkan. Kasut bundle memang sudah ada peminatnya yang tersendiri di negara ini.

Semoga maklumat ini dapat membantu anda semua yang berminat untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan kasut bundle dan bagi yang sedang mencari pembekal kasut bundle. Sila rujuk spesifikasi serba ringkas berkenaan kasut bundle yang tawarkan oleh pihak saya.

Kos yang diangarkan untuk satu guni kasut bundle adalah :

  1. Dalam RM 1250.00 + kos penghantaran mengunakan perkhidmatan KTMB
  2. Kasut bundle yang ditawarkan ini merupakan kasut bundle yang telah siap di proses. Tak perlu untuk diperbaiki lagi, semuanya telah siap sedia.
  3. Macam-macam jenama ada.

Kepada yang berminat, sila berhubung secara terus dengan pihak saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan harga dan juga stok kasut. Harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Posted on

Hasil kraftangan dari bahan kitar semula ” kertas surat khabar lama “

Dibuat dari kertas majalah
Dibuat dari kertas majalah

Assalamualaikum,

Pada kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya sendiri, melihat bagaimana hasil gubahan dari bahan kitar semula iaitu kertas surat khabar lama yang dihias dan dibentuk sehingga menjadi hasil karya yang menarik sehingga mampu menjadi salah satu dari  sumber pendapatan tambahan yang agak lumayan. Bagaimanakah caranya ?

Cuba anda bayangkan, jika kita menjual kertas surat khabar lama yang ada dirumah kita. Berapakah hasil yang bakal kita dapat dari hasil jualan tersebut ?. Jika beratnya 1 kilo mungkin hasil yang akan kita perolehi adalah dalam lingkungan RM 2.00 macam tu. Saya pun tidak berapa pasti, ini kerana kerja-kerja menjual surat khabar lama ini biasanya adik saya yang akan buat operasi. Biasalah budak-budak sekolah nak cari duit poket.

Ini faktanya yang sebenar, jika anda dapat menghasilkan produk kraftangan dari jumlah berat 1 kilo kertas surat khabar lama yang telah dijual tadi. Purata jumlah hasil pendapatan yang bakal anda perolehi adalah dalam linkungan RM 30.00 hingga RM 70.00 dan mungkin akan lebih dari itu. Ini bergantung kepada jenis produk kraftangan yang anda hasilkan. Jika reka bentuknya menarik dan kualitinya baik sudah tentu pulangan yang bakal anda perolehi akan melebihi dari apa yang saya sebutkan tadi.

Menarik bukan ? kepada suri rumah yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan. Jadikanlah aktiviti membuat kraftangan dari bahan kitar semula ini sebagai salah satu punca pendapatan tambahan anda. Yang penting anda perlu ada sedikit kretiviti untuk mengubahnya menjadi sesuatu yang menarik.

Kepada yang berminat untuk mengetahui bagaimana hasil kraftangan dari kertas ini dihasilkan dengan lebih lanjut, sila hubungi saya sekarang.Saya harap maklumat ini dapat membuka  satu lagi peluang baru buat anda semua dalam menambah sumber pendapatan yang sedia ada.Sampai di sini sahaja dan lain kali kita sambung lagi di topik yang lain pulak. ( telah ditamatkan perkhidmatan, tukang kraftangan bertukar ke bidang jahitan baju wanita katanya lebih lumayan )

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.