Posted on

Decentralized Sistem Untuk Generasi Internet

bitcoin malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Dua hari admin explore benda ini dan hampir 7 ke 8 kali juga laptop admin jem krengggg dan tak boleh nak on semula ( ingat rosak dahh.. ), rasanya-rasanya direkteri ( masalah memory atau gpu overheat kot ) untuk OS sesat p mana ntah dan cari jalan balik tak jumpa agaknya……heeee..heeeeee.

Gara – gara taksub dan minat yang sangat mendalam terhadap 2 sistem decentralized ini laaaa  sampai jadi macam tu ( don’t try at home ). Satunya sistem trading untuk jual dan beli diperingkat antarabangsa seperti alibaba, ebay, amazon ( sistem trading tanpa kawalan macam yang sedia ada ) dan satu lagi sistem trading untuk urusan jual beli digital currency ( cryptocurrency bitcoin ) selaku alat pertukaran diperingkat international tanpa kawalan. Dua sistem ini jika dapat dimanfaatkan seadanya, admin berani jamin monopoli untuk 2 jenis sistem yang seangkatan denganya akan musnah. Dahsyat kan?, emmmm……. tapi kena tunggu sehingga 2 sistem ini betul-betul stabil terlebih dahulu baru admin boleh guna dua benda ini secara  secara all out dan buat masa ini, banyak lagi bugfix yang perlu dibetulkan oleh komuniti open source ( kena sabag ).

Tidak lama lagi, 2 sistem ini akan berkembang biak ke serata alam

Untuk rakyat Malaysia, 2 sistem tadi sememangnya sangat-sangat penting dan rakyat Malaysia perlu kepada 2 sistem tadi untuk masuk ke dunia bisnes yang lebih luas dan yang ada  di luar sana ( billion transaksi menanti di luar sana dan kenapa masih mengharapkan local market yang kian mengecil ). Dapat access market yang lebih luas dan disokong pulak oleh sistem digital currency yang lebih murah berbanding yang sedia ada.  Emmmmmm….apa lagi nak dikata kan, dan dua sistem tadi adalah hasil dari usahasama  dan kerjasama projek open source.

Admin boleh buat karangan sampai setakat ini saja. Emmm maklumat lanjut, jika berminat untuk tahu laaaaaaa…………………… boleh saja contact admin. Kita sama-sama explore 2 sistem ini.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Decentralized Internet

 

Posted on

Bitcoin Exchange Malaysia

bitcoin malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Buat masa  ini untuk urusan bitcoin exchange, pengguna di Malaysia banyaknya akan guna platfom third party dan kebanyakkanya, kemudahan pembayaran untuk urusan jual beli bitcoin tidak begitu user friendly.

Dekat sebulan lebih admin proses dan kaji benda ni dan hari ini ( laptop pulak jahanam ) baru dapat release keputusanya. Untuk rakyat Malaysia yang tahu tentang bitcoin, suka bitcoin, minat setengah mati dengan bitcoin ( cryptocurrency ) dan yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia bitcoin boleh lah try guna benda ini iaitu “decentrelized bitcoin exchange”. Aplikasi ini berkonsepkan open source ( admin layann open source ni dekat 10 tahun dah ). Menggunapakai konsep P2P dan perlu di pasang pada komputer masing-masing  sebagai aplikasi pelanggan atau juga server ( siapa pernah guna bittorrent, depa tau fungsi benda ni ).

bitcoin malaysia

Tujuan benda ini diangkat naik adalah untuk mengekalkan identiti bitcoin itu sendiri dari penguasaan operasi centralize ( orang tengah ) dan juga menutup pintu privacy setiap peserta. Jadinya sekarang ini, setiap operasi jual beli bitcoin hanya melibatkan PEMBELI dan PENJUAL sahaja secara langsung. Untuk mengelakkan dari sebarang unsur penipuan transaksi, sistem keselamatan 3 signature diperkenalkan ( kena tanya admin hal ini ).  Selain dari itu, yang bestnya jual beli bitcoin juga boleh dibuat dengan mudah menggunapakai kemudahan local perbankkan yang sedia ada ( by cash pun sistem ini boleh layan ). Apa macam best tak?…

Tanpa exchange yang mantap, bitcoin tidak akan bersinar dan kenapa kita perlu bergantung harap kepada duit kertas yang bersandarkan kepada nilai duit kertas negara lain ( salah satu bentuk penjajahan ). Dengan aktifnya bitcoin exchange, secara halusnya masalah currency exchange selesai………berminat ingin tahu bagaimana untuk mengaplikasikan kemudahan ini?, sila whatsapp/telegram pihak admin ditalian 01132229401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Nak sekat bitcoin punya operasi?……..memang susah kerana ianya sistem decentrelized…..dan disokong kuat oleh populasi penduduk di Dunia. Kerajaan China pun dah rasa kesan benda ini…dan matawan YUAN tergugat sudah………

 

 

Posted on

Bitcoin VS Emas Fizikal

bitcoin malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Emmmmmm………..admin menggunapakai kedua-dua platfom tersebut buat masa ini dan setiap satu darinya mempunyai peranan masing-masing dan kedua-dua platfom tersebut juga ada kekuranganya masing-masing. Jadinya kena pandai adjust ikut keperluan masing-masing. Buat masa ini nak lawan banding antara satu sama lain memang tak boleh laaaa dan depa dua ni pulak tidak ada pilihan lain, melainkan terpaksa memperhambakan diri mereka dan terpaksa untuk berkerjasama antara satu sama lain supaya dapat dimanfaat oleh tuan punya badan laaa jawabnya ( anda / admin ).

Ini Cara-Caranya Admin Mengaplikasikan Dua Benda Ini

Emmmm, buah mola admin try platfom emas fizikal terlebih dahulu dan itu pun selepas sekian lama fall in love dekat ASNB ( lokasi kembang biak duit trusted paling rare dan beribawa ). Rasa-rasa macam tak berapa nak cun pulak dah ( sebab benda ni ini ada hubung kaitnya dengan keadaan ekonomi semasa ) dan selepas pada itu, admin tranfers pulak sebahagian dari nilai kekayaan yang dimiliki ( bukan juta-juta pun hanya ribu-ribuan sahaja ) yang mana masih dalam bentuk nilai RM ke platfom emas fizikal ( bukan let go semua sekali naaa ). Masa beli emas tempoh hari harga sekitar RM120 ke RM 121 macam tu untuk 1 gram ( laaa ni tak dapat dah harga tu ). Emmm harga beli okay dah, tetapi 3 ke 4 bulan macam tu baru tau ada masalah kecairan untuk tukar emas fizikal ni ke duit kertas pulak agak rumit ( hal kecik saja ni ) dan time ni admin beli kijang emas ( dah let go ). Nak kena cari pajak gadai pulak baru boleh dapat cash dan kalau nak jual pulak harga yang dibeli kebanyakkanya depa akan ambil lebih rendah berbanding harga semasa ( ini yang tidak berkenan ). Emmmm……bila pajak pulak akan dapat 65% ke 70% sahaja dari nilai marhum yang sebenar. Dah dapat dapat cash sah-sah nak kena himpun duit pulak untuk tebus benda yang dipajak tadi. Pulakkkkkk…….dan ini laaa kelemahan yang ada. Bukan semua pajak gadai yang diiktiraf terima emas secara pukul rata kebanyakkanya bersyarat dan dari segi untuk dijadikan bahan simpan nilai duit kertas tu memang cantik dah tetapi tiada tahap kecairan yang tinggi pulak dan yang ini buat spoil sikit ( kena buka satu platfom untuk transaksi guna emas ni tapi siapa yang nak buat pulak ). Kecairan ni penting sebabnya untuk dijadikan sebagai alat petukaran bila perlu dan bila admin perati balik, emas ni sesuai diguna sebagai alat simpanan berbentuk pelaburan tetap sahaja kerana susah nak dicairkan ( proses agak rumit jadinya susah laaa nak habis dan itu tujuanya ). Heeeeee…heeeeeeeee…..selamattttt dan kisah bab emas ini panjang lagi….emmmmmmm info berikutnya boleh usha dekat google.

Bitcoin

Bitcoin pulak, admin perati lama dah benda ini sejak dari harganya sekitar USD 400 macam tu sehingga meninggkat naik ke USD 1000++ baru lah tergerak hati untuk terlibat sama. Buat masa ini fungsinya sekadar dijadikan sebagai alat jual beli bagi peringkat international sahaja dan ianya tidak terlebih dari itu. Feenya murah berbanding lain-lain kemudahan payment gateway yang sedia ada dan untuk dijadikan sebagai alat simpan nilai dan pelaburan pun sesuai juga. Bila operasi bitcoin ini telah berkembang biak dengan suburnya di Malaysia nanti, barulah admin akan menggunakanya sebagai alat pertukaran secara besar-besaran di peringkat local. Time tu duit kertas rasanya orang tak guna sangat dah dan kalau guna pun seingat admin  dengan jumlah yang sangat sedikit ( bitcoin bergerak dengan begitu pantas dan jangan pandang sebelah mata naaa ). Transaksi bitcoin per day untuk tahun 2017 mencecah $260M, emmmm dan per minit $180K dengan peningkatan ketara sebanyak 118%.

Susahnya nak sekat bitcoin, macam video dekat bawah

 

Secara kasarnya, untuk kaki travel, yang nak lari dari masalah currency exchange dan yang nak cari alat pertukaran global yang lebih syok boleh saja simpan duit yang berlambak itu dekat bitcoin. Ianya boleh saja gunakan di mana-mana saja di seluruh Dunia apabila perlu dengan kadar fee yang sangat menjimatkan dan untuk manusia yang ALLAH anugerahkan dengan harta kekayaan melimpah ruah, boleh saja simpan sebahagian darinya dalam bentuk emas fizikal dan sedikit darinya yang tersisa di dalam akaun bitcoin. Untuk emas fizikal  boleh dijadikan sebagai harta karun tersimpan di dalam Malaysia. Mana tau ada cita-cita untuk travel secara tetap keluar negara ka dan harta karun tadi boleh digunakan semula jika berlaku kecemasan dikemudian hari nanti apabila berhajat pulang  ke Malaysia semula….heeee..heeeee….dan bitcoin sudah tentu boleh dijadikan sebagai bekal untuk travel( nak isi banyak mana dalam akuan pun tak ada hal dan boleh melepasi sempadan antara negara tanpa halangan. Apa macam? ada rasa macam berminat tak?….heeeee…heeeeee.

Wowwwww hari ni karangan agak panjang, emmmmm sambung lain kali pulak.

Jika ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, boleh whatsapp/telegram ketalian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: emmm buat masa ini, bitcoin adalah digital currency. Jika ada tawaran pelaburan yang menjanjikan bulan dan bintang. Sila selidik terlebih dahulu kesahihanya….emmm bitcoin ada exchangenya sendiri tetapi transaksi dekat sini agak high risk. Bitcoin juga instrument pelaburan jangka panjang yang menguntungkan …..heee…heee.