Posted on

Cryptobridge Ini Apa Benda?

Assalamualaikum dan salam hormat,

Oooooooooooooo itu DEX ( cryptocurrency decentralized exchange ). Tidak perlu melalaui proses KYC atau AML, unlimited withdraw dan segala fund yang ada di dalam wallet dikawal sendiri oleh pemilik akaun. Kebarangkalian untuk hilang fund seperti yang selalu terjadi yang disebabkan oleh kelemahan, aktiviti penipuan pihak exchange yang tidak bertanggungjawab boleh dikatakan hampir tiada. Salah satu ciri-ciri keselamatan yang admin sentiasa ambil berat apabila ingin memilih wallet atau platfom exchange dan ciri-ciri tersebut ada di Cryptobridge.

Cryptobride memang best..

Cryptobridge sokong bermacam-macam jenis cryptocurrency tetapi admin hanya layan cryptocurrency yang ada potensi untuk jangka masa panjang sahaja. Setakat ini BTC, LTC, DASH, DIGIBYTE, DOGE, BCH, BCO dan VTC memang telah tersedia sejak dari awal lagi. Emmm, jika ingin mencari multi wallet yang paling sesuai, rasanya Cryptobridge ni memang sesuai sangat-sangat laaaaaa…..Admin layan cryptobridge sebab dia support digibyte dan digibyte ni pulak admin guna dia sebagai alat pertukaran untuk online store. Bestnya tentang Digibyte ini adalah, proses transfer nya laju ( 7 saat ), fee murah dan ciri-ciri keselamatan standard BTC dan LTC tetapi tidak berapa glamour. Emmmmmmmm, liquidity dekat Cryptobridge buat masa ini tidak begitu kuat sangat, mungkin kerana platfomnya masih baru dan ke depan nanti akan okay platfom ini……..Insyaallah.

Nak tau dengan lebih lanjut, sila ke Cryptobridge.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Posted on

Masalah Pengguna Cryptocurrency Di Malaysia Adalah Liquidity

Assalamualaikum dan salam hormat,

Heeee…..heeeee nampaknya masalah liquidity ( tahap kecairan ) masih menebal kepada pengguna matawang digital itu di Malaysia. Bukan senang untuk beli dan jual matawang tersebut bila ianya diperlukan ketika liquidity nya berada ditahap yang masih rendah terutamanya bila hendak ditukarkan ke Ringgit Malaysia ( untuk dijadikan alat pertukaran tanpa melibatkan RM tidak ada sebarang masalah ).

Selepas akaun bank luno dibekukan..

Ini yang admin terpaksa hadap selepas akaun local bank bagi pihak Luno exchange dibekukan sementara waktu operasinya. Luno merupakan salah satunya cryptocurrency exchange yang support MYR dan sangat familiar bagi pengguna cryptocurrency di Malaysia walaupun hanya menyokong BTC dan ETH. Luno adalah jambatan yang sangat berguna kepada peminat atau pengguna cryptocurrency di Malaysia kerana liquidity yang tersedia, fee dan prosesnya yang mudah. Pengguna hanya perlu bijak untuk menggunakan kemudahan jambatan tersebut.

Alternatifnya sudah pun ada..

Matawang digital boleh dibeli serendah RM10 sehingga puluhan ribu ringgit dan untuk mengatasi masalah liquidity, pengguna di Malaysia hanya perlu tahu untuk menggunakan kemudahan decentralized exchange atau P2P platfom yang menyokong kemudahan escrow untuk mengelakkan aktiviti penipuan. Buat masa ini, 2 kemudahan tersebut masih belum mendapat tempat dihati pengguna cryptocurrency di Malaysia kerana mereka kebanyakkanya aktif bersama private group dan melakukan transaksi tertutup sesama sendiri ketika platfom seperti Luno tidak berfungsi sebagai orang tengah. Selagi aktiviti ini berterusan liquidity sukar untuk dibentuk. Admin masih menunggu detik-detik pengguna cryptocurrency di Malaysia menggunapakai 2 kemudahan tersebut, mungkin sedikit masa lagi.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Posted on

Keuntungan 700% Sehingga 1000% Setahun

Assalamualaikum dan salam hormat,

Tajuk di atas adalah anggaran kasar keuntungan yang pernah berlaku pada tahun 2017. Tempat berlakunya kejadian itu di platfom cryptocurrency exchange dan peratusan tersebut hanya terbatas untuk matawang digital currency Bitcoin sahaja.

Yang telah berlaku…

Perkiraan diambil pada bulan mac hingga april / 2017 dan pada ketika itu harga anggaranya sekitar 1 BTC / RM5000 dan penutup hujung tahun 2017 harganya sekitar RM80 ribu ( rujuk platfom cryptocurrency exchange masing-masing ) macam tu sahaja….hampir 1500% juga keuntunganya…..cara yang dipraktikkan adalah sangat mudah iaitu beli dan simpan sehingga hujung tahun….sebelum ianya dicairkan.

Rebut peluang ini..

Tetapi untuk dapat hasil yang sebegitu rupa, sekurang-kurangnya asas trading cryptocurrency perlu dipersiapkan terlebih dahulu. Ada lebih kurang 1400++ cryptocurrency yang sedang menanti untuk diperdagangkan. Emmmmm……….tunggu apa lagi dan jika berani, rebut sahaja peluang yang ada ini dan tambat masalah berkaitan kewangan di tiang letrik yang berdekatan…dan dibiarkanya ia beristirehat di situ dengan aman.

Untuk kegunaan newbie..

Newbie yang berhajat untuk belajar asas trading cryptocurrency dari zero sampai pandai, boleh saja whatsapp/telegram pihak admin ditalian 01132229401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

 

Posted on

Kenapa Perlu Buka Akaun Di Cryptobrigde

Assalamualaikum dan salam hormat,

Untuk kegunaan newbie dan traders cryptocurrency yang berjiwa decentralized. Tidak perlu verifikasi, tiada had limit pengeluaran, sukar untuk digodam, fund dikawal oleh pemilik akaun, bebas dari aktiviti market manipulasi dan banyak lagi ciri-ciri menarik yang lainya.

Masih di peringkat alpha..

Semasa posting ini dimuat naik, platfom ini masih lagi di dalam format alpha tetapi sudah boleh digunakan dengan selamatnya. Emm, liquidity masih lagi rendah dan coin yang disokong adalah banyak dan ditambah dari semasa ke semasa. Jika digunakan untuk fungsi multi wallet, ianya memang sesuai sangat-sangat. Antara coin-coin ternama yang sudah pun disenaraikan adalah BTC, BCH, LTC, DGB, VTC, DOGE, BCO, DASH, XVG dan banyak  lagi coin-coin baru yang admin sendiri kurang familiar….dan kepada yang berminat disarankan supaya untuk uji cuba terlebih dahulu platfom tersebut.

Maklumat lanjut sila rujuk disini https://crypto-bridge.org

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Posted on

Trading Dekat Binance Tidak Menarik Langsung

Assalamualaikum dan salam hormat,

Sebelum ini admin ada memuat naik karangan berkenaan binance exchange dan kenapa perlu guna binance untuk trade segala jenis cryptocurrency. Untuk posting kali ini, saranan tersebut ditarik balik….heeeee..heeee. Sebelum ni tertarik ke sana kerana dapat diskaun 50% dan liquidity.

Apa masalahnya?..

Admin bertahan dekat sana 2 minggu lebih kurang macam tu sahaja dan kenapa admin belah keluar dari platfom tersebut?……jawapanya, admin tidak serasi dengan format trading yang mereka sediakan. Part yang tak boleh belah adalah yang berkaitan dengan fix amount yang ditetapkan. Tidak boleh menggunapakai semua fund yang ada untuk open trade. Setiap trade pasti akan ada baki yang terpaksa ditinggalkan di dalamnya. Di antara banyak-banyak platfom cryptocurrency exchange yang admin pernah guna, binance sahaja yang menggunakan format serupa itu ( compare dengan exchange yang sebelum ini ). Memang tak berkenan laa format trading yang semacam tu dan dari segi liquidity nya memang terbaik…..

Sekarang bertapak dekat sini pulak…

Selamat mencuba kepada trader yang belum pernah mencuba. Nak tau kena test dulu naaaaaa dan sekarang ini admin bertapak pulak dekat platfom Cryptobridge decentralized exchange. Tidak perlu verifikasi segala bagai dan platfom masih dalam format alpha. Yang menariknya tentang platfom baru ini adalah, dibukanya peluang perkongsian keuntungan kepada members berstatus tetap ( kena beli share BTS ), segala jenis cryptocurrency disediakan termasuk BRIM…heee..heee dan banyak lagi kelebihan lain-lainya. Cuba jangan tak cuba..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.