Posted on

Jangan Tanya No Phone Supplier

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bila berurusan dengan peniaga atau pembekal jangan sekali-kali minta no phone supplier barang.

Pihak admin dah banyak kali kena kes seperti ini. Cara seperti ini nampak sangat tidak beradap dan tidak beretika. Mungkin hasrat anda untuk berurusniaga dengan peniaga dan pembekal tersebut akan sampai setakat itu sahaja ( jika nak juga, elok pergi cari sendiri ).

Ingat!……….dan jangan dok ulang dah perangai serupa itu. Buruk rupanya.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Posted on

Jack Ma Pengasas Alibaba

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bemula dari sebuah flat di Hangzhou pada tahun 1999, dengan modal permulaan $60000. Modal permulaan iniĀ  diperolehi dari 17 orang kawan-kawanya untuk memulakan perniagaan internet . Perniagaan tersebut di beri nama ALIBABA. Pengasasnya pulak sekarang ini merupakan orang terkaya di China dengan jumlah kekayaan terkumpul $24.7 billion ( 6/2015 – Forbes ). Itulah Jack Ma.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Posted on

Pemasaran Secara Agresif

Assalamualaikum dan salam hormat,

Syarikat SAMSUNG, kos pemasaran bagi tahun 2013 bernilai $ 14 billion. Merupakan salah satu dari kos pemasaran paling tinggi dalam sejarah. Memang agresif sungguh dan jika ada diantara peniaga sekalian yang inginkan hasil jualan, nama dan produk melonjak naik, jangan kedekut berbelanja untuk kos pemasaran.

Pihak admin, paling tinggi berbelanja untuk kos pemasaran RM 5000 sahaja ( kos keseluruhan untuk 3 tahun ). Heee……heeee kena up lagi kos ini.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.