Posted on

Customers Ugut Peniaga Online

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bukan ugut bunuh, bakar kedai, nak pukoi tengah jalan segala bagai tetapi ugut nak p beli dekat tempat lain.

Market untuk peniaga internet sebenarnya luas. Jika ugutan sebegitu ditujukan kepada pakar pemasaran internet alamatnya kena halau laaa. Market dia luas dan dia tak kisah sangat dengan ugutan sebegitu bang oiii.

Jadinya, kena lah bersikap profesional, jika tidak mampu beli sila beredar secara baik dan jangan pulak kata produk dia mahal dan segala bagai. Ambik ingat tu……..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Posted on

Nak Berniaga Apa Pikiar Lagu Ni

Stok Kasut Boot Bulan 8/2015

Assalamualaikum dan salam hormat,

Dapat call dari buyer nak beli kasut katanya. Tak apa laa admin pun layan apa yang patut.

Dia tanya harga berapa?, admin bagi tau laaa harga sepasang untuk borong boleh dapat RM50 ke RM55 macam tu. Info tambahan admin bagi tau bahawa kasut ini dari Vietnam, kualiti cantik dan harga market kalau jual boleh cecah sepasang RM 95 macam tu ( harga orang berniaga tak ada kedai ). Harga atas kedai paling kurang RM 130 ++.

Buyer kata harga tolak mahal……..dan dia tak boleh nak jual dengan harga tu. Eemmmm admin pun tak boleh nak kata apa la……mungkin dia baru nak berniaga.  Pada admin kalau nak berniaga kena kretif, kalau luruih bendoi dapat stok emas pun tak boleh jual.

Last sekali, admin suruh dia p ambil stok sendiri di Vietnam. Selesai masalah tetapi dia bagi tau bajet dia tak banyak iaitu bawah 2K.

Harap-harap dia dapat belajar sesuatu bila dia sampai di Vietnam nanti.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Posted on

Ulang Banyak Kali

Kasut sukan leo original

Assalamualaikum dan salam hormat,

Teknik untuk bagi mudah ingat dan bagi mudah dapat idea baru adalah ulang banyak kali sampai jadi.

Contoh jika kita berhajat untuk menjadi jutawan, langkah pertama adalah:

  1. Buat satu note yang ada tulis ” aku ingin menjadi jutawan ” dan tampal atau pamerkan dimana-mana tempat yang boleh dilihat secara mudah dengan mata ( jangan buang selagi tidak menjadi jutawan……heeee…heeeeee ).

Teknik ini admin selalu guna bila time nak buat projek besar, payah dan tak tau cara macam mana nak buat atau guna bila nak ingat sesuatu benda yang baru. Bila buat benda ni, satu persatu idea atau jalan-jalan untuk admin sampai ke matlamat asal akan terkeluar. Bila idea terkeluar, ambik pen tulis atau catit siap-siap takut lupa..kalau boleh tulis dekat white board.  Sebabnya bukan semua idea ni boleh digunapakai dan kena tapis dulu. Untuk ingat benda baru, jika guna cara ini memang berkesan. Paling koman pun 1 bulan proses ingat mengingati ini akan berlaku secara santai sebelum dapat hasil.

Macam tu lah kisahnya……

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.