Posted on

Server Kena Hack Pulak

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Pemilik laman web khususnya kena hati-hati terutama sekali yang guna platform wordpress dan share hosting..

Hackers kali ini bawa masuk file consumer.php dalam setiap folder penting dalam laman web..

Macam mana nak kesan?

  1. Laman web keluar error dan ada sangkut paut dengan file consumer.php
  2. Dalam folder wordpress ada file baru yang dibawa masuk secara curi iaitu file consumer.php
  3. Header.php tak berfungsi…sebab dah inject masuk hook untuk link dengan file consumer.php
  4. Hackers bawa masuk sekali dengan trojans,backdoor,virus dan spambot..

Macam mana nak bagi elok balik?

  1. Kena restore balik file dalam server kalau boleh yang bersih dan yang belum tercemar.
  2. Plugin dalam wordpress semua kena cek satu persatu.Boleh dikatakan semua plugin berjaya di pecah masuk..
  3. File header.php kena restore balik yang fresh dan bersih dari ladang dan kalau boleh yang belum tercemar..
  4. Semua file di inject masuk pada masa dan waktu yang sama..jadi senang nak kesan.Hanya perati tarikh terkini sahaja..

Bukan setakat platform wordpress sahaja yang kena hack dan di inject masuk file consumer.php, yang lain pun boleh jadi akan terkena juga.Jadi kena cek semua file dan folder laa.

 

Okay, selamat majujaya..

 

Posted on

Awas! Kes Penipuan Internet Berleluasa

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Sedikit info tambahan dari saya, sejak akhir-akhir ini kes penipuan internet di Malaysia makin menjadi-jadi.

Apa sudah jadi dengan peniaga internet di Malaysia.Suka sangat makan duit haram dan suka sangat buat kerja-kerja yang menyalahi undang-undang.

Untuk bakal pembeli, keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan dalam membuat sebarang transaksi melalaui internet haruslah diteliti habis-habisan. Memang kita tidak nampak niat peniaga internet yang hendak menipu kita tetapi se elok-eloknya berurusan lah dengan peniaga internet yang boleh dipercayai dan yang telah mempunyai kredibiliti atau tahap keboleh percayaan yang tinggi..Antaranya :

  1. Yang berdaftar dengan SSM
  2. Yang ada maklumat perniagaan yang lengkap seperti ALAMAT LOKASI PERNIAGAAN dan NO TEL YANG SENTIASA AKTIF.
  3. Berurusniaga dalm jumlah yang kecil terlebih dahulu (berhati-hati sebelum terkena )
  4. Simpan semua aktiviti urusniaga semasa proses jual beli dilakukan seperti SMS dari penjual,EMAIL,BUKTI PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT dan SAVE  DIMANA PLATFOM TAWARAN INI DIBUAT ( print screen dalam format png,jpg )
  5. Buat survey secara ringkas maklumat berkaitan penjual di enjin pencari seperti di google,FB dan sebagainya.
  6. Yang paling penting dapatkan no TRACKING untuk urusan pos. ( paling cepat untuk mengesan kes penipuan )
  7. Cuba lihat rating dari bekas pengguna terhadap penjual tersebut( maklumat ini penting untuk kita jadikan sebagai bahan rujukan )
  8. Yang selebihnya tuan-tuan dan puan-puan kena cari  sendiri, saya memang tak mampu untuk senaraikan semuanya..

Perkara yang perlu dielakkan:

  1. Transfer duit ke no akaun bank yang berlainan pemilik
  2. Order guna sms
  3. Membeli dengan harga tawaran yang tidak masuk akal
  4. Membuat tempahan kali pertama dalam kuantiti yang banyak
  5. Berurusan di platfom yang kerap berlaku kes penipuan..

Apa-apa pun ini hanyalah ikhtiar dari kita sahaja, yang lain-lainya kita kena berserah kepada ALLAH supaya tidak dipertemukan kita dengan peniaga yang suka menipu.Inilah tempat memohon perlindungan yang paling best sekali..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Posted on

Rujuk Kes Penipuan Di Internet Dekat Sini

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Kes ini  memang berat, iaitu menipu di alam maya iaitu di  internet.Ya untuk menipu di alam internet memang mudah dan senang sekali.

Untuk bakal pembeli atau bakal peniaga internet dekat sini saya akan senaraikan beberapa laman web khusus untuk melihat sendiri kes-kes penipuan di internet yang mana boleh dijadikan sebagai bahan rujukan sebelum terkena.

Senarai laman web

  1. Kami benci online shop yang tipu & makan duit haram( untuk urusniaga di FACEBOOK ) – SILA KLIK DISINI 
  2. Diskusi tuntutan dan tribunal ( untuk urusniaga di MAJALAH.COM ) – SILA KLIK DISINI
  3. Yang lain-lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Penipuan adalah satu kesalahan yang sangat berat dan berdosa.Pihak kami tahu anda memerlukan duit tetapi bukan dengan cara ini untuk mendapatkan duit.Bagi yang belum lagi terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan yang melanggar hukum dunia dan juga akhirat ini.Adalah lebih baik persiapkan diri dari awal-awal supaya anda tidak terjebak ke dalam kerjaya yang tidak bermoral ini.

Ada cara tak untuk dapatkan duit dengan cara yang lebih bersopan santun? ada..mai sini nak tunjuk cara.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Posted on

Ancaman Virus $eva1fYlbakBcVSir

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Bertemu sekali lagi, nak buat macam mana kalau laman web kena serang dengan virus $eva1fYlbakBcVSir. Maklumat lanjut berkenaan dengan virus ini tuan-tuan dan puan-puan boleh baca artikal yang sama pada keluaran yang lalu.Link ada dekat bawah.

Macam mana nak buat? virus ini akan duplicate semua file index.php, footer.php dan home.php dan di selit masuk kot baru yang didalamnya ada mesin back door.

Ternik terbaru yang saya guna dan agak berkesan adalah set permission untuk semua file tadi ke 444.Untuk window server saya tidak pasti bagaimana caranya untuk tukar setting permission tersebut.Tiada duplicate atau rewrite file yang boleh diganggu selepas pada itu.Sila pastikan semua file yang berkaitan dibersihkan terlebih dahulu.

Harap maklumat ini membantu tuan-tuan dan puan-puan.Sebarang masaalah yang berkaitan sila kemukan kembali kepada pihak saya.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.