Posted on

Iklan SEO Viral Percuma

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ruangan iklan yang diadakan secara percuma ini menggunapakai konsep blog mesra SEO + viral + group telegram + media sosial terpilih. Digabungkan kesemuanya untuk kerja-kerja yang melibatkan online marketing tahap serius.

Konsep iklan viral SEO..

Diadakan untuk kegunaan usahawan yang sukakan iklan viral ikut jalan search engine. Format ini dibuat berdasarkan kajian dan pengalaman lalu yang serba ringkas untuk tempoh beberapa tahun terhadap permintaan dan keperluan yang serius untuk kerja-kerja yang melibatkan online marketing. Hasilnya lahir lah platfom iklan SEO viral ini yang mana dibuat secara khusus untuk membantu usahawan kecil di Malaysia sahaja ( harap jangan kutuk secara berlebihan kerana ini projek open source ).

Sangat simple prosesnya..

Prosesnya sangat mudah dan perlu melalui beberapa siri pendaftaran yang sangat ringkas sebelum kelulusan penuh diberikan untuk menggunapakai platfom ini untuk tujuan pemasaran. Kepada yang  berminat untuk mencuba perkhidmatan ini, sila rujuk disini iklan SEO viral.

Kami sudah siapkan platfomnya dan usahawan hanya perlu menggunakanya sahaja…itu sangat mudah.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Posted on

Lawan Kepada Google Search Engine

Assalamualaikum dan salam hormat,

Google search dah ada pesaing dan pesaing tersebut menggunapakai teknologi yang berteraskan blockchain ( ethereum ) dalam usahanya untuk mengurangkan kuasa monopoli google terhadap search engine yang pada masa ini telah menguasai hampir 77% global market share yang datangnya dari pengguna desktop dan 96% pulak dari pengguna mobile. Keuntunganya yang mencecah hampir $100 billion dengan purata carian berjumlah 5 billion setiap hari.

Ini yang sering berlaku….

Nak tahu kenapa ranking di dalam senarai google search engine selalu ghaib?, ini haaa kisahnya. Sejak google search engine mengambil alih kuasa gatekeeper global hal ini kerap berlaku dengan alasan algoritham berubah. Kesan dari aktiviti ini admin hilang 80% kuasa organik search engine walaupun telah memparktikan etika seo yang telah digariskan oleh pihak Google. Semua itu hanya lah permainan disebalik nama algoritham terhadap pengamal organik search sahaja. Telah sedia maklum organik search sangat berpengaruh di dalam senarai search engine sampai bila-bila pun. Dekat bawah tu kata-kata dari pesaing yang mencipta search engine alternatif untuk bersaing dengan Google.

“There wasn’t any real recourse and we were shut out,” he said. “We kept on getting bumped to webmaster help lines. People were telling me Google is always right and you must have screwed something up.”

Maka lahirlah……

Maka lahirlah PRESEARCH sebagai projek yang bersandarkan kepada kekuatan teknologi blockchain dengan pelbagai insentif menarik kepada pengguna search engine itu nanti ( fasa pertama bulan SEPT 2017 akan dilancarkan ). Admin sarankan kepada para blogger dan pengguna internet dimasa akan datang sudi-sudilah meluangkan masa untuk menjadi pengguna dan memberi sokongan padu terhadap PRESEARCH demi menghapuskan kuasa monopoli untuk mengembalikan hak sebenar pengguna internet ( pada asalnya internet itu decentralized ) dari sesetengah pihak yang berkepentingan peribadi yang melampau-lampau.

Mereka suka sembunyi maklumat…ikut sedap mereka

Buat masa sekarang pihak admin layan Duckduckgo search engine sebagai alternatif untuk mencari pelbagai lagi maklumat tambahan yang kebanyaknya telah disembunyikan oleh pihak Google dari pandangan umum…..Google menggunakan kuasa monopoli algoritham nya untuk tujuan tersebut. Penguna internet perlu sedar tentang hal ini……

Insentif menarik dari Presearch

Join Presearch, jika berminat untuk menjadi sebahagian daripada pelabur kepada projek tersebut dan admin nampak projek ini ada potensi masa depan yang sangat cerah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Posted on

Bitcoin Store Dan Account Twitter

Assalamualaikum dan salam hormat,

Haaaa…haaaa admin punya bisnes internet semakin hari semakin hudoh jadinya. Order yang masuk kebanyakkanya tidak dibayar oleh pembeli, admin faham situasi ekonomi pada masa sekarang ini ( tak perlu bimbang, 3 hari tak bayar semua order secara automatik akan di cancel ). Hee….heeee sale pulak semakin berkurang bukan sikit tetapi dengan drastiknya ( realiti bisnes hari ini )….perghhhhh nasib baik beban untuk tanggung kos perlu bayar tidak begitu banyak…..Selamatttttttt dan legaaaaa laa sikit.

Dapat idea

Tak boleh duduk saja, otak berpusing ligat dari kebiasaan dan mencari pelbagai alternatif ikhtiar hidup sedapat yang mungkin. Dalam sibuk-sibuk cari jalan keluar, admin berjaya juga siapkan satu platfom kedai online untuk bitcoin.  Platfom ini 100% support pembayaran menggunakan bitcoin ( alat merapatkan jurang kemiskinan penduduk dunia ). Kedai online tersebut untuk market luar negara sahaja. Untuk market Malaysia, lain tahun laaa admin adjust untuk support bitcoin ni ( tetapi kalau nak beli, okay saja ) . Jadinya, buat masa ini admin tak fokus sangat untuk try projek ini dekat Malaysia punya market ( mau kecewa nanti ). Platfom bitcoin store ini admin layan dari projek Open Source dan konsepnya simple sahaja. Nak cari yang mudah-mudah sahaja.

Marketing

Untuk jalan-jalan marketing nya, admin try guna platfom twitter dan teknik SEO( search engine optimization ) sahaja. Nak kena test terlebih dahulu. Ayat-ayat semuanya kena karang dalam bahasa English ( nak kena cari pembantu yang terer menulis dalam bahasa English rasanya ). Admin punya english dah klon habis-habisan dan tidak lagi sesuai untuk tatapan umum…heeee…heeeee  dan untuk iklan berbayar pulak buat masa ini tidak terlintas lagi untuk digunakan. Kena upload barang masuk dalam laman web dulu, baru boleh adjust bab iklan berbayar dan bukan tak tau laaa ni iklan berbayar mahal.

Berapa kos untuk setup sistem?

Tak mahal mana kalau yang tau cara, anggaran dalam BTC 0.8 ke BTC 1.3 macam tu…Heeeee…heeeeeee. Harga tu sekali dengan upah + server + Install web platform + pasang sistem keselamatan + wallet + eemmmm apa lagi…..tak ada dah dan itu saja kot. Nak test demo, boleh try lawati https://direkteri.com.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Bitcoin adalah alat untuk merapatkan jurang kemiskinan penduduk Dunia.