Posted on

Cara Buat Blog Paling Senang

Assalamualaikum,

Rasanya cerita berkenaan cara nak buat blog ni sudah banyak. Dekat google search saja ada lebih kurang 21 juta cerita berkenaan cara nak buat blog.

Nak buat blog yang sebenarnya tak payah sangat, yang percuma boleh guna blogspot.com dan kalau nak yang lebih hebat sikit boleh guna platfom wordpress. Tutorial boleh rujuk dekat Youtube atau engine pencari seperti google,yahoo atau bing.

Lagi satu cara, upah saja jurutera laman web. Tak sampai seminggu dah boleh siap dan yang selebihnya anda hanya perlu belajar cara macam mana nak guna platfom tersebut sahaja. Mudah kan?

Sekian terima kasih dam selamat mencuba.

 

Posted on

Test Fungsi Terbaru WordPress 3.9

Assalamualaikum,

Nampaknya versi baru wordpress 3.9 lebih menarik.

Salah satu fungsi yang saya suka adalah fungsi audio/video playlist.

Yang kedua fungsi editornya pun saya suka, lebih smooth..yang selebihnya anda kena cuba sendiri.

Sekian terima kasih

Posted on

Server Kena Hack Pulak

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Pemilik laman web khususnya kena hati-hati terutama sekali yang guna platform wordpress dan share hosting..

Hackers kali ini bawa masuk file consumer.php dalam setiap folder penting dalam laman web..

Macam mana nak kesan?

  1. Laman web keluar error dan ada sangkut paut dengan file consumer.php
  2. Dalam folder wordpress ada file baru yang dibawa masuk secara curi iaitu file consumer.php
  3. Header.php tak berfungsi…sebab dah inject masuk hook untuk link dengan file consumer.php
  4. Hackers bawa masuk sekali dengan trojans,backdoor,virus dan spambot..

Macam mana nak bagi elok balik?

  1. Kena restore balik file dalam server kalau boleh yang bersih dan yang belum tercemar.
  2. Plugin dalam wordpress semua kena cek satu persatu.Boleh dikatakan semua plugin berjaya di pecah masuk..
  3. File header.php kena restore balik yang fresh dan bersih dari ladang dan kalau boleh yang belum tercemar..
  4. Semua file di inject masuk pada masa dan waktu yang sama..jadi senang nak kesan.Hanya perati tarikh terkini sahaja..

Bukan setakat platform wordpress sahaja yang kena hack dan di inject masuk file consumer.php, yang lain pun boleh jadi akan terkena juga.Jadi kena cek semua file dan folder laa.

 

Okay, selamat majujaya..