Posted on

Homestay Zon Utara Perlis, Kedah, P. Pinang Dan Perak

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ini merupakan bahan bacaan penting yang ditujukan kepada pengusaha homestay disebelah Zon Utara iaitu Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak. Untuk Zon-Zon lainya, sila bangunkan komuniti anda dan pihak admin tidak mampu untuk menjaga kesemuanya kerana ini hanyalah projek yang berkonsepkan open source ( buat free untuk kegunaan awam ).

Al-kisahnya…..

Kisahnya, admin sekarang ini sedang membangunkan satu projek search engine database kepada homestay. Ianya ringkas tetapi sangat mantap, bersifat jangkamasa panjang, percuma dan mudah untuk digunakan oleh pengusaha-pengusaha homestay dan juga pengguna homestay. Sejak beberapa tahun keterlibatan dengan bisnes homestay, admin mendapati pengusaha-pengusaha homestay di Malaysia amnya banyak bergantung harap kepada platfom marketing yang disediakan oleh pihak luar dan ianya beselerakkan dimerata-rata tempat ( ini satu kerugian ). Itu bukan masalah besar tetapi yang menyebabkan idea ini terbit adalah disebabkan platfom marketing luar ini kadang-kadang sering mengubah polisi masing-masing yang mana kadang-kadangnya mendatangkan kerugian besar bagi tempoh jangka masa panjang kepada pengguna platfom mereka. Rasanya, pengusaha homestay yang terlibat pasti tahu akan hal tersebut terutamanya yang melibatkan kes markerting organik. Jadinya, idea search engine database ini pun terbit untuk dijadikan sebagai alternatif kepada masalah tadi. Masalahnya tidaklah ditahap kritikal seperti yang diperlakukan oleh FB atau Google search engine kepada pengguna yang menggunakan platfom mereka untuk tujuan bisnes ( marketing free ). Antaranya adalah tidak menonjolkan homestay ditempat sepatutnya apabila pengguna memerlukanya dan di dalam kes pemasaran homestay pulak, konsep marketingnya adalah perlu bersifat jangkasamasa panjang kerana homestay ini lebih kepada mengikut musim tertentu dan dicari apabila perlu sahaja. ( tak kan nak spam iklan setiap hari kan? dan ini bukan satu tidakkan yang bijak ).

Prosesnya bermula di sini….

Dipendekkan cerita, pengusaha homestay Zon Utara yang berminat untuk menyokong projek ini…………….boleh saja daftarkan dan iklankan homestay masing-masing di t.me/carihomestay. ( Telegram app dan ianya percuma ). Nama pun database dan tidak perlu spam iklan sampai pengguna naik muak melihatnya. Yang pentingnya adalah homestay tersenarai di dalam database tersebut dan bila pengguna memerlukanya dia akan mencarinya nanti dan tidak perlu spam iklan seperti kelihatan amat terdesak dan harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Untuk submit iklan ke search engine database, sila ke t.me/carihomestay

Posted on

Cara Mudah Untuk Grab Buyer Dari Search Engine

Assalamualaikum dan salam hormat,

Caranya kena guna blog atau laman web yang mesra SEO ( search engine optimization ). Jika segan nak buat blog atau laman web sendiri, jalan mudahnya tumpang mana-mana blog atau laman web yang mesra SEO.

Bukan senang nak dapat sale yang kencang…..

Untuk adakan blog dan laman web, ianya tidak sesusah mana pun tetapi untuk dapatkan SEO tu laaaaaaa….yang agak memenatkan. Dapat menguasai SEO, makanya akan dapat juga laaaaaaaaaaaa menguasai iklan organik di ranking pertama dan kedua di dalam senarai search engine yang terpilih. Jalan mudahnya, tumpang saja mana-mana platfom tumpang yang sesuai dan yang ada ciri-ciri SEO. Tetapi yang itu bukan jaminan tetap untuk dapat hasil jualan yang kencang, ianya sekadar cara diperingkat mulanya sahaja sebelum mendapat sale yang kencang. Nak dapat sale yang kencang, ada step lain pulak yang perlu dibuat…….tak buat yang itu, biasanya tak berapa nak jadi laaaaaaaaaa………..banyak betui naaaaaa….itu laaaa, siapa yang kata buat bisnes itu mudah…..heee..heeeee.

Cara grab buyer dari search engine

Tanya admin bertugas…

Tak tau nak cari dekat mana platfom tumpang yang sesuai, eeeemmmmmm….masej saja dekat admin yang bertugas. Nanti admin akan tunjuk cara-caranya.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Posted on

Marketing Cara Mudah Guna Search Engine

Assalamualaikum dan salam hormat,

Admin dah siapkan 1 lagi platfom untuk kegunaan online marketing. Ini salah satu projek open source + R&D yang admin buat bila ada waktu terluang ( kekurangan adalah perkara biasa, nanti ada masa admin naik taraf ).

Ini cara kerjanya..

Cara kerjanya sangat mudah iaitu display iklan dekat blog yang mesra SEO + content markerting + platfom online shopping yang running 24 jam kecuali server down. Buyer biasanya akan datang daripada search engine yang terpilih seperti Google, Duckduckgo, Presearch dan lain-lain search engine yang terlibat. Dengan adanya sistem marketing yang serupa ini, usahawan hanya perlu buat kerja sekali sahaja dan yang selebihnya sehingga proses duit masuk ke akaun bank akan diselesaikan oleh sistem yang telah disiapkan tadi. Smartphone kena on setiap masa kerana ada sebahagian buyer di Malaysia amnya, masih lagi menggunakan cara manual untuk membuat sebarang tempahan melalui online ( perlu alert sikit bab ini ).

Berkesankah cara ini?..

Cara ini boleh digunakan oleh usahawan online dan offline untuk bersaing secara sihat dan bijaksana tanpa perlu membuat aktiviti pemasaran yang agresif setiap masa dan mengeluarkan modal yang besar. Berkesankah cara ini?. Insyaallah, berkesan tetapi tidak semudah lakaran di atas kertas putih yang berdasarkan kepada plan syok sendiri. Untuk membolehkan buyer sampai ke blog dan platfom ini melalui search engine ianya perlu melalui beberapa proses rumit tertentu dan bab ini hanya engineer SEO sahaja yang memahaminya.

Berminat untuk mencuba cara ini, sila telegram/whatsapp admin ditalian 01132229401 dan cara kerjanya boleh test run dekat blog ini.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Posted on

Iklan SEO Viral Percuma

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ruangan iklan yang diadakan secara percuma ini menggunapakai konsep blog mesra SEO + viral + group telegram + media sosial terpilih. Digabungkan kesemuanya untuk kerja-kerja yang melibatkan online marketing tahap serius.

Konsep iklan viral SEO..

Diadakan untuk kegunaan usahawan yang sukakan iklan viral ikut jalan search engine. Format ini dibuat berdasarkan kajian dan pengalaman lalu yang serba ringkas untuk tempoh beberapa tahun terhadap permintaan dan keperluan yang serius untuk kerja-kerja yang melibatkan online marketing. Hasilnya lahir lah platfom iklan SEO viral ini yang mana dibuat secara khusus untuk membantu usahawan kecil di Malaysia sahaja ( harap jangan kutuk secara berlebihan kerana ini projek open source ).

Sangat simple prosesnya..

Prosesnya sangat mudah dan perlu melalui beberapa siri pendaftaran yang sangat ringkas sebelum kelulusan penuh diberikan untuk menggunapakai platfom ini untuk tujuan pemasaran. Kepada yang  berminat untuk mencuba perkhidmatan ini, sila rujuk disini iklan SEO viral.

Kami sudah siapkan platfomnya dan usahawan hanya perlu menggunakanya sahaja…itu sangat mudah.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Posted on

Lawan Kepada Google Search Engine

Assalamualaikum dan salam hormat,

Google search dah ada pesaing dan pesaing tersebut menggunapakai teknologi yang berteraskan blockchain ( ethereum ) dalam usahanya untuk mengurangkan kuasa monopoli google terhadap search engine yang pada masa ini telah menguasai hampir 77% global market share yang datangnya dari pengguna desktop dan 96% pulak dari pengguna mobile. Keuntunganya yang mencecah hampir $100 billion dengan purata carian berjumlah 5 billion setiap hari.

Ini yang sering berlaku….

Nak tahu kenapa ranking di dalam senarai google search engine selalu ghaib?, ini haaa kisahnya. Sejak google search engine mengambil alih kuasa gatekeeper global hal ini kerap berlaku dengan alasan algoritham berubah. Kesan dari aktiviti ini admin hilang 80% kuasa organik search engine walaupun telah memparktikan etika seo yang telah digariskan oleh pihak Google. Semua itu hanya lah permainan disebalik nama algoritham terhadap pengamal organik search sahaja. Telah sedia maklum organik search sangat berpengaruh di dalam senarai search engine sampai bila-bila pun. Dekat bawah tu kata-kata dari pesaing yang mencipta search engine alternatif untuk bersaing dengan Google.

“There wasn’t any real recourse and we were shut out,” he said. “We kept on getting bumped to webmaster help lines. People were telling me Google is always right and you must have screwed something up.”

Maka lahirlah……

Maka lahirlah PRESEARCH sebagai projek yang bersandarkan kepada kekuatan teknologi blockchain dengan pelbagai insentif menarik kepada pengguna search engine itu nanti ( fasa pertama bulan SEPT 2017 akan dilancarkan ). Admin sarankan kepada para blogger dan pengguna internet dimasa akan datang sudi-sudilah meluangkan masa untuk menjadi pengguna dan memberi sokongan padu terhadap PRESEARCH demi menghapuskan kuasa monopoli untuk mengembalikan hak sebenar pengguna internet ( pada asalnya internet itu decentralized ) dari sesetengah pihak yang berkepentingan peribadi yang melampau-lampau.

Mereka suka sembunyi maklumat…ikut sedap mereka

Buat masa sekarang pihak admin layan Duckduckgo search engine sebagai alternatif untuk mencari pelbagai lagi maklumat tambahan yang kebanyaknya telah disembunyikan oleh pihak Google dari pandangan umum…..Google menggunakan kuasa monopoli algoritham nya untuk tujuan tersebut. Penguna internet perlu sedar tentang hal ini……

Insentif menarik dari Presearch

Join Presearch, jika berminat untuk menjadi sebahagian daripada pelabur kepada projek tersebut dan admin nampak projek ini ada potensi masa depan yang sangat cerah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.