Categories
Sharing Is Good

Cerita dalam blog yang ringkas dan padat

Assalamualaikum,

Ada atau tidak blogger yang suka taip cerita panjang-panjang? adaaaa…mana boleh tak adaaa.

Apa masaalahnya kalau nak taip cerita panjang-panjang? awat salah ka ? hajat dihati kalau boleh nak taip maklumat sampai habis..cadangnya nak buat macam tulis karangan masa dekat sekolah menengah dulu-dulu ni.Itu duluuuu… di sekolah tetapi sekarang ini di internet dan perkara tersebut tidak boleh dipraktikkan lagi.Kenapa pulak ?

Kerana masalah sekarang ini ramai pengguna internet tidak suka baca cerita yang panjang-panjang, berbunga-bunga, berkona-kona dan berkias-kias.Jadi lepas pada ni kalau nak taip cerita, taip lah yang ringkas,padat dan straight to the point.Kalau nak amalkan kaedah yang lama juga..buat lahh tak ada siapa yang nak larang..

Kenapa perlu buat macam tu? sebabnya tidak mahu pembaca  cabut lari atau cemuih dengan ayat kita.Jadi sebelum dia cabut lari lebih baik kita sampaikan terus masej kita kepada mereka.Jadi lepas pada tu kalau dia nak cabut p tang lain, itu terpulang kepada mereka dan yang penting depa baca masej kita.

Sekian terima kasih dan selamat berubah.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *