Posted on

Cetak t-shirt ikut rekabentuk sendiri

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Alhamdulillah bertemu sekali lagi, ini adalah projek terbaru saya untuk kali yang ke berapa ntah bagi edisi 2011.Projek cetak t-shirt ikut rekabentuk sendiri.Macam mana tu ?

Baru-baru ini pihak niaga24jam.com ada menjalinkan kerjasama perniagaan dengan sebuah entiti persendirian  dalam bidang percetakan t-shirt. Fokus projek ini ditujukan khusus untuk peminat t-shirt custom made. Pada pengamatan saya masih ada ramai lagi peminat t-shirt dekat luar sana yang berminat untuk memakai t-shirt yang direka bentuk grafiknya mengikut cita rasa sendiri.Mungkin inilah masanya yang mungkin tuan-tuan dan puan-puan tunggu selama ini.

Pada mulanya idea untuk mencetak t-shirt ini hanyalah untuk tujuan promosi secara offline semata-mata.Bila di fikirkan balik, bagaimana pula dengan nasib peniaga internet lain yang mempunyai citarasa yang sama dengan saya?.Oleh kerana itulah saya bertekad untuk memperkenalkan perniagaan baru yang saya ceburi ini kepada tuan-tuan dan puan-puan semua.

Ini adalah contoh t-shirt polo dan beberapa tshirt lain yang saya cetak ikut citarasa sendiri untuk sesi ujian pada peringkat permulaan:

 [nggallery id=31]

Inilah sebahagian dari contoh t-shirt yang sempat saya tempah untuk sesi percubaan dan untuk kegunaan sendiri.Saya minta maaf  kerana kualiti gambar yang disediakan pada kali ini tidak berapa cun. Teknik yang digunakan untuk mencetak t-shirt pada kali ini adalah digital photo lab transfer dan bukan mengunakan kaedah blok.Kaedah ini akan membolehkan hasil cetakan yang berkuliti dapat dihasilkan dalam tempoh masa yang singkat berbanding teknik blok. Kualiti t-shirt yang disediakan terdiri daripada 100% polyesters dan bagi yang ingin mencetak  t shirt dengan kualiti lebih rendah sedikit pun turut juga disediakan.Apa lagi kelebihan lain yang ditawarkan pada kali ini:

  1. Tiada had tempahan( sehelai pun boleh )
  2. Kualiti dijamin bermutu
  3. Kaedah percetakan digital photo lab transfers ( di jamin tak akan luntur dan berkualiti )
  4. Penghantaran percuma
  5. Dan banyak lagi
Bagi yang berminat untuk membuat tempahan, sila rujuk disini:  

 

Jika ada sebarang masaalah berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan ini, sila maklumkan kembali kepada saya sama ada melalui email atau ruangan komen yang telah tersedia secara percuma di bawah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya

More from my site

  • Ramainya Peniaga InternetRamainya Peniaga Internet Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan, Alhamdulillah bertemu sekali lagi.Perniagaan internet sekarang ini makin bertambah sakan sengitnya. Terasa sangat kesanya.Ada yang belum perasan […]
  • Perniagaan Internet Belum Ada HasilPerniagaan Internet Belum Ada Hasil Assalamualaikum, Perniagaan internet hambar dan tidak ada hasil jualan. Emmm apa patut saya buat? nak teruskan atau berputus asa?. Ada banyak sebab kenapa perniagaan internet tidak […]
  • BitcoinBitcoin Bermula dari tarikh 6/2/2017, kami di niaga24jam.com secara rasminya telah menerima BITCOIN ( BTC ) sebagai alat pertukaran baru untuk kesemua urusan yang melibatkan jual dan beli.
  • Ulang Banyak KaliUlang Banyak Kali Payah nak dapat idea baru, payah nak ingat. Boleh cuba cara mudah ni....Insyaallah menjadi.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *