Posted on

Crowdfunding Blockchain Untuk Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Apa benda pulak ini?. Benda ini hanyalah plan awal yang belum terlaksana dari pihak admin untuk menjalankan satu sistem yang lagi tersusun bagi mengatasi masalah berkaitan dengan KEMISKINAN, PINJAMAN, ALONG, HUTANG TAK BAYAR, NAK CARI MODAL PERNIAGAAN, SESAK NAK GUNA DUIT dan banyak hal lagi laahhhh.

Adoptasi dari teknologi yang dah berjaya…

Benda ini adalah sistem yang diadoptasi dari teknologi yang juga telah menggerakkan Bitcoin dan mungkin ianya lebih besar dari sistem perbankan yang sedia ada sekarang ini dan ianya juga tidak dikawal oleh sesiapa termasuk pihak admin. Benda ini berfungsi menggunakan sistem dan teknologi blockchain yang agak pintar. Pernah dengar blockchain?, tak pernah?….eeeemmmmmm, blockchain adalah teknologi terbaru yang lebih efektif dan yang boleh digunapakai untuk mengatasi masalah yang ada dekat atas tadi. Tetapi, ini hanyalah imiginasi kasarnya sahaja dan ianya belum lagi terlaksana dan pihak admin pun tidak pasti………..sama ada boleh buat ke tidak benda serupa ini dekat Malaysia.

Lebih kurang macam ini laa…

Crowdfunding

Bitcoin boleh…kena plan ini tak boleh?..

Sistem dari teknologi blockchain ini memerlukan sokongan dari ramai orang seperti mana bitcoin itu sendiri yang memerlukan sokongan kuat pengguna dari seluruh dunia supaya dapat kekal sihat sampai ke hari ini….begitu jugalah dengan projek ini. Tak ada sokongan padu dan kuat, memang tak boleh buat benda ini dan itu sahaja yang pihak admin mampu katakan…..

Untuk otak peringkat tinggi…

Yang tak tahu tentang teknologi blockchain dan acah-acah tahu, tidak digalakkan untuk membuat sebarang rumusan tentang projek ini ( ini projek peringkat tinggi ). Projek ini jika telaksana nanti, mungkin akan menggunapakai konsep open source dan R&D.

Sambung karangan ini lain kali, benda tak jalan lagi tak payah cerita lebih-lebih dan akan dimaklumkan jika perlu sahaja.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Tak perlu lagi meminta-minta pada yang tak hingin membantu….

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *