Assalamualaikum dan salam hormat,
Kurang bukannya sedikit, malah dengan banyaknya. Bisnes yang dahulunya ada permintaan kini menjadi sepi ( kuasa beli berkurang ). Lagi mau tunggu jika bisnes sudah jadi serupa itu?…ini yang admin buat..
Terlibat dengan aktiviti cryptocurrency..
Masuk dan tambah bidang baru…..sebelum terlambat. Salah satu darinya yang mudah dan jimat kos adalah admin melibatkan diri secara serius dengan aktiviti urusniaga cryptocurrency. Emmmm…bisnes lama tidak di tutup tetapi diteruskan seperti kebiasaanya dan dijadikan sebagai backup no 2 yang perlu dijaga supaya terus kekal hidup…jika ditutup secara total agak merugikan, kerana sudah ada pelanggan tetapnya ( kadang-kadang ada juga order yang masuk walaupun lama-lama sekali ). Kedua-duanya admin jalankan secara serentak dan yang best nya, kedua-dua bidang ini sangat serasi antara satu sama lain dan tidak perlu untuk dipisahkan. Hasilnya nanti diharapkan menjadi sepertimana perancanganya yang gah di atas kertas. Memandangkan pelaksanaanya hanya sekadar beberapa peratus sahaja buat masa ini, jadinya karangan ini pun setakat itu saja laaaaaaaa ( ke depan nanti sambung )…….perjalanan masih jauh…..nak tunjuk duit berkepok-kepok belum cukup syaratnya lagi……hee..heeeeee..
Kenapa aktiviti cryptocurrency yang dipilih?.
Kerana kos untuk memulakanya sangat rendah dan tidak perlu kepada proses penyediaan stok yang segala bagai, banggunan, pekerja, daftar syarikat, buka akaun bank baru, buat marketing yang memeningkan kepala dan banyak lagi lahhhhh. Hanya perlu diadakan modal yang semampunya disediakan, internet dan alat untuk urusan trading. Itu sahaja kelengkapan asas yang diperlukan dan bagi yang zero dalam bidang ini, ILMU berkaitan cryptocurrency perlu diadakan. Emmm, bab ilmu ianya boleh didapati dengan begitu mudah melalui internet dan boleh search sahaja dekat search engine, group facebook, twitter, hasil karangan dari blogger crypto, group aplikasi telegram, whatasapp dan banyak lagi yang lain-lainya. Semua bahan-bahan berkaitan ilmu cryptocurrency tersebut boleh disedut secara percuma ditempat-tempat tadi.
Bertindak cepat dan……..Saya yakin dan sangat pasti anda mempu melakukanya.
Sekian terima kasih dan selamat mencuba.