Categories
Pelaburan Research & Development Trending

Projek menggandakan wang menggunakan TON wallet

Benda boleh DIY. Ini sesi DIY untuk menggandakan wang menggunakan kemudahan TON wallet. Kenapa pilih TON?.. Ayuh membaca..

Bismillahi,

Ini sesi DIY untuk menggandakan wang menggunakan kemudahan TON wallet. Apa itu TON wallet?.

TON wallet dari sisi persamaan peranannya adalah hampir tetapi sedikit berbeza dengan fungsi wallet digital yang ada dalam pasaran seperti Touch N Go, Shopee, MAE, Grabpay dan banyak lagi. TON wallet ini dimainkan diperingkal Global dan dijadikan rumah utama kepada projek-projek berteraskan web 3, NFT, permainan online digital dan pembayaran dalam dunia blockchain teknologi dan matawang digital. Makanya, banyaklah kegunaan tambahan lainya berbanding dengan wallet-wallet yang ada dalam pasaran yang mana kebanyakkanya hanya digunakan untuk tujuan pembayaran dan pelaburan dan beberapa perkhidmatan tambahan lainnya.

Untuk projek kali ini, admin lebih fokus kepada aktiviti menggandakan wang ( harga barang mahal dan wang perlu digandakan ). Senang ceritanya adalah untuk tujuan pelaburan jangkamasa panjang dengan harapan dapat meraih keuntungan daripada aktiviti kenaikkan harga TON yang berlaku dipasaran. Alat yang digunakan adalah wallet TONKeeper dan syiling TON. TONKeeper ini salah satu daripada wallet digital yang agak terkenal dikalangan pengguna rangkaian TON dan mini app Telegram bagi tujuan mengumpul Token dari airdrop dan NFT. Bagaimana wang boleh digandakan dengan wallet TON ini?. Prosesnya sangat mudah iaitu beli TONcoin pada harga diskaun terbaik dan simpan di dalam wallet TON. Untuk kes admin, wallet yang digunakan adalah TONKeeper. Ketika harga TON meningkat naik dimasa depan, maka itulah hasilnya yang bakal dikutip untuk digunakan nantinya… Konsepnya adalah BELI ketika harga DISKAUN, kemudian SIMPAN dan JUAL ketika sudah UNTUNG.

Kenapa pilih TON?

Kerana potensi TON untuk tempoh jangkamasa panjang kelihatannya sangat menarik dan bernafsu untuk terbang tinggi bagi pandangan admin dan wang yang berjaya diperolehi nantinya dalam nilai USDT atau setaraf nilai USD yang belum ditukar nilanya ke Ringgit Malaysia. Sebenarnya, admin try buat projek ini untuk mengekang tekanan inflasi yang sedang berlaku. Ada 2 peranan besarnya di sini yang boleh dimanfaatkan. Satunya untuk menggandakan wang dan satu lagi untuk tujuan lawan inflasi. Projek ini akhirnya membawa kepada aktiviti DIY aktiviti pelaburan dengan bantuan TON wallet.

Jadinya untuk DIY pelaburan semacam ini…. Kena berani dan tidak perlu takut untuk menanggung kerugian jika inginkan keuntungan dalam sektor berisiko tinggi. Jika takut rugi, kena tumpang agensi pelaburan yang bersepah di dalam Malaysia. Berdaftar pun banyak dan yang tidak berdaftar pun bersepah… KWSP, ASNB, Tabung Haji, Bank Rakyat, Public Gold dan banyak lagi. Yang penting tidak perlu masuk mana-mana group pelaburan yang tidak berdaftar secara sah. Benda boleh DIY buat apa nak cari penyakit dengan instrumen pelaburan yang bakal kena scam… Sekali lagi saya ulang… benda boleh DIY. Harap maaakkk looongggg.

Untuk DIY projek pelaburan yang semacam ini, asas berkaitan pelaburan terutamanya berkaitan aset blockchain teknologi dan matawang digital perlu ada dan jika belum ada.. masih ada masa untuk menyedutnya. Ceritanya, kena sanggup luang masa untuk belajar dan buat dengan tekun… apa pun nantikan hasil DIY projek ini dan admin letak sasaran harga TON per unit $100…. makkk aaaaiiii! $100 tuuuhhhh…. alang-alang nak bagi duit berkembang. Naik kaluuuuu… untung besar, jatuh terduduk kaluuuu.. jadi biul sat…. heeeee…heeeeee.

Panjang pulak karangannya.. sambung lain kali jika berkesempatan.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

DIY pelaburan TON wallet

RM 250.00

Ini penampakkan akan TONKeeper wallet yang digunakan untuk projek DIY pelaburan TON bagi aktiviti pembiakkan wang. Ini konsep DIY yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja dan yang berani dan berminat keras untuk mengkayakan status kewangan diri, keluarga, kumpulan dan negara tercinta.

  1. Tidak perlu kepada KYC
  2. Modal ikut kemampuan
  3. Modal permulaan serendah RM10

Wallet digital ini boleh dimuat turun dari PlayStore untuk versi Android. Untuk pengguna iphone, admin tidak tahu.

Untuk sesi sedut ilmu DIY pelaburan TON wallet secara pantas melalui online, tekan butang di bawah dan itu adalah  perkhidmatan berbayar. Harap makkk loooonnngggg.

 

0 SUCCESSFUL ORDERS

2723 viewed until today

Category:
Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *