Posted on

Harap-Harap Ada Jutawan Berhati Mulia Datang Membantu

Assalamualaikum dan salam hormat,

Perihal: Semoga hasrat ini sampai kepengetahuan jutawan-jutawan Melayu islam berhati mulia.

Sudilah kiranya yang empunya diri lagi bertaraf jutawan adanya dan yang lagi berhati mulia, untuk menginfaqkan sedikit dari kekayaan yang telah dianugerahkan oleh pemilik sekalian alam kepada usahawan-usahawan muda Melayu islam yang cerdik lagi pandai itu. Adapun sesetengahnya dari mereka itu telah dinafikan hak untuk mendapat pembiayaan yang bebas ribawi seadanya. Adalah dengan itu menjadi tanggungjawab mulia lagi tinggi budi pekerti si empunya diri yang sudi lah kiranya membantu agar mereka generasi akan datang ini terus bertahan dalam membangunkan dan mempertahankan ekonomi umat islam berteraskan syariat hendaknya. Adapun tentang balasannya, biar ALLAH jua lah yang membalasnya.

Adapun tersangat besar jua lah harapannya agar cita-cita ini tercapai.

Yang menjalankan tugas..

================================

Begitulah kisahnya untuk posting kali ini.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *