Posted on

Harga Emas Naik Meroket

Stok Kasut Boot Bulan 8/2015

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hari ini 25/8/2015 pajak emas 916 dapat harga 1 gram RM161. Bulan 6/2015 harganya 1 gram baru RM143. Dekat RM 18 juga kenaikanya. Harga emas naik meroket………….sampai bila tak tau.

Itu baru 1 gram, jika 100 gram banyak mana dapat untung?. Habuan ini semua merupakan hadiah kesabaran untuk geng pelaburan yang suka melabur di dalam komoditi berasaskan emas. Jika sekarang baru nak beli………….untuk simpan nilai RM okay laaa…untuk dapatkan untung dari kenaikan harga, rasanya bukan lah masanya yang sesuai. Harga tinggi tu.

Teknik untuk mengaplikasikanya bagaimana?. Mudah sahaja, beli waktu murah kemudian simpan. Bila nak guna, pergi pajak dekat  ar rahnu. Cukup masa tebus balik ( jika cekap ilmu manipulasi emas, boleh guna kaedah ini ). Ada bajet lebih beli tambah time murah dan lama kelamaan bertambah-tambah lah simpanan emasnya. Bila sudah terlalu banyak boleh la convert untuk tukar ke pelaburan yang lain pulak. Contohnya beli aset pelaburan seperti rumah lelong, tanah, rumah kedai atau beli saham syarikat blue cip dan macam-macam lagi lahhh. Apa macam, boleh buat ka?.

Mana lagi untung ? perabih duit beli emas atau perabih duit beli benda merapu.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba dan kalau lambat kena tinggai.

More from my site

  • Pelaburan Emas Di MalaysiaPelaburan Emas Di Malaysia Terjebak dengan pelaburan emas, sehingga mampu menyimpan rezab simpanan emas berkilo-kilo. Semuanya bermula dari bawah.
  • Cincin Emas Belah Rotan Gred 916Cincin Emas Belah Rotan Gred 916 Assalamualaikum dan salam hormat, Pelaburan yang sangat menguntungkan. Untuk terlibat dalam aktiviti pelaburan atau menyimpan emas 916, sila pastikan ianya melepasi beberapa syarat […]
  • Bitcoin VS Emas FizikalBitcoin VS Emas Fizikal Emmmmmm...........admin menggunapakai kedua-dua platfom tersebut buat masa ini dan setiap satu darinya mempunyai peranan masing-masing dan kedua-dua platfom tersebut juga ada kekuranganya […]
  • Cara Untuk Tambah Pendapatan Ikut Saluran BitcoinCara Untuk Tambah Pendapatan Ikut Saluran Bitcoin Jika rajin mencari, makanya lama kelamaan akan berjumpa juga dengan apa yang dicari. Inilah yang admin telah jumpa di dalam misi mencari lubang-lubang atau jalan-jalan yang sesuai bagi […]
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *