Hasil Jualan Kurang

Assalamualaikum,

Masalah besar yang sering dihadapi oleh usahawan dan peniaga adalah hasil jualan kurang.

Kena cari puncanya terlebih dahulu. Cuba tengok senarai yang ada di bawah, mungkin salah satunya terkait dengan perusahaan dan perniagaan anda.

  1. Harga mahal melampau-lampau.
  2. Kurang promosi. ( jadinya pengguna tidak tahu tentang kewujudan perniagaan anda )
  3. Terkena perbuatan kianat. ( santau, sihir, hacking, fitnah dan sebagainya )
  4. Sombong dengan pengguna.
  5. Produk ketinggalan zaman.
  6. Kualiti pekhidmatan tidak memuaskan ( buat kerja cincai, lambat, tak sedap dan sebagainya )
  7. Pilih bulu.
  8. Kena boikot dengan pengguna.
  9. Lokasi perniagaan tidak sesuai.
  10. Produk tidak sesuai dan kurang permintaan dengan tempat dan pengguna ( contohnya jual jaket salji di Malaysia, berapa kerat sangat yang nak membeli )
  11. Faktor kegawatan ekonomi ( macam sekarang ini )
  12. Tidak ada kemudahan kredit ( antara faktor mengapa ada yang hendak membeli, walaupun bukan keperluan )
  13. Persaingan sehingga menyebabkan penawaran melebihi permintaan.
  14. Dan banyak lagi

Dalam banyak-banyak senarai tadi bab harga, teknik pemasaran dan kualiti sememangnya perlu diberi perhatian berat. ( sangat penting )

Cuba tengok pulak kos keseluruhan marketing beberapa syarikat besar di bawah.

  1. P&G – USD 2.95 billion. ( report 2011 )
  2. L’Oriel – USD 1.34 billion. ( report 2011 )
  3. Apple – USD 1 billion. ( report 2011 )
  4. Google – USD 1.005 billion. ( dia pun buat marketing juga )
  5. Sony Corp – USD 1.041 billion.
  6. Samsung – USD 14 billion ( report 2013 )
  7. Coca-cola – USD 3 billion ( report 2012 )
  8. Nike – USD 876 juta. Hasil jualan meningkat 11% ( 2014 time World cup )

Dekat atas tu semua senarai syarikat-syarikat yang sudah terkenal diserata Dunia dan angka-angka itu semua adalah jumlah perbelanjaan kos marketing yang telah mereka keluarkan. Persoalanya dimana kedudukan kos marketing kita? fikir-fikirkalah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

LAGI KESAH MENARIK UNTUK DIBACA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *