Categories
Cryptocurrency Open source Research & Development

Hasil Terkini Pelaburan Cryptocurrency Tahun 2018

Tahun 2018 adalah tahun yang meminta diberikan kesabaran secara berlebih-lebihan jika terlibat dengan market cryptocurrency. Heee…heeee asalkan jangan total loss…..sudah. Boleh baca plan menarik berikutnya dekat blog..

Assalamualaikum dan salam hormat,

Emmmmm, tahun 2018 ini…………tidak banyak hasil memberangsangkan yang admin boleh dapat dan boleh sedut dari market cryptocurrency. Tahun yang agak mencabar dan tahun 2018 adalah tahun yang sering meminta akan kesabaran ditambah secara berlebih-lebihan untuk mengekalkan kestabilan emosi……heee…heeeeeee….kesimpulanya, pelaburan yang dibuat ada diantaranya terpaksa disimpan kerana status terkini pegangan adalah sedang mengalami kerugian yang mana belum total lagi loss ( jangan salah pilih coin )…heeee…heeeee.

Kejatuhan nilai yang agak teruk…..

Market cryptocurrency rata-ratanya mengalami kejatuhan nilai yang agak teruk, terutamanya market yang bersangkutan dengan ICO, iaitu altcoin ( shitcoin, coin sampah ). Emm…apa yang mampu dibuat adalah, setiap coin tertentu yang dibeli pada waktu ini hanya sesuai untuk disimpan bagi projek pelaburan jangka masa panjang dan admin sangat-sangat berharap pada tahun 2019 market cryptocurrency akan kembali sihat. Jika sebaliknya berlaku……….perlu ditambah lagi kesabaran dan yang paling penting coin yang dibeli dan yang disimpan tidak diistiharkan sebagai MATI ( paling penting ). Setakat posting ini dimuat naik, 1000 coin yang lahir dari projek ICO yang ntah apa-apa kebanyakkanya telah diistiharkan sebagai MATI. Jika mendapat status MATI, makanya pelaburan yang sebelum ini akan menjadi total loss belaka. Jadinya perlu lebih berhati-hati dan tidak perlu percaya 100% make-up tebal yang ada pada white paper yang dibentangkan oleh pelobi projek ICO.

Untuk yang berani…

Tak banyak cerita menarik, emmmm…….time harga matawang digital yang rata-ratanya berada pada paras harga diskaun tahap lantai pada ketika ini dan kepada yang berduit lebih, ada keberanian tahap tinggi, sanggup ambil risiko dan sanggup tunggu dengan penuh istikomah….heeee..heeeeeee………boleh saja beli dan simpan mana-mana coin bertaraf kuat ( rujuk coinmarketcap ) untuk disedut hasilnya apabila market cryptocurrency kembali aktif dan sihat dimasa akan datang nanti. Mampukah market cryptocurrency kembali aktif dan sihat?…….ya, itu sudah pasti.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *