Bismillahi,
Ini adalah template iklan untuk merancakkan dan memeriahkan lagi program TMK 2025. Ia adalah alat hebahan awal yang disumbat masuk didalamnya maklumat, lokasi, produk dan perkhidmatan dan benda ini sangat berguna dalam membantu peniaga membuat hebahan atau kerja iklan awal sebelum kedatangan Tahun Melawat Kedah 2025. Template iklan ini dibuat untuk kegunaan peniaga saiz kecil dan sederhana.
Sifat dan cara kerjanya organik dan bila sebut organik ianya perlu diberi masa tertentu sebelum dapat bekerja seperti yang diharapkan dan oleh kerana itu ianya perlu digerakkan lebih awal dari hari program itu berlangsung.
Contoh template iklannya, seperti di bawah dan cukup sesuai untuk digunakan oleh para peniaga kecil-kecilan dari Kedah yang ingin merebut peluang bisnes yang wujud dari program TMK 2025. Telah sedia maklum tahun 2025 ada 12 bulan dan akan melibatkan beberapa musim penting sepanjang tempoh tersebut. Antaranya musim cuti sekolah, musim perayaan, musim hujan, musim panas dan musim buah-buahan. Semua ini boleh dimanfaati oleh para pemain dengan program masing-masing.
Ini contoh template iklan dan dibuat untuk pemberitahuan tentang tempat menarik yang ada di Kedah dan template ini boleh disesuaikan dengan pelbagai lagi jenis perniagaan atau program yang ingin diketengahkan untuk acara TMK 2025 nanti.
Tempat menarik di Kedah
RM 0.00 – RM 0.00
Sempena kempen Tahun Melawat Kedah 2025, team kami kongsi serba sedikit tempat menarik yang ada di Kedah.
Semoga info ini bermanfaat dan terima kasih semua kerana mai bercuti di negeri Kedah. Semoga Allah permudahkan urusan hampa semua. Insyaallah.
Jangan lupa klik butang Book Now dan bantu admin untuk penuhkan slot iklan yang dihos oleh server blog ini. Tempahan anda akan membantu projek sumber terbuka ini agar terus dapat bertahan.
0 SUCCESSFUL ORDERS
1845 viewed until today
Tonton Video
Di Kedah, kami ada sungai, tempat tinggi hamparan awan kabus waktu pagi yang indah, hamparan menghijau sawah padi sejauh mata memandang, ada air terjun bertingkat-tingkat dan ada pantai dan banyak lagi. Paling best Langkawi tetapi Gunung Jerai pun best..
Kedah ada 2 empangan yang boleh dikunjungi. Kalau nak tengok matahari terbit dan terbenam, Kodiang tempat dia dan memang best sebab boleh tengok dari tempat tinggi Bukit Mokcun… sempoi baq haaannnggggg…
Ladang ketum pun kami ada di Kedah… 😀 😆
Kepada usahawan dan peniaga…
Apa yang anda lihat ini adalah template iklan yang dibuat untuk kempen TMK 2025. Jika berminat untuk guna template iklan semacam ini, masej admin bertugas yang baik hati di Telegram https://t.me/maketmakers atau email ke niaga24jam@gmail.com.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.
Kepada pengusaha yang punya kepakaran, boleh DIY konsep template iklan yang semacam ini untuk kemudahan kerja-kerja iklan dan hebahan awal dan hebahan awal ini sangat penting untuk tujuan persiapan kedua-dua belah pihak iaitu pelancong dan pengusaha. Harap-harap ada laa bantuan atau geran awal yang disalurkan oleh pihak Keajaaan Negeri Kedah untuk kelancaran projek seperti ini. Nampak macam ringkas tetapi makan modal juga.
Team kami ada sediakan slot template iklan ini untuk sesi percubaan selama 30 hari tetapi tempatnya adalah terhad untuk 10 slot sahaja. Kepada yang berminat boleh masej admin team kami di Telegram https://t.me/maketmakers atau boleh email terus ke niaga24jam@gmail.com.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.