Posted on

Homestay Zon Utara Perlis, Kedah, P. Pinang Dan Perak

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ini merupakan bahan bacaan penting yang ditujukan kepada pengusaha homestay disebelah Zon Utara iaitu Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak. Untuk Zon-Zon lainya, sila bangunkan komuniti anda dan pihak admin tidak mampu untuk menjaga kesemuanya kerana ini hanyalah projek yang berkonsepkan open source ( buat free untuk kegunaan awam ).

Al-kisahnya…..

Kisahnya, admin sekarang ini sedang membangunkan satu projek search engine database kepada homestay. Ianya ringkas tetapi sangat mantap, bersifat jangkamasa panjang, percuma dan mudah untuk digunakan oleh pengusaha-pengusaha homestay dan juga pengguna homestay. Sejak beberapa tahun keterlibatan dengan bisnes homestay, admin mendapati pengusaha-pengusaha homestay di Malaysia amnya banyak bergantung harap kepada platfom marketing yang disediakan oleh pihak luar dan ianya beselerakkan dimerata-rata tempat ( ini satu kerugian ). Itu bukan masalah besar tetapi yang menyebabkan idea ini terbit adalah disebabkan platfom marketing luar ini kadang-kadang sering mengubah polisi masing-masing yang mana kadang-kadangnya mendatangkan kerugian besar bagi tempoh jangka masa panjang kepada pengguna platfom mereka. Rasanya, pengusaha homestay yang terlibat pasti tahu akan hal tersebut terutamanya yang melibatkan kes markerting organik. Jadinya, idea search engine database ini pun terbit untuk dijadikan sebagai alternatif kepada masalah tadi. Masalahnya tidaklah ditahap kritikal seperti yang diperlakukan oleh FB atau Google search engine kepada pengguna yang menggunakan platfom mereka untuk tujuan bisnes ( marketing free ). Antaranya adalah tidak menonjolkan homestay ditempat sepatutnya apabila pengguna memerlukanya dan di dalam kes pemasaran homestay pulak, konsep marketingnya adalah perlu bersifat jangkasamasa panjang kerana homestay ini lebih kepada mengikut musim tertentu dan dicari apabila perlu sahaja. ( tak kan nak spam iklan setiap hari kan? dan ini bukan satu tidakkan yang bijak ).

Prosesnya bermula di sini….

Dipendekkan cerita, pengusaha homestay Zon Utara yang berminat untuk menyokong projek ini…………….boleh saja daftarkan dan iklankan homestay masing-masing di t.me/carihomestay. ( Telegram app dan ianya percuma ). Nama pun database dan tidak perlu spam iklan sampai pengguna naik muak melihatnya. Yang pentingnya adalah homestay tersenarai di dalam database tersebut dan bila pengguna memerlukanya dia akan mencarinya nanti dan tidak perlu spam iklan seperti kelihatan amat terdesak dan harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Untuk submit iklan ke search engine database, sila ke t.me/carihomestay

Follow my latest project:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *