Categories
Kewangan Research & Development

Ilmu Supaya Tidak Mudah Bankrap

Tak mau bankrap atau pupus sumber pendapatan, boleh try cara ini. Sekurang-kurangnya kena standby 4 atau 3 pintu masuk untuk dapatkan sumber pendapatan. Macam mana tu? Senang saja dan untuk buah mola anda perlu sediakan pintu masuk income nya terlebih dahulu iaitu untuk PEKEJ HARIAN, MINGGUAN, BULANAN dan yang no 4 TAHUNAN. Amal 4 cara ini Insyaallah sumber pendapatan akan sentiasa mencukupi ( cara ini tiada jaminan untuk kaki enjoy dan yang suka boros ikut hati ).

Assalamualaikum dan salam hormat,

Tak mau bankrap atau pupus sumber pendapatan, boleh try cara ini.

Sekurang-kurangnya kena standby 4 atau 3 pintu masuk untuk dapatkan sumber pendapatan. Macam mana tu?  Senang saja dan untuk buah mola anda perlu sediakan pintu masuk income nya terlebih dahulu iaitu untuk PEKEJ HARIAN, MINGGUAN, BULANAN dan yang no 4 TAHUNAN. Amal 4 cara ini Insyaallah sumber pendapatan akan sentiasa mencukupi ( cara ini tiada jaminan untuk kaki enjoy dan yang suka boros ikut hati ).

Kupas sikit lagi supaya mudah faham. Okay……..contoh…naa…contoh….contoh saja ni…….untuk PAKEJ HARIAN, biasanya aktiviti yang boleh menghasilkan pendapatan secara harian adalah seperti buka kedai runcit ( yang ini paling senang ), berniaga ikan, berniaga pasar malam dan apa lagi…macam-macam lagi laaaa ( ikut minat dan kepakaran laaa senang ). Habih tak dak arah tak tau nak buat apa, berniaga nasi lemak macam anak dara yang kena saman dengan Majlis Perbandaran baru-baru ni dekat Selangor tu pun boleh.  Biasanya income bersih depa per hari dalam anggaran RM 50 ke RM 150 macam tu ( income bersih naa, bukan hasil jualan ) dapat lebih……………lagi laaaa baguih. Untuk PAKEJ MINGGUAN pulak biasanya kalau kot belah kampung admin, aktiviti mingguan ni biasanya depa jual getah sekerap ( 4 ke 5 hari motong sekali jual ), cari rebung, ulam dan macam-macam lagi untuk port favorite mereka iaitu nat hari Sabtu atau Ahad. Kot belah pekan tak payah cerita, macam-macam boleh buat time hujung minggu ni. Jika rajin  layan carbootsale pun okay dah dan malam pulak layan uptown atau pasar malam dan itu pun dah cukup mewah………jika ada food truck lagi cun…atur lokasi tang mana tempat yang ada ramai orang pada hujung minggu laaaaa……..apa lagi.  Admin hujung minggu ajar orang manipulasi blog jadi mesin buat duit dan kalau tak ada aktiviti tu admin buat meja kayu workbench……boleh laaa 3 ke 4 ratus seminggu ( kalau ada job laaa ).

Emmm, untuk PAKEJ BULANAN dan TAHUNAN kena ikhtiaq dan p cari sendiri laaa pulak…admin dah segan nak mengarang ni…..rasa macam nak layan movie free dekat youtube laaaaa……..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Makan suap selama-lamanya tak bagus untuk pekembangan minda…

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *