Posted on

Invest Dekat Altcoin Memang Membosankan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Memang kena getah kali ini, sebab admin dah ter-invest dekat Altcoin yang bukan ketegori gold standard…hee..heee…Harganya jatuh dan tak mampu untuk naik kembali dan ini yang kedua kalinya admin terkena. Untuk no yang ke 3 kalinya nya, admin dah talak 3 untuk buat hal yang sama.

Bosan dan naik meluat untuk tunggu lama-lama….

Untuk newbie disarankan supaya lebih berhati-hati bila memilih altcoin ( bukan semuanya sesuai ) untuk dijadikan sebagai alat pelaburan sama ada jangka masa panjang atau pun pendek. Harga yang murah bukan lahhh ukuranya dan admin sangkut dekat NXT…..tetapi, jika sanggup tunggu berbulan-bulan rasanya harga NXT akan recover semula. Memandangkan admin dah cemuih menunggu terlalu lama dan kerana perlu ikut stratergi asal iaitu hold setakat sebulan ++ macam tu sahaja. Jadinya, hari posting ini dimuatnaik…………..admin dah letgo NXT dan balik ke BTC semula. Untuk cover balik kerugian yang telah berlaku, admin kena guna semua baki yang masih ada tadi dan trading ikut BTC punya pair seberapa banyak yang mungkin ( market BTC aktif dan tak ada hal bab tu ).  2 atau 3 kali trading semua kerugian tadi akan recover balik laaaa ( insyaallah )…..bukan banyak mana pun keruginya, dalam USD35 sahaja….heee…heee. Cumanya, admin rugi banyak masa dannnnnnnn……….masa ini pulak ianya tak boleh di recovering dah….itu masalahnya….heee..heeee.

Kenapa tak hold?……

Kenapa pulak admin jual dan tak hold saja?…..jika invest dekat altcoin lebih kurang macam ini laaaa kisahnya, eeemmmmm…….jika altcoin tidak perform dengan baik bila-bila masa saja boleh ditendang keluar dari exchange..jika kena tendang keluar makanya total loss…jadinya….( high risk dan perlu diambil tahu ). Tidak seperti bitcoin yang dipaksa untuk bertahan sampai bila-bila sebab ianya ibu segala cryptocurrency dan di situlah kelebihanya jika invest dekat bitcoin……susah untuk kena total loss tetapi setakat susut nilai sementara waktu adalah hal biasa dan tak perlu kecoh-kecoh bagai…..Untuk sedapkan hati, support dengan aktiviti mining adalah sangat disarankan….

Emmmm…………lain kali sambung dan internet yang ada elok digunakan untuk hal-hal yang boleh mendatangkan manfaat dan….ulang hal yang sama sampai bila-bila…

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

More from my site

  • Decentralized Sistem Untuk Generasi InternetDecentralized Sistem Untuk Generasi Internet Untuk rakyat Malaysia, 2 sistem tadi memang sangat-sangat penting dan sememangnya rakyat Malaysia perlu kepada 2 sistem tadi untuk masuk ke dunia bisnes yang lebih luas diluar sana ( […]
  • Minggu Ini Layan Kisah Bitcoin ExchangeMinggu Ini Layan Kisah Bitcoin Exchange Banyak sangat ni info tentang bitcoin dan itu tandanya bitcoin sudah meluas pengaruhnya...
  • Bitcoin VS Emas FizikalBitcoin VS Emas Fizikal Emmmmmm...........admin menggunapakai kedua-dua platfom tersebut buat masa ini dan setiap satu darinya mempunyai peranan masing-masing dan kedua-dua platfom tersebut juga ada kekuranganya […]
  • Pelaburan Atas Nama Bitcoin Mula Masuk MarketPelaburan Atas Nama Bitcoin Mula Masuk Market Bitcoin dijangka akan mencecah $3000 ke $5000 dalam tempoh waktu terdekat ( Bajet 2 tahun +++++++++++ 5 tahun ). Bukan esok hari di dalam kelendar skim cepat kaya.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *