Categories
Free Education Programs Research & Development

Jom Buat Bisnes

Kerana laptop utama sahaja yang jahanam, hasil yang dapat macam-macam hal…Tidak lah ALLAH jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ini yang admin buat apabila komputer utama down kerana masalah GPU nya overheat. Pada waktu yang sama minda pun apa lagi……………. turut sama jadi overheat dan blurr kerana komputer yang selama ini menjadi nadi utama penggerak kepada ekonomi telah jahanam. Macam mana tak blurrr kan, boleh dikatakan 80% ekonomi dijana melalui komputer dan internet. Apabila jahanamnya engine utama, makanya secara automatik 80% sumber ekonomi admin juga akan turut tergugat dibuatnya nanti. Inilah masanya smartphone dan online platform memainkan peranan penting sebagai backup ketika emergency ( nanti admin cerita bab ini, kenapa jadi begitu berguna time emergency ).

Kisah ketika berurusniaga dengan Aliexpress

Proses seterusnya, admin order board baru dari platfom Aliexpress ( bertindak laju konon-kononya untuk selamatkan keadaan dengan mengambil keputusan drastik supaya board baru dapat digantikan dengan seberapa pantas yang boleh ). Tetapi sebaliknya pulak yang berlaku, board yang diorder sebenarnya telah salah patern dan salah pilih. Nasib baik vendor  Aliexpress ada masalah dengan produk tersebut,  jadinya admin buka open dispute saja laaaa………. apa lagi nak dikata kan dan ibarat orang mengantuk disurungkan bantal laaa pulak. 3 minggu buang masa menunggu barang yang tak akan sampai dan seminggu pulak kena tunggu refund dari Aliexpress ( refund dapat tak penuh sebab fee dan kerana perbezaan currency exchange ). Dapat saja refund admin beli hot air blower/gun satu dan juga segala peralatan yang berkaitan dengan niat yang kukuh iaitu untuk repair sendiri board laptop yang dah rosak tu. Yang bestnya, sebelum laptop jahanam, admin dah beli 1 motherboard untuk desktop lama ( tiba-tiba rasa nak beli ). Beli dari seorang seller melalui platfom mudah.com sahaja. Waktu beli memang tidak terfikir pun tentang laptop GPU ni akan overheat ( ALLAH telah mengatur segala sesuatu ). Tak dan 3 hari, GPU kong dan terus tak boleh display apa-apa dekat screen laptop. Nasib baik laaa………10 tahun dulu admin ada ambil khusus repair komputer SKM level 2 secara part time,  jadinya memang berguna laaa juga benda tu. Proses menggunapakai semula kepakaran pun bermula….

INGCO Hot Air Gun

Kisah macam mana boleh kenal, setup dan install OS linux lite 3.2

Setup sistem baru dekat desktop dulu. Board semua okay, tapi OS pulak tak ada…..emmmmm. Nasib baik laaaaa…..semasa admin try on balik laptop yang mana GPU nya rosak tu, dia boleh on lagi tetapi admin kena guna OS linux mint ( ini laa bezanya linux dan windows ) . Boleh laa juga guna sikit-sikit dalam keadaan nazak ( masalah display belang-belang saja ). Memandangkan board untuk desktop ni spec nya rendah, pilih punya pilih hanya OS  linux lite 3.2 sahaja yang sesuai untuk digunakan untuk board baru beli tu( untuk ganti winxp, vista spec ) dan untuk install OS, boleh saja guna USB flashdrive. Pastikan bios untuk boot sistem di tukar ke USB terlebih dahulu. Jika tidak, jenuh laaa mereput depan komputer tu untuk tunggu dia boot up. Dah siap intsall ( 4 ke 5 jam juga prosesnya ), tetapi OS linux lite 3.2 ni macam tak boleh nak run dengan cantik dan tak berapa nak serasi dengan hardware yang sedia ada pulak………adussshhh. Masalah utamanya adalah, dia akan kacau internet browser bila guna dalam tempoh masa yang lama ( switch off sendiri tu )…..boleh laa guna 50% macam tu. Jadi laaaa………..dari tak ada langsung kan?. Dari desktop bernadi linux lite 3.2 tersebut laaa admin memulakan usaha mencari segala keperluan untuk repair GPU laptop yang rosak tu dan belajar serta polish balik serba sedikit linux command line yang dah lama tak guna.  Alhamdulillah, laptop yang GPU nya rosak telah siap di oparate dan telah boleh digunakan tetapi untuk tempoh berapa lama admin tidak pasti ( harap-harap bertahan la sampai setahun dua, jika lebih dari itu lagi laa baguih ). Masalah utama GPU kong ni biasanya berkaitan dengan overheating sahaja. Untuk elak dari kena masalah GPU overheating ni, seelok-eloknya, 6 bulan atau 1 tahun sekali kena services bahagian air ventilation nya ( biasanya dalam tempoh tersebut habuk-habuk dan debu-debu dah start berkumpul dan buat port dekat situ ). Insyaallah, masalah yang akan menyebabkan GPU akan kong ni boleh lah dielakkan dari berlaku sewenang-wenangnya.  Apa yang admin buat untuk operate GPU ni?. Admin reflow semula menggunakan hot air blower ( hot air blower untuk rambut tu tak sesuai naa ) dan gantikan themal paste yang baru dan bersihkan segala habuk yang terkumpul lama dekat kawasan ventilation nya sahaja. Kena guna yang 2000 watt dan dia punya temperature 350C ke 550C . Boleh rujuk dekat youtube tutorialnya.

LinuxLite 3.2

Al kisah dapat projek join venture

Apa kena mengena pulak dengan tajuk buat bisnes di atas?. Emmmm, dari kejadian di atas laaaa, admin dapat satu projek baru yang agak mencabar iaitu projek konsep join venture ( admin invest kepakaran sahaja dan projeknya adalah untuk membesar dan menaik taraf operasi bisnes dari skala biasa menjadi luar biasa ( owner asal tak tahu pun hal ini ). Bila dah berjaya nanti admin akan belah ke syarikat lain pulak dan akan buat operasi yang sama seperti mana operasi yang sebelum-sebelumnya. Biasanya admin akan cari bisnes-bisnes yang ada potensi untuk dibangunkan sahaja dan pemiliknya pulak kalau boleh yang ada semangat untuk berkerjasama yang kuat sahaja yang akan diberi keutamaan.  Buat projek macam ini, tak ada gaji sebenarnya dan yang ada hanyalah profit sharing jika bisnes tersebut berjaya mencatat keuntungan ( tak perlu gaji kerana admin dah ada income sendiri ).  Untuk apa sebenarnya?, sekadar untuk mencari kepuasan yang luar biasa sahaja. Heee..heeeeee. Setiap projek dimulakan dengan zero bajet.

Untuk graduan Univesiti, boleh la try cara ini jika inginkan pendapatan berpuluh ribu sebulan ( setahun dua belum tentu ). Persiapan haruslah mantap dan sekadar guna teori sahaja memang sukar untuk meyakinkan bos-bos syarikat kecil ini sebenarnya ( walaupun syarikat mereka kecil tetapi egois mereka ada juga yang tingginya melangitnya ). Kena guna cara cakap serupa bikin ( teknik ini agak penat tetapi hasil mantap).

Sekian terima kasih dan selamat mencuba sesuatu.

P/s: bitcoin pun admin hadam time komputer jahanam.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *